Bagaimana cara yang betul untuk menjaga baki tali pusat bayi anda?

lead image

Ibu bapa perlu tahu cara betul serta tips lain ketika menjaga baki tali pusat bayi sebelum ia tertanggal untuk mengelak bayi dari mendapat jangkitan.

Setiap bayi sama ada dilahir secara semula jadi, melalui pembedahan czer mahupun kelahiran yang dibantu dengan forceps dan vakum, akan mempunyai baki tali pusat bayi.

Tali pusat yang menyambung plasenta dengan bayi ini berfungsi untuk mengangkut oksigen dan nutrien dari badan ibu ke bayi dan mengangkut semula produk sisa, seperti karbon dioksida, dari metabolisme bayi.

Pemotongan tali pusat bayi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/cara menjaga baki tali pusat bayi potong.jpg Bagaimana cara yang betul untuk menjaga baki tali pusat bayi anda?

Sejurus bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan dikepit dan dipotong. Tali pusat boleh dipotong oleh doktor pakar wanita ataupun ayah kepada bayi.

Jika ibu bapa ingin mengamalkan delayed cord clamping, anda perlu berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Biarpun ramai yang percaya adalah lebih baik untuk bayi jika tali pusat tidak dikepit terus selepas bayi dilahirkan, tidak semua doktor atau hospital akan melakukannya.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/cara menjaga baki tali pusat bayi dikepit.jpg Bagaimana cara yang betul untuk menjaga baki tali pusat bayi anda?

Sumber :  

Tali pusat bayi perlu di kepit dahulu untuk menutup semua saluran darah di dalam tali sebelum ia boleh dipotong. Pengepit yang biasa digunakan adalah pengepit tali pusat plastik.

Langkah-langkah mencuci baki tali pusat bayi

Ini antara pengalaman mencuci dan menjaga baki tali pusat bayi yang diamalkan oleh saya. Anda boleh merujuknya sebagai panduan.

Selepas semuanya okay dan saya diberi kebenaran untuk pulang ke rumah, jururawat bertugas telah memberi saya 2 botol Hidrogen Peroksida dan beberapa bungkus bola kapas steril untuk membersihkan baki tali pusat anak saya. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/cara menjaga baki tali pusat bayi kapas steril.jpg Bagaimana cara yang betul untuk menjaga baki tali pusat bayi anda?

Sumber: cdn2.curejoy.com

Selepas saya pulang ke rumah, ini apa yang perlu dilakukan:

  1. Kumpulkan semua bekalan yang diperlu untuk mencuci baki tali pusat supaya ia mudah dicapai
  2. Guna kapas steril untuk menyerap sedikit hidrogen peroksida
  3. Lap sekali dengan perlahan-lahan baki tali pusat bayi dan bahagian berdekatan pusat bayi kemudian buang kapas yang kotor
  4. Jangan guna kapas yang dicelup berulang kali. Gunakan kapas baru dan ulang langkah 2 dan 3 jika diperlukan. Ini untuk mengelakkan jangkitan
  5. Ibu bapa perlu melakukan ini selepas bayi anda mandi dan setiap kali tukar lampin baru

Putik kapas juga boleh digunakan untuk mencuci baki tali pusat bayi. Sesetengah ibu bapa tidak suka menggunakan putik kapas kerana berpendapat ia sangat keras dan tidak lembut macam kapas.

Tetapi ibu bapa juga boleh menggunakan putik kapas untuk membersih kawasan yang susah dicuci seperti pada tepi dan celah-celah antara baki tali pusat anda pusat bayi anda.

Terpulanglah kepada ibu bapa, mana yang lebih senang, janji ia bersih dan sentiasa kering.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/cara menjaga baki tali pusat bayi putik kapas.jpg Bagaimana cara yang betul untuk menjaga baki tali pusat bayi anda?

Sumber: Pinterest

Tips penting apabila menjaga baki tali pusat bayi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/cara menjaga baki tali pusat bayi lampin.jpg Bagaimana cara yang betul untuk menjaga baki tali pusat bayi anda?

Sumber: raisingchildren.net.au

  • Jangan terkejut jika terdapat kesan kotor dan darah pada kapas ataupun baju bayi. Ini adalah perkara normal
  • Apabila menukar lampin bayi, pastikan baki tali pusat bayi tidak ditutup. Lipat bahagian atas lampin seperti gambarajah di atas
  • Lama kelamaan baki tali pusat bayi akan semakin kering. JANGAN cabut baki tali pusat bayi anda. Ia akan tanggal sendiri.
  • Hubungi doktor jika bayi anda demam atau apabila mendapati bahagian berdekatan baki tali pusat bayi nampak kemerah-merahan dan berbau busuk. Ini adalah tanda jangkitan.

Kebanyakkan ibu bapa akan buang terus baki tali pusat bayi yang sudah kering, tapi ada juga yang simpan buat kenang-kenangan.

Jika ibu bapa masih kurang yakin, disini kita sertakan video cara betul untuk membersihkan baki tali pusat bayi. Semoga membantu!
 
 
 
 
 
 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!