X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething - 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!

7 Sep, 2017
Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething - 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!

Ramai ibu bapa menggunakan rantai teething untuk merawat bayi yang baru tumbuh gigi. Tapi bayi boleh keracunan jika ada logam pada rantai tersebut!

Bayi keracunan kerana rantai teething

Ya, memang banyak cara semulajadi untuk meringan dan menyembuhkan rasa sakit gigi di kalangan bayi. Salah satunya dengan menggunakan rantai teething. 

Tapi nampaknya rantai teething mungkin kena keluar dari senarai. Mengapa?

Baru-baru ini, seorang bayi di Manchester, Connecticut telah mengalami keracunan logam kerana menggigit rantai tersebut!

Menurut laporan Center for Disease Control and Prevention (CDC), rantai teething tersebut dibeli oleh ibu bapa bayi terbabit di sebuah kedai tempatan. 

Ia dikatakan mampu membantu meringankan sakit gigi bayi yang baru tumbuh gigi.

bayi keracunan

Inilah rantai teething itu! Kredit gambar: Scary Mommy

Bayi malang yang berusia 9 bulan itu akan memasukkan dan menggigit rantai teething itu.

Ketika pemeriksaan rutin di hospital, bayi itu didapati mengalami keracunan logam yang teruk! Beliau menghidap anemia (kurang darah merah) dan paras logam dalam darah meningkat.

Keracunan logam itu apa?

Keracunan logam terjadi apabila bayi atau kanak-kanak terdedah pada debu, sisa-sisa logam, atau cat plumbum dan air yang tercemar.

Air yang tercemar mengandungi logam karat contohnya seperti di rumah lama. Anda tak dapat melihat, merasa dan menghidu logam. Air yang dimasak juga tak dapat menghapuskan logam.

Biasanya, kes keracunan logam terjadi apabila:

Advertisement
  • Mangsa menghabiskan masa di bangunan lama – cat plumbum mengandungi logam yang tinggi. Bangunan lama sekitar rahun 1978 berisiko menggunakan cat plumbum
  • Tinggal di kawasan perindustrian – logam digunakan dalam gasolin dan racun serangga.
  • Mangsa menghampiri barangan berlogam seperti perabot lama, alat permainan yang mengandungi cat plumbum, kunci, cawan, seramik, barang perhiasan seperti rantai, bateri dan bahan mekap.

Jadi, ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa memastikan rumah bebas daripada unsur logam agar kanak-kanak tak terdedah padanya.

bayi keracunan

Kredit gambar: Vermont Department of Health

Bayi dari Machester itu memang keracunan logam akibat menggigit rantai teething tersebut. Rantai itu mengandungi 17,000 ppm kandungan logam, lebih daripada had yang dibenarkan. 

Malah, rantai tersebut tidak memiliki sebarang label amaran! Sebab itu ibu bapa harus lebih peka. Mari lihat apa tanda-tanda anak anda terkena keracunan logam.

15 tanda-tanda bayi terkena keracunan logam

  1. Hiperaktif atau cepat keletihan
  2. Asyik meragam
  3. Bertindak agresif dan ganas
  4. Tidak dapat menumpukan perhatian
  5. Tumbesaran terbantut
  6. Sukar untuk tidur
  7. Anemia
  8. Sakit badan
  9. Hilang selera makan
  10. Hilang berat badan
  11. Cirit-birit
  12. Muntah
  13. Sakit kepala
  14. Tak dapat mengimbangkan diri

Anda boleh meminta doktor melakukan pemeriksaan pada bila-bila masa jika mengesyaki anak anda mengalami keracunan ini. 

Bagaimana ingin melindungi anak anda dari keracunan logam?

Pastikan tangan anak anda sentiasa bersih, sebelum dia makan atau selepas dia bermain di luar. 

Tangan yang bersih boleh membasmi kuman dan partikel logam. Anda juga perlu memastikan rumah anda bersih daripada sebarang cat dan habuk logam.

bayi keracunan

Kredit gambar: welovefamily.at

Pastikan katil dan barang permainan anak-anak bebas daripada unsur logam atau plumbum. 

Jangan benarkan mereka menguyah sebarang benda bercat, walau apa sekalipun!

Semoga kejadian seperti ini takkan berulang lagi. Sama-sama kita berhati-hati, ya ibu bapa semua?

Sumber rujukan: Scary Mommy, Center For Disease Control and Prevention dan Baby Center

Kredit gambar: Baby Kis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

https://my.theasianparent.comlangkah-langkah-keselamatan-untuk-mengelak-keracunan-merkuri/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething - 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!
Kongsikan:
  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham