X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Terapi Akupuntur Bantu Wanita Cepat Hamil, Adakah Ia Berkesan? Ini Jawapan Pakar

4 min bacaan
Terapi Akupuntur Bantu Wanita Cepat Hamil, Adakah Ia Berkesan? Ini Jawapan Pakar

Anda pernah dengar tak tentang rawatan akupuntur? Ia dikatakan dapat membantu isteri untuk hamil, betul ke?

Semestinya kehadiran zuriat adalah sangat dinantikan oleh sebahagian besar pasangan yang sudah berkahwin namun keinginan tersebut kadang kala terpaksa dilupakan kerana salah seorang sama ada suami atau isteri mengalami masalah kesuburan. Sebab itu pelbagai cara dilakukan seperti menggunakan petua cepat hamil cara tradisional iaitu akupuntur.

Petua cepat hamil cara tradisional akupuntur ini merupakan perubatan yang datang dari negara China dan sudah lama dikenali sejak dahulu lagi. Teknik yang biasa digunakan bagi tujuan berubat adalah dengan cucuk jarum khusus berukuran kecil ke titik-titik di atas permukaan tubuh pada kedalaman tertentu.

Tusukan jarum pada terapi akupuntur ini dipercayai dapat melancarkan dan memperbaiki aliran darah di area yang dicucuk. Dengan cara ini fungsi organ menjadi semakin baik.

Petua cepat hamil cara tradisional

petua cepat hamil cara tradisional

Meskipun itu, dari segi perubatan belum ada keputusan yang jelas mengenai kesan terapi akupuntur ini supaya memperbaiki kesuburan suami isteri atau mempercepatkan kehamilan.

Namun begitu, berdasarkan kajian dari tahun 2018 menunjukkan penggunaan terapi akupuntur menjadi rawatan yang dapat mencegah masalah kesuburan baik kepada lelaki mahupun wanita.

Dengan melakukan terapi ini dapat meningkatkan kualiti sperma dan indung telur sekaligus memberi keseimbangan kepada sistem hormon dalam tubuh. Dengan cara ini kemungkinan untuk isteri mengandung adalah lebih tinggi.

Bukan hanya itu sahaja, rawatan akupuntur juga dapat meningkatkan peredaran darah ke bahagian dinding rahim (endometrium) dan membantu menebalkan kawasan tersebut supaya tubuh wanita lebih bersedia menampung kehadiran janin dalam kandungan. Lantas ia dapat mengurangkan risiko keguguran yang biasa berlaku di awal trimester pertama.

Manfaat kaedah akupuntur dengan kehamilan

petua cepat hamil

Terapi akupuntur juga kerap kali digunakan dalam teknologi perubatan untuk mendapatkan kehamilan seperti kaedah in vitro fertilization (IVF) atau lebih dikenali dengan bayi tabung uji.

Terapi akupuntur yang dijalani oleh pesakit bukan secara langsung menunjukkan keputusan yang positif tetapi secara alaminya ia dapat membantu pasangan lebih tenang, relaks dan optimis. Lebih-lebih lagi, di saat menghadapi proses transfer embrio dan prosedur lain yang mungkin membuatkan anda rasa tak senang duduk dengan keputusan yang bakal diterima.

Akan tetapi, ada juga kajian lain yang menunjukkan terapi ini tidak dapat memperbaiki kesuburan pada wanita yang mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS.

Pada masa yang sama juga, lelaki yang mengalami masalah pada kualiti sperma tidak selalunya konsisten dalam memberikan hasil yang baik jika mereka mengalami gangguan sperma yang tidak sihat.

Boleh atau tidak akupuntur ini dilakukan supaya cepat hamil?

Menurut Dr. Sepriani Timurtini Limbong, jawapannya adalah dibolehkan namun belum ada bukti yang cukup kuat bagi menunjukkan keberhasilannya terhadap kehamilan.

Oleh itu, pasangan suami isteri tidak seharusnya menggunakan satu cara ini sahaja untuk mendapatkan zuriat dalam keluarga tetapi guna juga kaedah lain yang mungkin boleh membantu proses kehamilan isteri. 

Walaubagaimanapun, doktor akan menjelaskan bila terapi ini boleh dilakukan dan pastikan anda berjumpa dengan terapi profesional yang berpengalaman dalam mengendali kaedah ini.

Rawatan akupuntur

akupunturSecara kesimpulannya ada beberapa jenis penyakit yang boleh menerima terapi ini antaranya seperti berikut:

  • Migrain
  • Senggugut
  • Resdung
  • Rheumatoid Arthritis
  • Sakit gigi
  • Angin Ahmar
  • Pesakit dengan kesan kemoterapi seperti loya dan muntah

Kelebihan kaedah akupuntur pada pesakit

Berikut adalah manfaat yang diterima terhadap individu yang menjalani proses ini:

  • Selamat jika dilakukan dengan betul
  • Kurang dari sudut kesan sampingan
  • Berkesan jika digabungkan dengan rawatan konvensional
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Membantu pesakit yang tidak sesuai dengan pengambilan ubat

Risiko yang mungkin boleh terjadi

Setiap rawatan tidak kira moden ataupun tradisional tentunya ada beberapa risiko seperti di bawah:

  • Pendarahan terutama mereka yang ada masalah pembekuan darah
  • Pembengkakan di kawasan yang menerima tusukan jarum
  • Jika jarum kotor kemungkinan menyebabkan jangkitan kuman

Kami doakan semoga ada denyutan jantung si kecil dalam rahim anda tidak lama lagi. Insyaallah. Semoga bermanfaat.

Terapi Akupuntur Bantu Wanita Cepat Hamil, Adakah Ia Berkesan? Ini Jawapan Pakar

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Klik Dokter

Baca juga:

https://my.theasianparent.competua-cepat-mengandung-waktu-buat-seks

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Terapi Akupuntur Bantu Wanita Cepat Hamil, Adakah Ia Berkesan? Ini Jawapan Pakar
Kongsikan:
  • Tips Cepat Hamil Menurut Islam Melalui Hubungan Intim & Doa Dikurniakan Zuriat Yang Baik

    Tips Cepat Hamil Menurut Islam Melalui Hubungan Intim & Doa Dikurniakan Zuriat Yang Baik

  • Ibu Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date? Cuba Amalkan 17 Petua BerkesanIni!

    Ibu Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date? Cuba Amalkan 17 Petua BerkesanIni!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Tips Cepat Hamil Menurut Islam Melalui Hubungan Intim & Doa Dikurniakan Zuriat Yang Baik

    Tips Cepat Hamil Menurut Islam Melalui Hubungan Intim & Doa Dikurniakan Zuriat Yang Baik

  • Ibu Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date? Cuba Amalkan 17 Petua BerkesanIni!

    Ibu Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date? Cuba Amalkan 17 Petua BerkesanIni!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.