TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

8 Bengkung Strap Untuk Ibu Hamil Yang Kerap Alami Masalah Sakit Pinggang, Selesa & Berbaloi!

Bengkung strap sebenarnya sangat membantu menyokong tulang belakang ibu hamil, jadi di sini kami kongsikan yang terbaik untuk ibu.

Selalunya bengkung seringkali dikaitkan dengan waktu berpantang, tetapi ibu tahu tak yang adanya bengkung strap ibu mengandung atau dikenali sebagai maternity belt atau belly band?

Semasa hamil, wanita akan mengalami banyak perubahan dan pertambahan berat secara mendadak hasil perkembangan bayi di dalam rahim. Apabila perut ibu semakin membesar, ini boleh merisikokan si ibu untuk mengalami sakit pinggang dan merasa tekanan apabila melakukan aktiviti harian.

Apakah Itu Maternity Belt?

Mujurlah pada masa kini terdapat ubatan dan alatan yang boleh membantu bagi mengurangkan rasa tekanan tersebut, salah satunya adalah dengan pemakaian postpartum belly band. Maternity belt dihasilkan untuk menyokong bahagian bawah punggung dan perut semasa kehamilan. Pakaian sokongan yang fleksibel ini dapat memberi banyak manfaat kepada wanita aktif yang sedang hamil, terutama pada trimester kedua dan ketiga.

Walaupun mempunyai fungsi yang sama, tetapi tidak semua maternity belt sama. Ada banyak jenis belly band di pasaran dan kesemuanya berbeza sama ada dari segi material, saiz, dan jenis pemakaian.

Jangan risau, biar kami bantu anda untuk membuat pilihan dengan menyatakan apa yang menarik tentang pilihan belly band kami akan senaraikan di bawah. Ibu hanya perlu memilih yang mana satu bersesuaian dengan gaya anda!

Tips Memilih Bengkung Strap Terbaik Di Pasaran

Memilih maternity belt yang sesuai adalah penting untuk memastikan keselesaan dan sokongan yang baik sepanjang tempoh kehamilan. Pertimbangkan beberapa faktor dalam pemilihan bengkun strap yang sesuai:

1. Pertimbangkan Tahap Sokongan

  • Sokongan Penuh: Pilih tali pinggang yang menawarkan sokongan penuh jika anda mengalami sakit belakang atau memerlukan sokongan tambahan.
  • Sokongan Separa: Jika hanya memerlukan sokongan ringan, tali pinggang yang lebih nipis mungkin mencukupi.

2. Saiz dan Keselesaan

Pastikan tali pinggang yang dipilih boleh dilaraskan mengikut saiz perut yang semakin membesar.Pilih bahan yang lembut dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit.

3. Bahan

Cari tali pinggang yang diperbuat daripada bahan yang boleh bernafas seperti kapas atau spandeks untuk mengelakkan berpeluh dan ketidakselesaan. Jangan semata-mata memilih yang paling murah. Sebaliknya, pastikan kualiti dan keselesaan tali pinggang adalah terbaik.

4. Rekaan

Rekaan tanpa jahitan mengurangkan risiko iritasi kulit. Ada tali pinggang yang dilengkapi dengan penyangga tambahan untuk memberikan lebih sokongan kepada bahagian bawah perut.

8 Maternity Belt Terbaik di Malaysia

[product-comparison-table title="Maternity Belt Terbaik"]

Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset

Bengkung Strap Terbaik Boleh Laras

mama's choice bengkung strap

Sekiranya ibu mencari belly band yang boleh dipakai semasa hamil dan selepasnya, Mama's Choice ada jawapannya. Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset boleh dibentuk mengikut ukuran tubuh pemakai dan pada masa yang sama boleh mengembalikan tubuh lebih langsing serta membetulkan postur.  Fungsi elastik pada korset ini membolehkan anda sentiasa rasa selesa dan merasakan lebih tekanan namun lembut pada bahagian pinggang. 

Ciri-ciri yang kami suka:

  • Sesuai digunakan selepas bersalin
  • Fungsi yang mampu membetulkan postur badan
  • Rekaan velkro ekslusif
  • Material 65% poliester, 35% fiber elastik
  • Boleh mengurangkan sakit belakang
  • Mempunyai pilihan saiz yang banyak (S-XXL)
  • Mampu mengempiskan perut selepas bersalin

Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset

dari Mama's Choice

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Mama's Choice

Lunavie Maternity Support Belt

Bengkung Strap Terbaik Kurangkan Tekanan Pelvis

bengkung untuk ibu hamil

Kenapa produk ini hebat?

Lunavie Maternity Support Belt membantu mengurangkan tekanan pelvis dan meningkatkan peredaran darah di kaki. Ia juga dapat menyokong bahagian bawah badan dan menjaga postur badan dengan betul.

Selain memberi kelegaan segera kelegaan segera di bahagian belakang dan perut, produk ini mampu memberikan keselesaan maksimum sepanjang kehamilan. Yang menariknya, ini boleh digunakan bukan sahaja sebagai belly band tetapi juga sebagai bengkung untuk bahagian pinggul selepas bersalin!

Ciri-ciri yang kami suka:

  • Keselesaan berganda: Mudah regang, nipis, dan perudaraan yang baik sepanjang penggunaan.
  • Sokongan prenatal: Membantu mengurangkan rasa tekanan semasa hamil.
  • Sokongan selepas bersalin: Sesuai digunakan selepas bersalin bagi membantu merapatkan semula bahagian pelvis.

Lunavie Maternity Support Belt

dari Lunavie

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Pgmall

Shapee Maternity Belly Support Wrap Plus

Bengkung Strap Terbaik Mengurangkan Rasa Gerakan Semasa Dalam Kenderaan

Kenapa produk ini hebat?

Tally 589 Belly Band merupakan korset kehamilan jenis tali pinggang yang didatangkan sekali dengan strap velcro. Produk ini dikatakan dapat mengurangkan rasa gerakan semasa dalam pergerakan jadi bagi ibu hamil yang sering rasa pening semasa menaiki kenderaan, produk ini mungkin yang terbaik untuk anda!

Ciri-ciri yang kami suka:

  • Material cotton lembut: Selesa dan tidak gatal
  • Saiz yang boleh dilaras mengikut usia kehamilan.

Shapee Maternity Belly Support Wrap Plus

dari Shapee

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Watsons

VELPEAU Sacroiliac Belt

Bengkung Strap Terbaik Membetulkan Postur Badan

Kenapa produk ini hebat?

Velpeau Sacroiliac Belt direka bagi membantu dengan menyokong abdomen dan membetulkan postur badan. Selain itu, produk ini bertujuan bagi melegakan tekanan pada badan dengan mendorong kedudukan dan pergerakan badan yang betul.

Bagi ibu yang selalu sakit pinggang, bolehlah mencuba produk ini yang membantu melegakan kesakitan dengan mengangkat perut dengan lembut supaya bahagian tubuh lain tidak terbeban.

Ciri-ciri yang kami suka:

  • Kusyen lembut: Memastikan keselesaan maksimum kepada perut.
  • Material tebal dan lembut: 50% Polyurethane, 25% nilon, 25% cotton

VELPEAU Sacroiliac Belt

dari Velpeau

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt

Bengkung Strap Terbaik Produk Preskripsi Kelas Perubatan

Kenapa produk ini hebat?

Mamaway Maternity Support Belt dapat mengurangkan sakit punggung ibu dan sakit pelvis semasa kehamilan, malah meningkatkan peredaran darah dan melegakan ketidakselesaan pundi kencing. Tali pinggang sokongan perut bersalin ini juga merupakan produk preskripsi kelas perubatan yang disyorkan oleh pakar obstetrik Australia, profesional kesihatan, dan ahli fisioterapi di seluruh dunia.

Ciri-ciri yang kami suka:

  • Diperbuat dari material premium velcro yang lembut.
  • Mudah diregang: Boleh digunakan pada setiap trimester.
  • Nipis: Reka bentuk yang sangat nipis untuk dipakai di bawah pakaian.

Mamaway Ergonomic Maternity Belt

dari Mamaway

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

9months Maternity Pregnancy Belly Support Band

Bengkung Strap Terbaik Mudah Regang Ikut Tumbesaran Perut

Kalau ibu mencari maternity belt yang jenis boleh regang mengikut tumbesaran perut, 9months Maternity Pregnancy Belly Support Band adalah yang terbaik. Boleh kata ia adalah maternity belt yang sangat menyokong berat perut ibu hamil dan tulang belakang sepanjang kehamilan. 

Yang bagusnya lagi, ia hadir dengan sokongan tambahan pada bahagian bawah tulang belakang yang mana membantu memastikan otot kekal warm untuk elak daripada masalah sakit belakang. Best kan?

Kenapa produk ini hebat?

  • Direka dengan sokongan terbaik untuk ibu hamil yang sarat
  • Menawarkan sokongan untuk perut ibu yang membesar dan tulang belakang sewaktu hamil
  • Panel knitted untuk kehangatan mencegah otot tegang
  • Meregang ikut bentuk tubuh
  • Tanpa kesan jahitan, jadi tiada rasa gatal atau tidak selesa
  • Hadir dalam 2 warna: Neutral dan hitam

9months Maternity Pregnancy Belly Support Band

dari Mothercare

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di 9months Maternity

EVIN Maternity Belt Support

Bengkung Strap Terbaik Beri Sokongan Penuh 

Bengkung strap jenama EVIN diperbuat daripada bahan yang sangat fleksibel dan boleh diregangkan untuk memberikan sokongan maksimum pada bahagian belakang dan perut.

Ia mudah dipakai, selesa, dan membantu melegakan sakit pinggang semasa hamil.

Kenapa produk ini hebat?

  • Mudah regang dengan baik.
  • Menyokong tulang belakang dan pinggang.
  • Tali boleh laras mengikut semua saiz.
  • Material lembut dan selesa dipakai sepanjang hari.

EVIN Maternity Belt Support

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Babymoov Dream Belt 

Bengkung Strap Terbaik Selesa Dipakai Semasa Tidur

bengkung strap babymoov dream

Babymoov Dream Belt telah direka khas dengan bidan dan ibu bapa dalam proses inovasi terbuka, untuk meningkatkan kualiti tidur dan keselesaan ibu mengandung. Bengkung strap ergonomik yang dipatenkan untuk posisi tidur yang ideal mengikut setiap pergerakan anda mengikut trimester kehamilan.

Apa yang kami suka?

  • Boleh laras. Mudah diikat dengan pengikat velcro belakang.
  • Material jenis kapas. Selesa dan kulit senang bernafas.
  • Mudah diregang dengan baik mengikut peringkat kehamilan.
  • Mudah dicuci. Sarung boleh ditanggal dan dipasang dengan mudah

Babymoov Dream Belt For Mom

dari Babymoov

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Motherhood

Perbandingan Harga Maternity Belt Terbaik

Produk Harga (RM)
Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset RM49.90
Lunavie Maternity Support Belt RM59.00
Maternity Belly Support Wrap Plus RM49.00
VELPEAU Sacroiliac Belt RM94.48
Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt RM209.90
9months Maternity Pregnancy Belly Support Band RM49.00
EVIN Maternity Belt Support RM39.00
Babymoov Dream Belt  RM290.00

Tips Menangani Sakit Pinggang Semasa Mengandung Selain Maternity Belt

bengkung ibu mengandung

Sebenarnya, ibu mengandung mendapat sakit belakang adalah perkara biasa, terutama pada peringkat awal kehamilan. Pada trimester ke-3 pula, tekanan semakin menjadi apabila perut semakin membesar!

Semasa mengandung, ligamen dalam badan anda secara semula jadi menjadi lebih lembut dan meregang untuk mempersiapkan ibu bersalin. Ini boleh memberi tekanan pada sendi punggung bawah dan pelvis anda, yang boleh menyebabkan sakit belakang.

1. Amalkan Postur Badan Yang Baik

Semasa bayi membesar, pusat graviti ibu akan beralih ke hadapan. Untuk mengelakkan jatuh ke depan, ibu mungkin mengimbangi dengan bersandar - yang dapat meregangkan otot di punggung bawah dan menyumbang kepada sakit belakang semasa kehamilan.

Ingatlah prinsip-prinsip postur yang baik seperti:

  • Semasa anda berdiri, gunakan pendirian lebar yang selesa untuk sokongan terbaik. Sekiranya ibu perlu  berdiri dalam jangka masa yang lama, letakkan satu kaki di atas bangku tangga rendah - dan luangkan masa untuk berehat dengan kerap.
  • Postur yang baik juga bermaksud duduk dengan berhati-hati. Pilih kerusi yang menyokong punggung anda, atau letakkan bantal kecil di belakang punggung bawah anda.

2. Pertimbangkan Terapi


Ada kajian menunjukkan bahawa akupunktur dapat menghilangkan sakit belakang semasa kehamilan; malahan rawatan kiropraktik juga dapat memberi keselesaan kepada beberapa wanita. Sekiranya ibu mempertimbangkan terapi pelengkap, bincangkannya dengan doktor terlebih dahulu ya. Jangan lupa pastikan pakar kiropraktor atau akupunktur anda bertauliah dan mengetahui anda sedang hamil.

Peringatan:

Sekiranya anda mengalami sakit belakang yang teruk semasa kehamilan atau sakit belakang yang berlangsung lebih dari dua minggu, berbincanglah dengan doktor anda. Dia mungkin mengesyorkan ubat seperti acetaminophen (Tylenol, lain-lain) atau rawatan lain.

Perlu diingat bahawa sakit belakang semasa kehamilan mungkin merupakan tanda bersalin pramatang atau jangkitan saluran kencing.

Sekiranya ibu mengalami sakit belakang semasa kehamilan yang disertai dengan pendarahan faraj, demam atau terbakar semasa buang air kecil, segera hubungi doktor dengan segera ya.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  15 Faedah Memakai Bengkung: Bukan Hanya Untuk Cantik!

Baca juga: Cara Pakai Bengkung Bersalin Supaya Perut Tidak Menggeleber & Mudah Masuk Angin

Baca juga: Bersalin Normal @ Czer, Ibu Perlu Pakai Bengkung! Ini 7 Manfaat Bengkung Selepas Bersalin

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Farhana Fuad

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 9 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    9 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 9 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    9 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham