X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selain Susu Full Cream, Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar!

4 min bacaan
Selain Susu Full Cream, Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar!

Bagi pasangan yang sudah lama ikhtiar mendapatkan zuriat, apa kata anda ikuti tips diet dengan pengambilan beberapa makanan untuk kesuburan ini!

Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, kehadiran cahaya mata amatlah dinanti-nantikan. Bukan itu sahaja, ada juga suami isteri sabar menunggu sehingga bertahun untuk ‘tambah anak’ lagi. Antara cara yang boleh membantu anda ialah dengan mengambil makanan untuk kesuburan.

Pada tahun 2007, Harvard Medical School telah membuat penelitian antara hubungan makanan dengan kesuburan sehinggalah berjaya menghasilkan ‘Fertility Diet’ atau diet untuk meningkatkan kesuburan.

Baca juga: 26 Klinik Kesuburan Terbaik Di Malaysia Yang Membantu Isu Ketidaksuburan Untuk Hamil

Makanan untuk kesuburan suami isteri

diet untuk kesuburan

credit to sources

Kajian yang dilakukan oleh Nurse’s Health Study melibatkan sebanyak 238 ribu wanita berumur 30 hingga 55 tahun. Hasil yang diperoleh membuktikan bahawa ada jenis-jenis makanan dan minuman diambil seseorang pada setiap hari yang dapat mempengaruhi peluang untuk hamil.

Bukan itu sahaja, kelompok wanita yang menjalani diet kesuburan turut didapati mengurangkan risiko ketidaksuburan sehingga 27 peratus disebabkan oleh kualiti telur tidak baik.

Berikut adalah beberapa prinsip pengambilan makanan untuk kesuburan yang dianjurkan oleh Harvard Medical School:

#1. Menghindari makanan yang mengandungi lemak trans

Lemak trans boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi tersumbat dan menganggu sistem organ reproduksi. Ini kerana apabila pembuluh darah sudah tertutup, aliran darah tidak dapat mengalir dengan baik.

Antara contoh makanan yang mengandungi lemak trans ialah pizza beku, krim dan marjerin (dalam kek, biskut atau roti), makanan bergoreng (fun fries, ayam bersalut tepung) dan makanan panggang (burger).

#2. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tidak tepu

makanan tingkat kesuburan

credit to sources

Lemak tidak tepu berupaya membantu dalam meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap sebarang insulin dan mengatasi masalah radang dalam tubuh. Ia juga baik untuk kesuburan golongan wanita.

Antara contoh makanan yang perlu anda ambil ialah kekacang, lemak ikan mengandungi Omega-3 seperti salmon dan sardin.

#3. Banyakkan mengambil protein daripada sayuran

Protein daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti sayur adalah jauh lebih baik berbanding protein haiwan untuk meningkatkan kesuburan. Jika sebelum ini anda sering makan daging merah, apa kata tukarkannya kepada pengambilan kacang tanah, tauhu, tempe dan kacang merah sebagai ikhtiar untuk hamil.

Antara sayuran yang kami galakkan anda ambil ialah sayur bayam hijau (mengandungi 49 peratus protein),  bunga kubis (40 peratus protein), brokoli (45 peratus protein), lada benggala hijau (22 peratus protein), cendawan (38 peratus protein), timun batang (24 peratus protein) dan parsli (34 peratus protein).

#4. Pengambilan karbohidrat kompleks

Mengambil karbohidrat kompleks seperti serat dalam sayur, gandum dan kekacang berkesan untuk meningkatkan kesuburan bayi membolehkan kadar gula dalam darah boleh dikawal dengan mudah.

Antara makanan yang boleh anda ambil ialah:

  • Beras perang: 77g karbo
  • Kacang merah: 60g karbo
  • Ubi keledek: 20g karbo
  • Kacang pis: 14g karbo
  • Buah pisang: 23g karbo
  • Bijirin oat: 69g karbo

#5. Memilih susu jenis full cream berbanding susu rendah lemak

tips meningkatkan kesuburan

credit to sources

Jika sebelum ini anda berpendapat bahawa susu tanpa lemak adalah yang terbaik, maka ia sebenarnya salah. Dalam proses meningkatkan kesuburan seseorang, susu penuh lemak (full cream) adalah paling sesuai.

Ini kerana ada yang mengatakan bahawa susu tanpa lemak boleh membuatkan anda sukar untuk hamil. Justeru bagi wanita yang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, anda perlulah kerap mengambil susu full cream, yogurt dan aiskrim.

#6. Amalkan asid folik setiap hari

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Ketika hamil, asid folik ini amat penting supaya bayi tidak mengalami masalah kecacatan pada saraf tunjang. Ia amat sesuai diambil sebelum kehamilan berlaku bagi mengelakkan risiko tersebut dan meningkatkan tahap kesuburan bakal ibu.

Antara cadangan pengambilan asid folik yang diperlukan ialah sebanyak 400mcg pada setiap hari. Sekiranya anda inginkan manfaat ini dari sumber semula jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk kerap mengambil sayuran berwarna hijau seperti brokoli, salad, bayam dan sawi.

#7. Amalkan makanan yang kaya dengan zat besi

Zat besi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan berupaya meningkatkan kesuburan. Anda juga boleh meningkatkan zat besi ini dengan mengambil makanan mengandungi tinggi vitamin C.

Antara contoh beberapa makanan mengandungi zat besi ialah:

  • Tomato
  • Telur
  • Bayam
  • Kacang merah
  • Ubi kentang dengan kulitnya
  • Tembikai
  • Aprikot kering dan kismis

Sumber: Nurasykin Ali

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Selain Susu Full Cream, Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar!
Kongsikan:
  • 8 makanan ini tingkatkan kesuburan lelaki - sperma pun jadi lebih banyak!

    8 makanan ini tingkatkan kesuburan lelaki - sperma pun jadi lebih banyak!

  • 7 Cara Meningkatkan Kesuburan Bagi Suami Isteri, Tak Salah Kalau Cuba!

    7 Cara Meningkatkan Kesuburan Bagi Suami Isteri, Tak Salah Kalau Cuba!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 8 makanan ini tingkatkan kesuburan lelaki - sperma pun jadi lebih banyak!

    8 makanan ini tingkatkan kesuburan lelaki - sperma pun jadi lebih banyak!

  • 7 Cara Meningkatkan Kesuburan Bagi Suami Isteri, Tak Salah Kalau Cuba!

    7 Cara Meningkatkan Kesuburan Bagi Suami Isteri, Tak Salah Kalau Cuba!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.