Ibu ayah dengan bayi bawah satu tahun, perlu melindungi Si Manja daripada Virus Sinsitium Pernafasan atau Respiratory Syncytial Virus (RSV) kerana ia sering disangka selesema biasa, namun sebenarnya boleh menjadi jangkitan pernafasan serius dalam masa singkat dan menjejaskan kesihatan bayi.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi KPJ Damansara 2, Prof. Madya Dr Rashdan Zaki Mohamed pencegahan RSV pada bayi penting dengan langkah proaktif seperti mendapatkan nasihat pakar pediatrik dan mempertimbangkan imunisasi RSV yang sesuai.
Apa Itu RSV Dan Kenapa Ia Membimbangkan?
RSV ialah jangkitan virus pernafasan biasa, tetapi bagi bayi bawah satu tahun ia boleh menjadi serius dan menyebabkan komplikasi bronkiolitis serta radang paru-paru (pneumonia), termasuk kes yang memerlukan oksigen atau Unit Rawatan Rapi di hospital. Malah, RSV merupakan punca utama bronkiolitis dan pneumonia dalam kalangan bayi di bawah umur 1 tahun.1
Di Malaysia, jangkitan RSV berlaku sepanjang tahun dan kebanyakan bayi dijangkiti seawal usia setahun. Simptom RSV bayi pula sering bermula seperti selesema biasa sebelum bertambah teruk dengan cepat. RSV tidak membezakan antara bayi; semua bayi menghadapi risiko dan sukar untuk mengetahui bayi mana yang akan mendapat komplikasi teruk daripada RSV.
Di peringkat global, kira-kira 2 daripada 3 bayi akan dijangkiti RSV sebelum mencapai usia satu tahun.2

Simptom RSV Bayi Dan Tanda RSV Pada Bayi
Menurut Dr Rashdan, pada peringkat awal, simptom RSV bayi termasuk hidung berair, batuk ringan, demam ringan dan kurang selera minum susu.
Namun, segera dapatkan rawatan jika tanda RSV pada bayi semakin teruk seperti nafas laju atau berbunyi (wheezing), dada berombak (chest indrawing) dan kurang menyusu.
Selain itu, lesu atau bibir dan kuku kebiruan akibat kekurangan oksigen. Perubahan ini boleh berlaku dengan cepat, jadi rawatan RSV bayi di hospital perlu dilakukan tanpa berlengah.
Pencegahan RSV Bayi
RSV pada bayi merebak melalui titisan pernafasan dan sentuhan, jadi cara mencegah RSV pada bayi perlu diberi perhatian oleh ibu bapa.
Antara langkah pencegahan RSV bayi yang penting ialah:
- Membasuh tangan sebelum menyentuh bayi
- Mengelakkan individu tidak sihat
- Memakai pelitup muka jika bergejala
- Menghadkan pendedahan di tempat sesak
- Elakkan terlalu ramai orang memegang atau mencium bayi
- Amalkan etika batuk yang betul
- Teruskan penyusuan susu ibu bagi membantu meningkatkan imuniti serta mengurangkan risiko jangkitan RSV
Pilihan Imunisasi Dan Perlindungan RSV Bayi
Seperti yang dijelaskan oleh Dr Rashdan, pada masa ini, terdapat pendekatan pencegahan RSV pada bayi:

- Imunisasi dengan antibodi monoklonal untuk memberikan perlindungan langsung dan tersedia terhadap RSV bagi bayi dari hari lahir hingga umur 12 bulan. Ia juga boleh diberikan kepada bayi berisiko tinggi sehingga umur 24 bulan.
-
Vaksinasi untuk ibu hamil, semasa 24-36 minggu kehamilan, untuk melindungi bayi selepas dilahirkan (sehingga berusia sekitar 6 bulan).
Ketersediaan di Malaysia mungkin berbeza mengikut pusat dan polisi semasa, jadi ibu bapa digalakkan berbincang dengan pakar kanak-kanak mengenai kelayakan dan pilihan terbaik untuk imunisasi RSV bayi dan perlindungan RSV.
Kesimpulan: Jangan Tunggu, Bertindak Awal
RSV merupakan ancaman serius yang sering bermula seperti selesema biasa tetapi boleh berkembang menjadi jangkitan RSV pada bayi yang berbahaya dalam masa singkat.
Oleh itu, ibu ayah yang mempunyai bayi kecil atau sedang hamil perlu lebih peka terhadap simptom RSV bayi, tanda awal serta langkah pencegahan RSV pada bayi.

Dengan memahami risiko RSV pada bayi, melakukan cara mencegah RSV pada bayi, serta berbincang dengan pakar pediatrik mengenai imunisasi RSV bayi dan pilihan perlindungan yang sesuai, ibu ayah dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi serius seperti bronkiolitis dan radang paru-paru.
Seperti yang ditekankan oleh Prof Dr Rashdan, jangan tunggu sehingga simptom menjadi teruk bertindak awal dengan mendapatkan nasihat kesihatan dan perlindungan terbaik untuk kesihatan bayi daripada RSV. Di Malaysia, lebih daripada 80% kemasukan ke hospital akibat RSV berlaku dalam kalangan bayi yang sihat dan dilahirkan cukup bulan.3 Lindungi bayi anda daripada RSV. Berbincanglah dengan pakar pediatrik anda mengenai imunisasi antibodi monoklonal. Layari TogetherAgainstRSV.my untuk mengetahui lebih lanjut.
*Artikel ini adalah inisiatif kempen kesedaran dibawakan oleh Sanofi Malaysia atas tujuan pendidikan tentang RSV dan pentingnya pencegahan RSV
MAT-MY-2600016-1.0-01/2026
[1] Centers for Disease Control. RSV in Infants and Young Children. https://www.cdc.gov/rsv/infants-young-children/index.html
[2] Walsh E. Clin Chest Med 2017; 38(1): 29–36.
[3] Cheah et al. Recommendations on Respiratory Syncytial Virus (RSV) Immunization Strategies for Infants and Young Children in Countries with Year-Round RSV Activity. Vaccines 2026, 14, 59. doi.org/10.3390/vaccines14010059