X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pengendali Makanan Perlu Mengambil Suntikan Typhoid, Elak Keracunan Makanan

13 Sep, 2023
Pengendali Makanan Perlu Mengambil Suntikan Typhoid, Elak Keracunan Makanan

Suntikan typhoid bertujuan mengelakkan pengendali makanan dijangkiti penyakit dan mencegah penularannya kepada orang awam.

Penyakit tifoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu merupakan sejenis penyakit yang mudah berjangkit melalui makanan atau minuman yang telah tercemar. Sebab itu, semua pengendali makanan sama ada warga asing atau tempatan diwajibkan mendapatkan suntikan typhoid.

Suntikan typhoid bertujuan untuk mengelakkan pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit dan sebagai pencegahan awal kepada orang awam.

▲▼Isi Kandungan

  • Bahaya penyakit typhoid
  • Suntikan typhoid elak jangkitan tifoid
  • Cegah Demam Kepialu, Kolera Dan Keracunan Makanan
  • Selamatkah Suntikan Typhoid?
  • Langkah-Langkah Pencegahan Oleh Pengendali Makanan
  • Cara Lain Mencegah Penyakit Tifoid

Bahaya penyakit typhoid

bahaya tifoid

  • Tifoid adalah penyakit yang hanya hidup dalam tubuh badan dan boleh berada dalam usus, limpa, pundi hempedu selama setahun. Jika dibiarkan, organ dalaman boleh pecah atau bocor.
  • Tifoid mempunyai simptom jangkitan pada tubuh badan seperti mengalami sakit perut, demam panas, sakit kepala, hilang selera makan, timbul ruam dan mudah letih.
  • Lazimnya, penyakit ini boleh dikeluarkan melalui najis atau air kencing.
  • Pembawa kronik yang sudah sembuh tetapi tidak mendapatkan rawatan yang betul boleh menjangkiti individu lain tanpa sedar.
  • Penyakit ini boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

Suntikan typhoid elak jangkitan tifoid

Mengikut Peraturan 11, Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pemilik premis makanan hendaklah tidak menggaji atau membenarkan mana-mana pengendali makanan bekerja di premisnya melainkan jika mereka diberi tifoid vaksin (pelalian anti-tifoid) oleh pengamal perubatan berdaftar.

Injection typhoid ini boleh didapati di klinik atau hospital kerajaan dan swasta di Malaysia untuk merangsang sistem imunisasi badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan bakteria Salmonella typhi.

Suntikan pengendali makanan  ini telah terbukti mampu mencegah demam kepialu dari terus merebak di banyak negara termasuk Malaysia.

Tentu ramai nak tahu berapakah harga suntikan typhoid atau tifoid vaksin yang dikenakan untuk satu individu?

Harga suntikan typhoid di klinik kerajaan adalah berpatutan iaitu serendah RM24-60 dan harga cucuk typhoid boleh mencapai sehingga RM100 di klinik swasta bergantung kepada servis klinik dan jenis vaksin.

Selepas cucuk typhoid biasanya boleh bertahan selama 2-3 tahun dan perlu diambil semula. 

Individu yang telah menerima atau mengambil suntikan tifoid akan menerima sijil suntikan typhoid sebagai bukti.

Cegah Demam Kepialu, Kolera Dan Keracunan Makanan

Usaha mewajibkan suntikan typhoid ini tidak hanya mencegah demam kepialu, tetapi beberapa penyakit lain seperti kolera dan keracunan makanan dan mereka yang gagal mematuhi garis panduan ini boleh dikenakan denda dan boleh didakwa di mahkamah. 

Demam kepialu atau demam tifoid ini boleh merebak melalui pengendali makanan melalui makanan yang disediakan oleh pembawa atau pesakit ini.

Selain itu, ia juga boleh merebak melalui hinggapan lalat, bekalan air yang tidak bersih, atau makanan dan minuman yang tercemar oleh najis.

Oleh itu, penting bagi seseorang pengendali makanan dan pengusaha kedai makanan mendapatkan suntikan typhoid di klinik kesihatan yang berdekatan bagi memastikan mereka tidak menjadi pembawa dan seterusnya menjangkiti orang lain.

Selamatkah Suntikan Typhoid?

Vaksin typhoid adalah selamat, namun, individu tertentu atau kes terpencil mungkin akan mendapat kesan sampingan dari suntikan ini. Berikut adalah antara kesan selepas cucuk typhoid :

  • Demam

  • Sakit kepala 

  • Tidak sedap badan

  • Sengal-sengal badan

  • Sakit pada tempat suntikan

  • Bengkak pada tempat disuntik

  • Merah atau radang pada tempat suntikan

  • Sakit dada

  • Sesak nafas

    Stories Rakan Kongsi
    Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
    Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
    Si Manja Bakal Mendapat Vaksin Tidak Lama Lagi? Ini Tip Yang Anda Perlu Cuba Sebelum & Selepas Suntikan
    Si Manja Bakal Mendapat Vaksin Tidak Lama Lagi? Ini Tip Yang Anda Perlu Cuba Sebelum & Selepas Suntikan
    Signs of A Weakened Immune System in Children
    Signs of A Weakened Immune System in Children
    Every Mum should know this: The Innovative prebiotics oligosaccharide mixture GOS/lcFOS (9:1)
    Every Mum should know this: The Innovative prebiotics oligosaccharide mixture GOS/lcFOS (9:1)
  • Sakit pada bahagian sendi

  • Kulit gatal 

  • Lemah badan atau badan tidak bermaya

Langkah-Langkah Pencegahan Oleh Pengendali Makanan

Langkah-langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan oleh pengendali dan pengusaha premis makanan seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:

  1. Mendapatkan suntikan typhoid.

  2. Menghadiri kursus pengendalian makanan.

  3. Menjaga kebersihan restoran atau premis makanan.

  4. Memakai penutup kepala, apron, dan kasut bertutup bagi kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan makanan.

  5. Memastikan hanya bahan mentah yang segar digunakan.

  6. Mempraktikkan proses pembekuan daging dan ayam yang betul.

  7. Menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan sumber air terawat.

  8. Masak makanan dengan sempurna hingga takat didih.

  9. Bahan mentah perlulah diasingkan dari bahan makanan yang telah dimasak.

  10. Menggunakan bekas bertutup untuk menyimpan makanan yang telah dimasak.

  11. Menggunakan alatan menghidang dan alatan memasak yang bersih.

  12. Sentiasa membasuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan atau setelah ke tandas.

  13. Menjaga kebersihan tandas.

  14. Air yang hendak digunakan untuk menyediakan minuman hendaklah dimasak dahulu atau gunakan air yang telah dirawat.

Cara Lain Mencegah Penyakit Tifoid

suntikan tifoid

 Mengambil suntikan tifoid tidak bermakna anda tidak dijangkiti demam kepialu. Justeru, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan terutama dari segi kebersihan iaitu:

  • Mencuci tangan dengan air bersih dan sabun.
  • Basuh buah-buahan atau sayur-sayuran dengan air bersih sebelum dimakan.
  • Minum air yang telah dimasak atau dalam botol.
  • Elakkan mengambil produk tenusu yang tidak dipasteur.
  • Basuh pinggan dan mangkuk dengan air bersih sebelum menggunakannya.
  • Makan makanan yang telah dimasak dan elakkan makanan yang masih mentah atau terdedah lama.
  • Kurangkan tabiat meletakkan ais ke dalam minuman.

Harian Metro, Jkn Sarawak, Hello Doktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 7 Tips Penting Untuk Mencegah Anak Keracunan Makanan, Kasihan Mereka!

Baca juga : Awas Keracunan Makanan Akibat Telur, Elak Membasuhnya Awal Jika Belum Ingin Memasak

Baca juga : 1 dari 5 makanan bayi boleh buat keracunan kerana ada logam plumbum!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Pengendali Makanan Perlu Mengambil Suntikan Typhoid, Elak Keracunan Makanan
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham