X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!

4 min bacaan
Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!

Pernah tak anda mengalami sakit perut ketika hamil hingga membuatkan ketidakselesaan yang berpanjangan? Ada beberapa punca yang menyebabkan keadaan ini.

Menerusi aplikasi theAsianparent, ada banyak soalan yang diajukan oleh ibu hamil terutama mereka yang berada di awal kehamilan. Antara soalan yang paling popular ditanya adalah sakit perut ketika hamil.

Sebelum mengulas lebih lanjut, adakah anda pernah mengalami pengalaman ini semasa mengandung, ibu? Keadaan ini tentunya membuatkan ibu rasa tidak selesa dan bimbang jika ada yang tidak kena dengan kandungan hingga boleh mendatangkan bahaya pada janin.

Sakit perut ketika hamil, adakah keadaan ini normal?

sakit perut semasa mengandung

Pengguna aplikasi theAsianparent, NrlFatihah Hamdan mengajukan soalan dia baru sahaja hamil 6 minggu namun selalu rasa sakit pinggang dan perut di sebelah kanan. Bahkan ia berlanjutan hampir dua ke tiga hari.

Soalan yang diajukan itu mendapat respon dari pengguna lain dan ada yang memintanya banyakkan berehat supaya tubuh pulih seperti sedia kala.

Menurut Amira Smile, dia pernah mengalami sakit perut ketika hamil dan doktor mengatakan ia adalah normal. Oleh sebab itu, ibu perlu banyakkan rehat dan elak mengangkat benda berat.

Gastik semasa mengandung

ibu sakit perut

Selain dari sakit perut biasa, ada juga sesetengah wanita hamil mendapat gastrik semasa mengandung.

Menurut Ezzeyan, semasa dia mengalami keadaan ini, dirinya terus pergi ke klinik swasta untuk cek kehamilan dan dalam masa yang sama doktor memberitahu bahawa dia terkena gastrik.

Apa yang dilakukan doktor kepadanya adalah memberinya ubat gastrik berbentuk tablet dan perlu makan ubat tersebut sebelum makan nasi.

Tambahnya lagi, ibu hamil tak perlu risau kerana ubat yang diberikan doktor itu tidak memberi kesan buruk pada janin dalam kandungan asalkan beritahu doktor bahawa anda sedang mengandung.

Ini punca mengapa ibu sakit perut ketika hamil

#1. Perut bergas

Keadaan ini disebabkan peningkatan kadar hormon progesteron yang membuatkan otot di saluran pencernaan ibu bekerja lebih perlahan.

Malah, rahim yang semakin membesar juga membuatkan tekanan tambahan pada organ sekaligus membuatkan sistem pencernaan jadi lambat.

#2. Sembelit

Jika ibu kurang makan sayur, tak minum air masak secukupnya dan kurang makan buah ia juga boleh menyebabkan ibu mengalami sembelit yang teruk hingga membuatkan perut rasa tidak selesa.

#3. Kontrasi palsu

Sekiranya ibu sakit perut semasa di hujung kehamilan, mungkin ia adalah kontraksi palsu atau braxton hicks yang membuatkan perut mengeras buat beberapa ketika.

Namun jangan khuatir ia hanyalah persediaan tubuh ibu sebelum menjelangnya kontraksi sebenar.

#4. Round ligament pain

sakit perut semasa mengandung

Semasa rahim membesar dan meregang maka ligamen yang berfungsi menopang rahim turut sama mengalami situasi ini. Jadi sebab itu, ibu akan rasai round ligament pain semasa mengubah posisi, bersin atau batuk.

Anda akan rasakan sedikit tajam di bahagian perut, pelvis dan pangkalan paha. Bagi mengurangkan rasa sakit ibu perlu menjaga postur badan supaya dalam keadaan baik.

#5. Kehamilan ektopik/ luar rahim

Ya, kehamilan luar rahim akan menyebabkan ibu rasa sakit perut di samping pendarahan berat sekitar minggu ke 6 dan 10.

#6. Kencing kotor

Ramai ibu hamil tidak dapat lari dengan masalah kencing kotor kerana faktor perubahan hormon di mana anda akan rasa sakit di bahagian perut dan ari-ari. Malah nak kencing juga rasa pedih.

Jika mengalami keadaan ini adalah lebih baik rujuk dengan doktor dalam kadar segera.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

#7. Preeklampsia dan apendik

Preeklampsia ini berkait rapat dengan masalah tekanan darah tinggi dan biasanya terjadi pada minggu ke 20. Ia dikenalpasti dengan rasa sakit perut di bahagian atas.

Manakala ibu juga mungkin mengalami apendik semasa hamil terutamanya di bahagian bawah pusat sebelah kanan dan kadang-kadang ia terkesan kerana pembesaran uterus yang mengalihkan sedikit kedudukan apendik. Apapun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

#8. Keguguran

Akhir sekali, sakit perut ketika hamil ini yang paling ditakuti adalah salah satu tanda keguguran yang berlaku atas beberapa faktor yang disusuli dengan pendarahan.

Oleh sebab itu, jika anda mengalami sakit perut semasa mengandung, adalah lebih baik rujuk dengan doktor bagi mencegah sebarang risiko yang boleh membahayakan kandungan kalian. Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Sirap Limau

Baca juga:

10 Pengalaman Sakit Ketika Mengandung Yang Tidak Diketahui Orang Ramai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!
Kongsikan:
  • Sakit Bawah Perut Semasa Hamil, Patutkah Saya Bimbang? Ini Cara Mengatasinya

    Sakit Bawah Perut Semasa Hamil, Patutkah Saya Bimbang? Ini Cara Mengatasinya

  • Sakit Perut Sebelah Kiri Pada Awal KEHAMILAN, Itu Mungkin Tanda Hamil Luar Rahim!

    Sakit Perut Sebelah Kiri Pada Awal KEHAMILAN, Itu Mungkin Tanda Hamil Luar Rahim!

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Sakit Bawah Perut Semasa Hamil, Patutkah Saya Bimbang? Ini Cara Mengatasinya

    Sakit Bawah Perut Semasa Hamil, Patutkah Saya Bimbang? Ini Cara Mengatasinya

  • Sakit Perut Sebelah Kiri Pada Awal KEHAMILAN, Itu Mungkin Tanda Hamil Luar Rahim!

    Sakit Perut Sebelah Kiri Pada Awal KEHAMILAN, Itu Mungkin Tanda Hamil Luar Rahim!

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.