X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Permaisuri Agong Tawar Rawatan IVF Kepada Izzue Islam Dan Isteri! Anda Tahu Apa Itu IVF?

5 min bacaan
Permaisuri Agong Tawar Rawatan IVF Kepada Izzue Islam Dan Isteri! Anda Tahu Apa Itu IVF?Permaisuri Agong Tawar Rawatan IVF Kepada Izzue Islam Dan Isteri! Anda Tahu Apa Itu IVF?

Untungnya Izzue Islam dan Awin! Mereka sangat bersyukur dan menerima tawaran tersebut.

Bagi pasangan yang inginkan anak tetapi belum berkesempatan, anda pasti telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat kan? Terdapat pelbagai kaedah yang digunapakai sama ada kaedah tradisional atau moden seperti rawatan IVF.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mampu untuk melakukan rawatan IVF kerana kos yang terlalu tinggi. Oleh kerana setiap orang berbeza, kos rawatan bagi IVF juga tidak sama bagi setiap orang.

Raja Permaisuri Agong Tawar Bantuan Rawatan IVF Untuk Izzue Islam dan Isteri

Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29 tahun merupakan salah seorang selebriti yang masih cuba untuk mendapatkan zuriat bersama isteri kesayangannya, Nurinafilah Waharudin.

Pasangan tersebut telah berkahwin pada 2 Jun 2013 pada 7 tahun yang lalu.

berita selebriti, rawatan ivf

Bagi Izzue, pertemuan dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan satu rezeki apabila baginda menawarkan bantuan untuk dia dan pasangan mendapatkan zuriat.

“Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunku Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat. “Kami bertemu di belakang pentas selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu, memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa. “Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja,” katanya.

raja permaisuri agong sumber: youtube

Buat pengetahuan, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah. Pusat ini sedang menawarkan tajaan buat pasangan yang terpilih untuk rawatan IVF disalah sebuah Pusat Fertiliti yang mengambil bahagian di Malaysia.

Izzue walau bagaimanapun belum berkesempatan untuk bertemu dengan Tunku Azizah disebabkan jadual kerja yang padat.

“Sehingga kini, saya belum lagi bertemu dengan baginda untuk peringkat seterusnya. Sebab tak ada masa yang sesuai memandangkan saya tengah sibuk penggambaran sebuah drama. “Insya-Allah kalau ada rezeki, mungkin habis saja penggambaran ini dalam sekitar awal tahun hadapan saya akan berjumpa dengan baginda,” ujarnya.

Apakah Itu IVF?

cubaan hamil

In-vitro-Fertilization (IVF) atau rawatan in-vitro adalah rawatan kemandulan yang biasa dilakukan oleh pasangan yang inginkan zuriat.

Ovari akan dirangsang untuk menghasilan pelbagai folikel yang mengandungi telur dalam setiap satunya dengan menggunakan “ubat kesuburan”.

Pemantauan ultrasonografi diperlukan bagi mengenalpasti jumlah folikel dan percambahannya, bersama dengan tahap hormon darah bagi menentukan waktu sesuai untuk melakukan suntikan mematang telur.

Dotor akan mengambil telur dari ovari dengan menggunakan jarum kecil, manakala wanita akan berada di bawah anestesia ringan untuk menjalani rawatan dalam makmal khusus.

Selepas persenyawaan berlaku, telur akan dibiakkan dan berkembang menjadi embrio. 3-5 hari kemudian, embrio akan ditanam semula ke dalam rahim.

rawatan ivf malaysia

Berikut merupakan proses rawatan IVF mengikut peringkat yang lebih jelas untuk kefahaman anda:

  1. Kitaran haid dihentikan: Kitaran haid semula jadi wanita dimatikan dengan suntikan harian atau semburan hidung.
  2. Pengambilan telur: Prosedur pembedahan kecil menggunakan anestesia cahaya di mana seorang doktor memperoleh telur dari folikel ovari.
  3. Inseminasi donor: Pakar ginekologi meletakkan sperma secara langsung di dalam vagina di serviks atau di dalam rahim (dipanggil Intrauterine Insemination atau IUI). Inseminasi donor sebelum ini dikenali sebagai Inseminasi Buatan.
  4. Perkembangan embrio: Apabila sperma berjaya membuahkan telur, embrio akan terbentuk dan mula berkembang. Apabila embrio berusia 2 hingga 3 hari ia berada di peringkat ‘belahan’ atau ‘cleavage’ dan pada umur 5-6 hari, ia dipanggil ‘blastocyst’.
  5. Suntikan Sperma Intra-Cytoplasmik (ICSI): Satu sperma disuntik ke dalam telur untuk mencetuskan persenyawaan. Ini dilakukan dengan peralatan khas di makmal embriologi.
  6. Assisted Hatching:  Kegunaan laser atau kimia digunakan pada embrio untuk meningkatkan kebarangkalian penanaman pada lapisan rahim (endometrium).
  7. Pemindahan Embrio: Telur pupuk (embrio) diletakkan kembali ke rahim wanita melalui serviks.
  8. Implementasi: Setelah meletakkan embrio di dalam rahim, embrio perlu menjalani proses yang kompleks untuk melekat pada endometrium yang merupakan lapisan di dalam rahim.
  9. Kehamilan: Jika embrio berjaya dimplan, wanita akan berpeluang untuk hamil. Dia perlu menunggu 2 minggu untuk ujian kehamilan.
  10. Embryo Cryopreservation: Embrio dibekukan pada suhu yang sangat sejuk. Embrio sihat yang dipelihara boleh digunakan untuk kegunaan masa depan.

Kebarangkalian Berjaya Hamil Melalui Rawatan IVF

ikhtiar zuriat

Umumnya setiap kali seorang wanita mempunyai kitaran IVF, dia mempunyai kira-kira 1 dalam 5 peluang untuk hamil.

Peluang itu menjadi lebih tinggi bagi wanita yang berumur kurang dari 35 tahun dan lebih rendah untuk wanita yang lebih tua bermaksud kebarangkalian untuk berjaya hamil akan berkurang dengan usia.

Sesetengah wanita memerlukan sehingga 5 kitaran rawatan untuk berjaya, sementara yang lain tidak pernah hamil. Wanita muda lebih cenderung mempunyai bayi melalui IVF berbanding wanita yang lebih tua.

Jadi secara keseluruhan,sebahagian besar wanita yang melakukan rawatan IVF berjaya hamil namun teknik ini memberi peluang bagi pasangan untuk mendapatkan zuriat.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk melakukan rawatan IVF, adalah penting untuk berbincang dengan doktor, klinik IVF dan dana atau kemampuan kewangan anda terlebih dahulu.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Permaisuri Agong Tawar Rawatan IVF Kepada Izzue Islam Dan Isteri! Anda Tahu Apa Itu IVF?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mstar /www.arcfertility.com

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

https://my.theasianparent.com7-langkah-mudah-untuk-cepat-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Permaisuri Agong Tawar Rawatan IVF Kepada Izzue Islam Dan Isteri! Anda Tahu Apa Itu IVF?
Kongsikan:
  • Ingin Hamil Kali Ke-2, Datuk Siti Nurhaliza Menjalani Pembedahan Kecil Untuk IVF

    Ingin Hamil Kali Ke-2, Datuk Siti Nurhaliza Menjalani Pembedahan Kecil Untuk IVF

  • Prosedur IVF Ketika Bulan Ramadhan, Adakah Ia Dibolehkan Atau Membatalkan Puasa?

    Prosedur IVF Ketika Bulan Ramadhan, Adakah Ia Dibolehkan Atau Membatalkan Puasa?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Ingin Hamil Kali Ke-2, Datuk Siti Nurhaliza Menjalani Pembedahan Kecil Untuk IVF

    Ingin Hamil Kali Ke-2, Datuk Siti Nurhaliza Menjalani Pembedahan Kecil Untuk IVF

  • Prosedur IVF Ketika Bulan Ramadhan, Adakah Ia Dibolehkan Atau Membatalkan Puasa?

    Prosedur IVF Ketika Bulan Ramadhan, Adakah Ia Dibolehkan Atau Membatalkan Puasa?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.