X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sakit Pinggang Ketika Hamil: Punca Sakit Pinggang, Simptom & 9 Tips Atasinya Dengan Mudah

8 min bacaan
Sakit Pinggang Ketika Hamil: Punca Sakit Pinggang, Simptom & 9 Tips Atasinya Dengan Mudah

Sakit pinggang ketika hamil adalah masalah biasa yang terjadi pada kebanyakan ibu sehingga boleh menganggu aktiviti seharian

Kehamilan membawa banyak perubahan fizikal dan hormon pada wanita. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai gejala termasuk sakit pinggang ketika hamil.

Pinggang sakit adalah masalah biasa terjadi pada kebanyakan ibu. Jika dibiarkan ia boleh membuatkan anda berasa tidak selesa, malah boleh menganggu aktiviti harian.

Dalam artikel ini kami kongsikan panduan apa itu sakit pinggang ketika hamil, punca sakit pinggang, punca sakit pinggang dan petua atasi sakit pinggang ketika hamil.

Isi Kandungan

  • Fahami Punca Sakit Pinggang Ketika Hamil
  • Gejala Sakit Pinggang
  • Bahagian Pinggang Sakit Ketika Hamil
  • Faktor Risiko Pinggang Sakit Ketika Hamil
  • Normalkah Sakit Pinggang Ketika Hamil Trimester 3?
  • Sakit Pinggang Tanda Hamil
  • 9 Petua Atasi Sakit Belakang Ketika Hamil
  • Cara Hilangkan Sakit Pinggang Secara Tradisional
  • Bila Perlu Jumpa Doktor

Fahami Punca Sakit Pinggang Ketika Hamil

sakit pinggang belakang bawah, sakit belakang ketika hamil, lumbago, lower back pain, sakit belakang bawah ketika hamil

Sakit pinggang ketika hamil terjadi disebabkan oleh perubahan pada badan untuk menampung kandungan yang sedang membesar.

Terdapat banyak kemungkinan punca ia berlaku. Berikut adalah antara beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebabnya:

  • Perubahan Hormon: Semasa mengandung, perubahan hormon, terutamanya peningkatan tahap hormon relaxin, boleh menyebabkan kelonggaran ligamen dan sendi, menyumbang kepada sakit pinggang.
  • Pertambahan Berat: Berat bayi yang semakin membesar boleh memberi tekanan pada bahagian bawah belakang dan kawasan pelvis, yang membawa kepada ketidakselesaan dan kesakitan.
  • Perubahan Postur: Perubahan postur yang berlaku semasa kehamilan, terutamanya disebabkan oleh pergeseran pusat graviti badan akibat pertambahan berat badan dan perubahan hormon, boleh menyebabkan tekanan tambahan pada bahagian pinggang.
  • Tahap Kalsium Dan Vitamin D Yang Rendah: Kalsium dan vitamin D perlu berada pada tahap yang sihat semasa hamil. Ini kerana kalsium mempunyai manfaat penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat bagi ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Sementara itu, vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus untuk mengekalkan kesihatan tulang. Kekurangan satu atau kedua-dua vitamin dan mineral ini boleh menyebabkan sakit pinggang ketika hamil. 
  • Tekanan Emosi: Selain faktor fizikal, tekanan emosi juga boleh memainkan peranan dalam menyebabkan atau memburukkan lagi sakit belakang. Tekanan boleh menyebabkan ketegangan otot dan meningkatkan kepekaan terhadap kesakitan.

Gejala Sakit Pinggang

Gejala sakit pinggang ketika hamil boleh berbeza-beza dari ringan hingga teruk, dan boleh termasuk yang berikut:

  1. Berdenyut-denyut atau Sakit Berterusan: Sakit pinggang sering dirasai sebagai berdenyut-denyut atau sakit berterusan di bahagian pinggang. Sakit ini boleh menjalar ke punggung atau peha.
  2. Ketegangan Otot: Ketegangan otot atau kawasan di sekeliling pinggang dan pelvis juga boleh menyebabkan pergerakan menjadi terhad.
  3. Kesukaran Berjalan atau Berdiri: Sakit pinggang yang teruk boleh menyebabkan kesukaran dalam menjalankan aktiviti harian seperti berjalan atau berdiri.
  4. Sakit Apabila Menukar Posisi: Perubahan dalam kedudukan badan, seperti dari duduk kepada berdiri atau sebaliknya, boleh meningkatkan rasa sakit pinggang.
  5. Sukar Tidur: Sakit pinggang boleh menganggu waktu tidur ibu hamil kerana ketidakselesaan atau kesakitan yang berterusan. Ia boleh mengganggu corak tidur dan kualiti rehat.

Bahagian Pinggang Sakit Ketika Hamil

#1. Sakit Pinggang Sebelah kiri

Sakit pinggang sebelah kiri ketika hamil merupakan keluhan yang sering dialami oleh ibu hamil. Ini disebabkan oleh pelbagai perubahan semula jadi yang berlaku semasa kehamilan.

Kira-kira 50-75 peratus wanita hamil merasakan aduan ini dan kebanyakannya pada trimester ketiga. Semasa kehamilan, tubuh mengalami banyak perubahan yang boleh mencetuskan kemunculan sakit pinggang sebelah kiri.

Salah satunya ialah perubahan dalam sistem otot. Keterukan sakit pinggang sebelah kiri ketika hamil berbeza-beza, dari ringan hingga mengganggu aktiviti seharian.

#2. Sakit Pinggang Sebelah Kanan

Sakit pinggang sebelah kanan ketika hamil boleh terjadi apabila ibu mengalami masalah kembung perut atau sembelit.

Masalah pencernaan dipengaruhi oleh naik-turunnya kadar hormon selama kehamilan. Di trimester ketiga, kenaikan berat badan dapat memberi tekanan pada saluran pencernaan (perut dan usus) hingga menyebabkan sakit pinggang sebelah kanan.

Faktor Risiko Pinggang Sakit Ketika Hamil

Beberapa faktor risiko pinggang sakit ketika hamil adalah:

  1. Usia Kehamilan: Risiko sakit pinggang cenderung meningkat seiring dengan perkembangan kehamilan. Pada trimester kedua dan ketiga, ketika berat janin bertambah dan tekanan pada tulang belakang meningkat, sakit pinggang mungkin menjadi lebih kerap.
  2. Sejarah Sakit Pinggang Sebelumnya: Ibu hamil yang pernah mengalami sakit pinggang sebelum hamil memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah yang sama ketika mengandung.
  3. Kehamilan Kembar: Ibu hamil kembar memiliki risiko lebih tinggi untuk mengalami sakit pinggang karena beban ekstra pada tulang belakang dan otot-otot.
  4. Berat Badan Berlebihan Ketika Hamil: Kegemukan atau berat badan berlebihan ketika hamil boleh meningkatkan tekanan pada tulang belakang dan otot-otot, yang menyebabkan sakit pinggang.
  5. Kurang Aktiviti Fizikal: Wanita yang kurang aktif ketika hamil cenderung memiliki otot yang lebih lemah dan kurang fleksibel, dapat meningkatkan risiko sakit pinggang.
  6. Postur Tubuh: Postur tubuh yang kurang baik atau kebiasaan duduk atau berdiri yang lama boleh meningkatkan tekanan pada tulang belakang, menyebabkan ketegangan otot dan sakit pinggang.

Normalkah Sakit Pinggang Ketika Hamil Trimester 3?

Sakit pinggang ketika hamil trimester 3 adalah perkara biasa. Ini berlaku kerana bayi semakin besar memberikan lebih tekanan pada tulang belakang dan otot.

Gejala boleh termasuk sakit bahagian pinggang, kesukaran berjalan atau berdiri untuk tempoh yang lama dan kesukaran tidur dengan selesa.

Untuk melegakan pinggang ketika hamil trimester 3, cuba dapatkan rehat yang cukup dan tidur dalam keadaan selesa. Gunakan bantal tambahan di bawah perut sebagai sokongan.

Lakukan juga senaman regangan lembut untuk otot pinggang dan belakang. Elakkan mengangkat objek berat atau melakukan aktiviti yang boleh memburukkan lagi sakit pinggang.

Sakit Pinggang Tanda Hamil

Sakit belakang juga merupakan salah satu tanda awal kehamilan. Sakit pinggang tanda hamil sebenarnya tidak jauh berbeza dengan sakit pinggang disebabkan haid.

Sakit pinggang yang berlaku pada awal trimester pertama biasanya disebabkan oleh perubahan hormon sebagai persediaan untuk hamil.

  • Apabila badan mula menghasilkan lebih progesteron, otot tiub fallopio mengendur supaya telur yang disenyawakan boleh memasuki rahim.
  • Aduan sakit belakang seperti senggugut semasa awal kehamilan juga menunjukkan proses implantasi sedang berlaku. Implantasi ialah proses apabila telur yang disenyawakan melekat pada dinding rahim. Implantasi berlaku kira-kira seminggu selepas ovulasi atau kira-kira 6-12 hari selepas persenyawaan.
  • Apabila usia kandungan meningkat, sesetengah wanita hamil masih boleh mengalami sakit pinggang. Biasanya, ini disebabkan oleh pembebasan lebih banyak hormon relaxin sehingga ligamen dan struktur yang menghubungkan tulang dengan sendi di pelvis meregang.

9 Petua Atasi Sakit Belakang Ketika Hamil

sakit pinggang ketika hamil, sakit pinggang, sakit pinggang ketika hamil trimester 3, sakit pinggang sebelah kiri ketika hamil, sakit pinggang sebelah kanan ketika hamil, sakit pinggang tanda hamil

Ada beberapa petua atasi sakit pinggang ketika hamil yang boleh anda cuba di rumah bagi mengelakkan ia menganggu aktiviti seharian.

  1. Senaman Pranatal: Senaman ketika hamil yang kerap, di bawah bimbingan doktor boleh menguatkan otot yang menyokong tulang belakang dan pelvis, memperbaiki postur dan mengurangkan kesakitan. Aktiviti berimpak rendah seperti berenang, berjalan kaki, yoga pranatal dan senaman regangan lembut adalah disyorkan.
  2. Postur Badan yang Betul: Mempraktikkan postur badan yang baik boleh membantu mengurangkan ketegangan pada bahagian pinggang dan pelvis. Elakkan mengangkat berat, gunakan teknik mengangkat yang betul.
  3. Kasut Sokongan: Memakai kasut bertumit rendah dengan sokongan lengkungan baik boleh mengurangkan ketegangan pada bahagian pinggang dan kaki.
  4. Tali Pinggang Sokongan Bersalin: Tali pinggang sokongan bersalin atau ikat perut boleh memberikan mampatan dan sokongan lembut pada perut, pelvis, dan bahagian pinggang, melegakan tekanan dan ketidakselesaan.
  5. Guna Pek Haba Atau Mandi Air Suam: Menggunakan pek haba atau mandi air suam boleh membantu melegakan otot yang tegang dan mengurangkan kesakitan. Pek sejuk atau pek ais juga boleh memberikan kelegaan sementara dengan mengebaskan kawasan tersebut dan mengurangkan keradangan.
  6. Urutan Pranatal: Terapi urutan lembut membantu mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan peredaran dan menggalakkan kelonggaran.
  7. Teknik Relaksasi: Mempraktikkan teknik relaksasi seperti senaman pernafasan dalam, meditasi kesedaran, dan yoga pranatal boleh membantu mengurangkan tekanan, ketegangan dan kekejangan otot, sekali gus mengurangkan sakit pinggang.
  8. Sokongan Tidur: Menggunakan bantal kehamilan untuk mengekalkan penjajaran tulang belakang yang betul semasa tidur boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan dan meningkatkan kualiti tidur.

Cara Hilangkan Sakit Pinggang Secara Tradisional

  • Urut Tradisional: Urutan lembut di bahagian pinggang oleh tukang urut tradisional boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan melancarkan peredaran darah. Pastikan anda menggunakan teknik urutan yang lembut dan sesuai dengan keadaan kehamilan.
  • Akupunktur: Akupunktur adalah terapi yang memasukkan jarum pada titik tertentu pada badan, telah digunakan selama berabad-abad untuk mengatasi kesakitan, termasuk sakit pinggang semasa kehamilan. Namun, pastikan anda menggunakan pengamal yang berkelayakan dan berpengalaman dalam merawat ibu hamil.
  • Penggunaan Bahan Semulajadi: Sesetengah orang menggunakan bahan semulajadi seperti minyak pati (cth. minyak lavender atau minyak pudina) untuk urutan aromaterapi yang menenangkan. Selain itu, beberapa bahan seperti halia atau kunyit juga boleh disapu pada bahagian yang sakit untuk membantu melegakan kesakitan.
  • Perubahan dalam Kedudukan Tidur: Menggunakan maternity pillow dapat menyokong badan anda dan mengekalkan postur tidur bagi mengurangkan tekanan pada pinggang semasa anda tidur.

Bila Perlu Jumpa Doktor

  • Kesakitan sangat teruk dan tidak sembuh dengan rehat.
  • Anda mempunyai gejala lain seperti pendarahan, demam, atau kesukaran bernafas.
  • Sukar untuk anda berjalan atau melakukan perkara biasa.
  • Kesakitan terus menjadi lebih teruk dari masa ke masa.
  • Anda cedera, seperti terjatuh atau kemalangan.
  • Anda mempunyai masalah dalam kehamilan yang lalu.
  • Anda tidak pasti sama ada selamat untuk mengambil ubat atau mencuba ubat rumah.

Doktor akan melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat mengenai rawatan bersesesuaian. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan jika anda bimbang tentang sakit pinggang semasa hamil.

Kesimpulannya, sakit pinggang ketika hamil adalah masalah biasa terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk perubahan fizikal, hormon, dan tekanan emosi.

Walaupun gejalanya boleh mengganggu, beberapa petua dan rawatan dapat membantu mengurangkan ketidaknyamanan dan meningkatkan keselesaan sepanjang kehamilan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 Pengalaman Sakit Ketika Mengandung Yang Ramai Tak Tahu

Baca juga: Minum Air Gula Ketika Mengandung, Ini Tips Untuk Ibu Berjaya & Elak Kena Repeat

Baca juga: Sakit Gigi Geraham Ketika Hamil? Ini 6 Cara Untuk Anda Kurangkan Sakit

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Sakit Pinggang Ketika Hamil: Punca Sakit Pinggang, Simptom & 9 Tips Atasinya Dengan Mudah
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham