Betul ke bersalin hospital kerajaan banyak cerita yang tak best?
Sebenarnya pengalaman para ibu semua berbeza-beza, jadi sebaik-sebaiknya jangan rasa takut pula nak bersalin di hospital tertentu. Kami di theAsianparent ingin berkongsi beberapa komen para ibu semasa bersalin di hospital kerajaan khas buat pengetahuan ibu ayah.
Pengalaman Bersalin Hospital Kerajaan
Jom baca pengalaman dan testimoni beberapa ibu yang pernah bersalin di hospital kerajaan. Senarai ini tidak mengikut urutan ya, jom semak mana tahu ada hospital yang berdekatan dengan ibu ayah!
HSI Johor
- Anak sy dua2 lahir hsi, johor. Alhamdulillah so far pengalaman dua2 ok. Anak 1st bersalin normal. 20 jam dalam labour room tahan sakit contraction siap share pengalaman dgn nurse yg check ctg. 2nd baby this year, kene emergency czer sebab baby dah berak dlm perut. Masa tu sister tlg tenangkan sbb dia nampak muke mcm xrela nak kene tolak masuk dewan bedah.. Huhu.
Hospital Batu Pahat
- Hospital Batu Pahat Johor.. Alhamdulillah… 4anak semuanya berjumpa dgn Doc n misi yg baik belaka…
Hospital Muar
- Hsptl muar pun ok. Nurse and doc baik.. layanan pun ok la kan. Baby pagi2 nurse dh mndikan siap bg susu lg. 👍
Hospital Seremban
- HTJ SEREMBAN. nice! staff semua elok dn baik.
Hospital Melaka
- Masa bersalin, bidan sangat lah baik. Sedar2 dari mamai sebab sedut banyak gas, terus dia offer milo
Hospital Putrajaya
- Alhamdulillah, sy bersalin di Hosp Putrajaya..rezeki sy dpt doc & nurse semuanya baik2..dr kena seluk smpai la bersalin, semuanya dipermudahkan..doc & nurse sgt membantu masa dlm LR..rezeki dpt bersalin dgn doc pmpn 😊
Hospital Kuala Lumpur
- Anak yg 3 – 5 saya bersalinkan anak kat hospital kuala lumpur dan hospital ampang, paling saya suka hospital kuala lumpur service tip top nurse ok. Tapi tak boleh lawan hukm service lagi bagus memuaskan.
- Me 🙆 HKL alhamdullilah smua bjlan dgn lncar eventho msa kat registration tu nurse agak ksar skit. Ksar I mean dr segi percakapan. Tp bila dh msuk wad smua nurse kat wad bersalin peramah. Syukur jga rezeki dpt doctor prempuan smua smasa bersalin. Hehe
- HKL. Emergency czer. Alhamdulillah nurse & doc sangat membantu. Rezeki dapat semua staff perempuan masa bersalin ♥️
Hospital Ampang
- Saya tengah dapatkan rawatan dekat hospital ampang.syukur dapat doktor yang baik setakat ini.
- Hosp ampang… Nurse baik..
- Dua dua kat hospital ampang. Alhamdulliah layanan baik sgt. Baik ke bidan, nurse, doc. Semua sangat ok. Lepas je selesai dorg terus offer air dan makanan utk tambah tenaga. Sampai cakap “puan nak makan apa apa tak?” sangat terbaik. Insyaallah no 3 akan kesana juga.
- betul² sy suke kt ampang. no 3 ni pon kt ampang..dpt plak skunk ni dpt ddk dkt vip nye wad tgkat 8 sb tgkt 4 renovet..mewah makanan pantang die. sb mbr dkt dlm wad skunk czer.sy lak xsbar nk msuk wad.hahahah..pantang hospital mkn sedap² pantang kt uma pasrah.hahahaha..doktr smue A👍
- Bersalin di hospital Ampang 2 kali, dapat bilik cantik kt NICU kongsi 2 org je. 🥰
Hospital Selayang
- Dedua anak bsalin dekat hosp selayang..layanan bagus sgt..dlm pnc ok..dlm labour room ok..dlm wad pon ok..rezeki dedua dipermudahkan…
- 3 anak semua hospital selayang. Mmg terbaik, makanan pun sedap. Siap husband ucap terima kasih byk kat nurse yg berpengalaman bidankan anak sy yg bongsu
- Dari Anak first tahun 2008 sampai ank no 4 tahun 2014…. Di hospital selayang….dokter Xkira pakar atau pelatih, nurse nye bagus2…
- Hospital Selayang.. Alhamdulillah.. Dapat doc nurse yang baik.. Selesa
- Hospital selayang 👍👍Sgt memuaskan, cumanya selagi bukaan msih 2cm, xblh masuk lagi sbb wad penuh..huu makanya tahan la kita sakit contraction dlm keta 😂
Hospital Shah Alam
- Bersalin kat Hospital Shah Alam. Tak dpt katil sbb full so i kena tunggu dan bermlm kat ruang menunggu which is same floor dgn labour room. Next day afternoon, baru ada kosong, yg td nya i sorang ja tak dpt katil, naik la ke ward atas together dgn ibu ibu yg baru masok. But alhamdulillah, sy dpt bilik yg hanya ada 2 katil, aircond & selesa. Bayar pun same rate dgn bilik biasa. Ibu ibu yg baru je masok dpt ward biasa.
Hospital Sungai Buloh
- Pernah bsalin czer kat Hosp Sg Buloh. Nurse dan doctor semua baik2. Cuma kesian kat ibu2 yg bsalin normal sbb katil and labour room selalu penuh.
- 2x di hsptl sg blh. 1st ceaser dpt doc yg ok Alhamdulillah. 2nd dpt pelatih. Diakhir jahitan tersalah jahit pulak. Kena pgil sister utk buka n jait semula. Katil penuh tu lumrah wad bersalin la. Katil sy dkt tgh laluan jln terkeluat dri wad. Mgkin ada hikmah disebalik semuanya
Hospital Kajang
- Beranak di hospital kajang. Alhamdulillah semuanya baik. Doktor & nurse sgt supportive & banyak membantu. Bil pun murah! 🙂
Hospital Seberang Jaya
- Alhamdulillah sy bersalin di hospital kerajaan seberang jaya..doc n nurse smua ok.alhamdulillah 😊
- Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.. anak sulong.. ramai sangat pesakit bln Dec 2005… Sampai kena q nk masuk labour room…
Hospital Sibu
- memang terbaik nurse dan doktor.masa kat labour room,yg bagusnya pas je bersalin normal.nurse akan tanya dlu nk suh sapa jahitkn luka bwh.Of course dua2 anak suh nurse atau bidan yg jahitkn.xnk suh doktor pelatih risau lak sbb mereka msih dlm proses belajar.Cuma bersalin anak ke2 nie 20hb sept aritu,doktor pelatih potong tali pusat anak panjang sgt smpai nurse tegus nape panjang sgat.apa2 pun memang sgat puas hati.
Hospital Kuantan
- Saya bersalin dekat HTAA, Kuantan. So far oke je, class biasa. Kalau nak selesa, aurat terjaga better amik class 2 atau 1
Wah, banyaknya pengalaman yang positif! Kalau ibu atau ayah ada cerita yang boleh dikongsikan kepada para ibu lain yang bakal bersalin, jom kongsi pengalaman anda juga di bebenang ini.
https://community.theasianparent.com/q/mommies-yang-pernah-bersalin-di-hospital-kerajaan-jom-kongsi-pengalaman-anda/1095434?tm=0.04493243079683018
Semoga bermanfaat!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent MY
Baca juga:
https://my.theasianparent.comhospital-bersalin-kuala-lumpur
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!