X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ramai Isteri Sukar Hamil Disebabkan Masalah Ovari, Ketahui Apa Itu Endometriosis

5 min bacaan
Ramai Isteri Sukar Hamil Disebabkan Masalah Ovari, Ketahui Apa Itu Endometriosis

Apa itu endometriosis? Ia adalah sejenis penyakit yang sering menyerang wanita hingga menyebabkan kesuburan menurun dan sukar mengandung

Anda tahu apa itu endometriosis dan adakah ia menjejaskan peluang kehamilan? Jom baca lanjut kisah ini. 

Bertahun-tahun saya berjuang untuk hamil. Malah saya dan suami sudah mencuba segalanya dari rawatan kemandulan, ubat tingkatkan kesuburan, naturopathy, akupuntur, IUI sehinggalah IVF. Semuanya tak berjaya. 

Diakhir lawatan bersama doktor, dia mencadangkan saya melakukan laparoskopi untuk memeriksa penyakit endometriosis. 

Apa itu endometriosis? 

Doktor kemudiannya beritahu, saya ada masalah pada ovari yang memberi kesan terhadap kesuburan dan ketumbuhan itu berjaya dikeluarkan. 

Soalannya sekarang, adakah saya boleh hamil? Hingga tiba bulan berikutnya saya dapat lihat double line pada ujian kehamilan.

Bagi anda yang tidak tahu apa itu endometriosis, ia adalah penyakit yang biasa dialami golongan wanita peringkat umur 30 dan 45 tahun. 

Penyakit endometriosis bukanlah kanser di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus dan organ reproduktif.

Namun, penyakit endometriosis kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus. 

Bagi wanita yang cuba hamil, endometriosis boleh menjejaskan kesuburan terutama jika ia terdapat pada ovari atau tiub follopian. 

Apa itu endometriosis, ketahui gejala ini 

  • Haid banyak dan tidak teratur
  • Senggugut atau sakit semasa haid 
  • Sakit semasa hubungan seks 
  • Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen pada pertengahan haid 
  • Memberi kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil 

Bagaimana sakit endometriosis menjejaskan kesuburan wanita?

Jika endometriosis muncul pada satu atau kedua-dua ovari, ia boleh menjejaskan kualiti telur sekaligus mencegah kehamilan.

Ketika di lapisan tiub follopian, ia dapat menghentikan telur dari berenang ke rahim di mana ia akan disenyawakan. 

Pakar perubatan juga menunjukkan endometriosis boleh merosakkan sperma lelaki setelah dibebaskan dalam tubuh wanita. 

Walaupun alasan ini tidak diketahui secara jelas, namun endometriosis menyebabkan keradangan dalam tubuh dan menjejaskan sperma dan juga telur.

Penyakit cyst endometriosis 

Dianggarkan bahawa terdapat 10 hingga 15 peratus wanita mengalami penyakit ini saban tahun.

Malangnya kebanyakan wanita tidak mendapat diagnosis awal berkaitan penyakit mereka dan hanya mengetahui apabila penyakit berada pada tahap kronik sehingga memberi kesan terhadap mutu dan kualiti hidup mereka.

Penyakit cyst endometriosis merupakan keadaan terjadinya pergumpalan tisu di dalam ovari sama ada satu atau kedua-duanya bahagian yang dipanggil juga sebagai endometrioma.

Tisu ini kebiasaannya tumbuh sekecil dua inci dan boleh membesar kira-kira 8 inci. Justeru, adalah penting untuk mendapatkan rawatan iaitu sama ada melalui ubatan atau pembedahan untuk membuang cyst bergantung kepada keadaan pesakit.

Rawatan sakit endometriosis 

Malangnya, sakit endometriosis ini tidak dapat disembuhkan tapi ia boleh dirawat dengan baik. Biasanya doktor akan mencuba beberapa prosedur sebelum pesakit menjalani pembedahan. 

  • Ubat tahan sakit – Tanda endometriosis paling jelas adalah sakit sebelum dan selepas haid. Doktor boleh mengesyorkan ubat biasa seperti paracetamol atau ibuprofen. 
  • Terapi hormon – Semasa haid, hormon ada naik dan ada turun. Ini menyebabkan tisu endometrium di luar rahim menebal dan berdarah. Oleh itu, ubat hormon dapat melambatkan proses penebalan ini sehingga mengurangkan rasa sakit. 

Pembedahan endometriosis 

Melibatkan penghapusan ketumbuhan endometrium dan melindungi ovari serta rahim anda. Ia biasanya dilakukan melalui laparoskopi. 

Ketika ketumbuhan dikeluarkan, kualiti telur bertambah baik dan ini membuka peluang wanita untuk hamil. 

Sekiranya doktor mengizinkan, anda boleh cuba hamil selepas dua minggu pembedahan. 

Namun, jika selepas pembedahan masih tiada tanda-tanda hamil anda boleh melakukan prosedur lain seperti pembekuan telur, Intrauterine Insemination (IUI), IVF atau ubat kesuburan. 

Cyst dalam rahim

Cyst maksud adalah kantung cecair yang tidak normal yang boleh terbentuk di mana-mana di dalam badan. Jika tidak dirawat, sista benigna boleh membawa kepada pelbagai komplikasi serius, termasuk keracunan darah.

Secara umumnya, seperti polyps, cyst dalam rahim juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita.

Kita biasa mendengar kehadiran cyst dalam rahim, namun sebenarnya cyst boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh badan kita termasuk di permukaan kulit.

Cyst boleh menjadi ketumbuhan yang paling menyakitkan dan boleh di diagnosis sebagai malignan (berbahaya). Oleh sebab inilah kita perlu memahami perbezaan diantara polyps dan cyst.

  • Cyst boleh terjadi pada ovari sebagai kantung-kantung yang terdiri daripada pepejal atau dipenuhi dengan cecair daripada sistem pembiakan wanita. Cyst yang bersaiz kecil biasanya menghasilkan kesakitan yang tidak berapa kuat tetapi cyst yang bersaiz lebih besar boleh menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk.
  • Tidak seperti polyps dan fibroid, ovarian cyst tidak menyebabkan pendarahan yang melampau ketika haid.
  • Selain daripada kanser, bahaya lain yang menanti adalah apabila cyst tersebut pecah dan menyebabkan kandungannya terbebas dan memasuki rongga-rongga badan yang lain dan boleh menyebabkan keracunan darah atau kehadiran penyakit-penyakit lain.
  • Cyst ovari boleh menjadi malignan (berbahaya) dan menyebabkan kanser, tetapi kebanyakan cyst yang wujud adalah benign (tidak berbahaya).

Di harap perkongsian dan maklumat ini memberi anda gambaran jelas tentang isu berkaitan. 

Artikel asal ditulis oleh Nalika dan mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pengalaman Mengandung Luar Rahim Amat Menyakitkan, Ini Info Penting Ibu Perlu Tahu!

Baca juga: Jangan Tangisi Jika Ada Endometriosis, Anda Juga Berpeluang Hamil Dengan 3 Cara Ini

Baca juga: Kenali Ubat Duphaston Bantu Wanita Hamil Dengan Endometriosis Yang Menjejaskan Kandungan

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Ramai Isteri Sukar Hamil Disebabkan Masalah Ovari, Ketahui Apa Itu Endometriosis
Kongsikan:
  • Jangan Tangisi Jika Ada Endometriosis, Anda Juga Berpeluang Hamil Dengan 3 Cara Ini

    Jangan Tangisi Jika Ada Endometriosis, Anda Juga Berpeluang Hamil Dengan 3 Cara Ini

  • Endometriosis, Penyakit "Senyap" Yang Dihidap Ramai Wanita

    Endometriosis, Penyakit "Senyap" Yang Dihidap Ramai Wanita

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Jangan Tangisi Jika Ada Endometriosis, Anda Juga Berpeluang Hamil Dengan 3 Cara Ini

    Jangan Tangisi Jika Ada Endometriosis, Anda Juga Berpeluang Hamil Dengan 3 Cara Ini

  • Endometriosis, Penyakit "Senyap" Yang Dihidap Ramai Wanita

    Endometriosis, Penyakit "Senyap" Yang Dihidap Ramai Wanita

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.