Keguguran adalah kehilangan yang amat pahit untuk diterima, lebih-lebih laki jika anda dan pasangan sudah bertahun menantikan cahaya mata. Sesetengah ibu cenderung mengalami tanda tanda kemurungan selepas episod menyedihkan ini.
Pastinya bukan mudah untuk melewati fasa kesedihan ini. Sebagai ibu, anda sudah meletakkan harapan tinggi untuk membina keluarga bersama ahli baharu namun belum rezeki lagi.
Tanda tanda kemurungan selepas keguguran
Anda mungkin pernah mendengar, sebagai contoh, bahawa pengguguran boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan menyukarkan untuk hamil pada masa hadapan atau membawa kehamilan hingga cukup bulan.
Walau bagaimanapun, penyelidikan perubatan sedia ada tidak menyokong dakwaan ini.
Banyak perdebatan juga mengelilingi idea tentang hubungan antara kesan keguguran dan gejala emosi yang teruk.
Kebanyakan ibu mengatakan ia adalah pengalaman traumatik yang boleh mengakibatkan “sindrom selepas keguguran”, sehingga menjejaskan kesihatan mental.
Jika perasaan negatif adalah teruk dan berterusan, ia boleh meningkatkan risiko kemurungan. Antara tanda tanda kemurungan selepas ibu keguguran ialah:
- berasa rendah diri atau sedih
- mengalami kesukaran berfikir, fokus, dan membuat keputusan
- Tanda tanda kemurungan: rasa meragam
- kurang tenaga
- tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit
- Tanda tanda kemurungan: kehilangan minat terhadap seks
- hilang minat dalam aktiviti yang mereka gemari sebelum ini
- Mungkin juga ada perasaan bersalah dan rasa rendah diri.
Tanda tanda kemurungan boleh menyukarkan untuk bekerja atau menjalankan kerja harian. Komplikasi boleh termasuk kerosakan hubungan dan kehilangan pekerjaan. Bagi sesetengah orang, gejala psikotik mungkin berkembang.
Sebab mengapa ibu mudah berasa lebih tertekan
Kadangkala, sesetengah orang mengalami gejala emosi yang lebih serius atau kesusahan yang berlarutan selepas keguguran berlaku.
Walau bagaimanapun, gejala ini selalunya berkaitan dengan kebimbangan yang sedia ada, atau isu yang dialami sebelum hamil.
Beberapa perkara lain turut boleh meningkatkan peluang seseorang untuk mengalami tekanan, kegawatan emosi dan perasaan sukar berkaitan keguguran.
Setiap perasaan kehilangan amat memerlukan sokongan emosi daripada pasangan, keluarga atau rakan terdekat.
Bercakap mengenai keputusan penting selalunya boleh membantu anda menyusun fikiran dan memahami semua perasaan dialami.
Walau bagaimanapun, apabila ibu tidak mempunyai orang tersayang yang boleh dipercayai, anda mungkin berasa keseorangan dan terasing.
Jika suami nampaknya tidak begitu mengambil berat tentang kesihatan diri anda hingga membuatkan anda berasa sakit hati, hindarikanlah diri daripadanya.
Sebagai alternatif, usahakan untuk menyibukkan diri dengan membuat perkara yang anda sukai di rumah ataupun luar rumah. Sebenarnya ketenangan dan kebahagiaan adalah datang daripada diri anda sendiri!
-
Kebimbangan kesihatan sedia ada
Ada sesetengah keguguran terjadi disebabkan oleh tahap kesihatan ibu yang kurang baik hingga perlu mengorbankan nyawa dalam kandungan.
Justeru anda biasanya terpaksa menahan kesakitan untuk proses ‘cuci rahim’ selepas diberikan tarikh temu janji dengan doktor.
Setiap proses ini sekaligus boleh membuatkan anda tertekan dan kemurungan kerana ia boleh menjadi kenangan pahit
Ia juga adalah salah satu punca kemurungan yang sering dipandang ringan. Pada hari ini, tidak dinafikan tahap stress setiap individu adalah sangat tinggi. Kesibukan di tempat kerja, dan perlu menyeimbangkan dengan keluarga, sangat memenatkan.
Stress atau tekanan perasaan yang tidak terkawal akan menyebabkan anda dilanda kemurungan.
Jenis keguguran
#1. Ancaman keguguran (Threatened miscarriage)
Ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut. Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung.
Dalam kebanyakan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan.
Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur. Majoriti kes tidak berakhir dengan keguguran.
#2. Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage)
Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.
Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage) – bermakna kandungan telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.
#3. Keguguran lengkap (complete miscarriage)
Kandungan telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang. Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.
#4. Keguguran septik (septic miscarriage)
Ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning).
Bolehkah anda mencegah atau merawat kemurungan?
Jika kemurungan berlaku selepas keguguran, ini adalah keadaan yang boleh dirawat.
Rawatan mungkin melibatkan:
- sokongan, contohnya, kumpulan komuniti atau pekerja kesihatan
- kaunseling, termasuk terapi tingkah laku kognitif
- ubat-ubatan, seperti antidepresan
- Faktor gaya hidup yang boleh membantu termasuk:
- makan makanan seimbang
- melakukan senaman yang kerap
- mengurangkan tekanan sejauh mungkin
- mempelajari teknik relaksasi, seperti yoga atau meditasi
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bukan Sebab Makan Nenas Atau Bersenam, Doktor Dedah Ini Punca Sebenar Keguguran
Baca juga: Mengandung Selepas Keguguran Cenderung Untuk Dapat Kehamilan Sihat, Menurut Kajian
Baca juga: Risiko Keguguran Mengikut Minggu Kehamilan, Ibu Kena Bedrest & Kurangkan Lasak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!