X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

1 dari 5 makanan bayi boleh buat keracunan kerana ada logam plumbum!

4 min bacaan
1 dari 5 makanan bayi boleh buat keracunan kerana ada logam plumbum!

Kajian membuktikan 20% atau 1 daripada 5 makanan bayi dan produk makanan terkenal mengandungi logam plumbum yang boleh buat bayi keracunan makanan!

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mencari cara untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak. Ini terutamanya dari segi pemakanan dan nutrisi mereka. Untuk mengelak baby keracunan makanan, kita ibu-ibu sanggup memasak guna bahan dapur paling segar, beli jenama terkemuka dan bermacam lagi. 

Demi siapa? Demi anak kita juga!

Tapi satu kajian yang telah dijalankan oleh Environmental Defence Fund, sebuah organisai bebas telah membongkar yang 20% makanan bayi mengandungi logam berat beracun, iaitu plumbum!

Logam plumbum yang beracun ini paling banyak dalam makanan bayi seperti:

  • Jus buah anggur yang dibeli di supermarket (89%)
  • Jus buah-buahan campuran (67%)
  • Biskut untuk gigi bayi (47%)
  • Sayur-sayuran seperti ubi manis (86%) dan lobak merah (43%)

bayi keracunan makanan

Kesan plumbum hingga buat baby keracunan makanan

Plumbum dulunya boleh dijumpai di mana-mana saja dalam sumber makanan. Ini kerana sistem perpaipan pada zaman dulu menggunakan plumbum. Ia juga digunakan di mana-mana termasuklah minyak petrol, bateri dan barangan rumah.

Apa yang menakutkan adalah plumbum boleh diserap masuk ke dalam badan manusia dan melintasi plasenta. Ini secara langsung memberi kesan kepada bayi walaupun ketika mereka masih belum dilahirkan!

Plumbum boleh menyebabkan sel darah merah manusia berfungsi secara tidak normal. Menurut USFDA,

“Belum ada tahap selamat plumbum di dalam darah dan pendedahan kronik boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius terhadap kanak-kanak. Keracunan plumbum boleh meningkatkan risiko kerosakkan otak dan sistem saraf, memperlahankan pertumbuhan, malah boleh menyebabkan masalah pendengaran dan pertuturan.”

Plumbum akan tersimpan di dalam organ penting badan seperti jantung, hati, otot, hempedu sebelum masuk ke dalam komposisi tulang dan gigi. Ia lebih mudah diserap oleh kanak-kanak atau bayi.

Kekurangan kalsium dan besi menyebabkan penyerapan racun plumbum menjadi lebih cepat. 

Sekiranya seorang dewasa dan seorang kanak-kanak termakan kuantiti plumbum yang sama, kanak-kanak akan menyerap 50% lebih plumbum berbanding badan dewasa.

Simptom keracunan plumbum

Keracunan plumbum bergantung kepada berapa lama plumbum tersebut diserap oleh badan, kuantiti yang diserap dan punca terdedah kepada plumbum. Sesetengah punca lebih mudah terserap oleh badan.

Jika anda risau bayi keracunan makanan kerana mungkin terserap plumbum, mari semak simptom normal untuk kanak-kanak ini.

bayi keracunan makanan

Kredit: Parents Magazine

Bayi atau kanak-kanak yang keracunan makanan akan menunjukkan perubahan dalam:

  • mood
  • perilaku
  • IQ yang lebih rendah
  • tidak aktif
  • masalah kolik
  • masalah perut

Simptom yang lebih teruk termasuklah:

  • konvulsi
  • anemia
  • delirium

Tidak makan makanan bayi bukan jalan penyelesaian

bayi keracunan makanan

Plumbum juga ada dalam makanan mentah seperti air, daging dan sayur-sayuran. Jadi ia sukar untuk disingkirkan dari makanan bayi.

Ini bermakna, apa sahaja yang anda guna, termasuklah bahan-bahan mentah untuk memasak boleh menyebabkan plumbum masuk ke dalam makanan bayi, walaupun ianya organik!

Sekiranya anda syak bayi keracunan makanan dengan racun plumbum, segera dapatkan rawatan. Namun, adalah lebih baik untuk mengelak kejadian ini daripada berlaku berbanding merawat.

Penyelesaian jika ibu bapa risau bayi keracunan makanan

Untuk menyingkirkan plumbum sepenuhnya dari makanan adalah hampir mustahil. Tapi, apa yang kita boleh lakukan ialah memastikan ia berada ditahap yang selamat.

Melalui penemuan oleh pakar, 3 cara di bawah ini mampu mengurangkan pengumpulan plumbum dalam badan:

1. Pengambilan vitamin, terutamanya vitamin C

Vitamin C boleh melambatkan penyerapan plumbum. Ia menukar persekitaran dalam perut dan menyebabkan plumbum sukar di serap. Tambahan pula, ia meningkatkan kadar penyerapan zat besi dari makanan.

Selain itu, vitamin C dan vitamin B1 (Tiamin) juga menunjukkan peningkatan untuk penyingkiran plumbum dari badan. Tiamin meningkatkan penyingkiran plumbum dari otak dalam beberapa kajian. Jadi, pastikan anak  anda makan sayur-sayuran, ya!

2. Kurangkan pemberian jus

Jus yang dibeli dari kedai biasanya bukan saja mengandungi gula yang tinggi, malah serat yang minimum dan tinggi dengan plumbum kerana terdedah dengan pemprosesannya. Kajian menunjukkan dalam 10 jus anggur, 9 daripadanya mempunyai plumbum. 

Jadi, daripada memberi anak ada jus, berikan mereka buah sebenar.

3. Kawal diet anak anda

Pastikan diet anak anda seimbang. Kekurangan kalsium dan zat besi boleh menyebabkan keracunan plumbum. Jadi berikan mereka nutrisi secukupnya untuk mengelakkan penyerapan plumbum yang banyak.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething – 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • 1 dari 5 makanan bayi boleh buat keracunan kerana ada logam plumbum!
Kongsikan:
  • Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething - 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!

    Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething - 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!

  • Bayi Keracunan Makanan Selepas Makan Susyi Telur, Rupanya Ada Kuman Salmonella!

    Bayi Keracunan Makanan Selepas Makan Susyi Telur, Rupanya Ada Kuman Salmonella!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething - 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!

    Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething - 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!

  • Bayi Keracunan Makanan Selepas Makan Susyi Telur, Rupanya Ada Kuman Salmonella!

    Bayi Keracunan Makanan Selepas Makan Susyi Telur, Rupanya Ada Kuman Salmonella!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.