X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

15 Faedah Memakai Bengkung: Bukan Hanya Untuk Cantik!

3 min bacaan
15 Faedah Memakai Bengkung: Bukan Hanya Untuk Cantik!

Bengkung bersalin beri faedah pada kesihatan dalaman seorang wanita. Memakai bengkung kini bukan hanya untuk cantik! Ini antara faedah bengkung yang lain.

Bengkung selepas bersalin dan faedah yang diberi untuk kesihatan wanita

Saya akui dulu pada peringkat awal kehamilan, saya tak ambil berat langsung tentang proses selepas bersalin, seperti berpantang dan memakai bengkung bersalin. Maklumlah, masih teruja dengan kehamilan!

Nasib mak saya sediakan semua perkara. Mula-mula, jenuh juga dengar mak membebel sambil bercerita tentang kepentingan berpantang dan bagaimana ingin memilih bengkung selepas bersalin yang sesuai untuk dipakai.

Masuk beberapa bulan, berat badan saya bertambah! Badan semakin berisi, pinggang ramping entah ke mana. Tika itu baru saya sedar saya kena berpantang dan pakai bengkung selepas bersalin nanti!

Kini, saya ingin berkongsi maklumat tentang bengkung buat bakal ibu di luar sana. Moga maklumat ini dapat membantu anda.

Mengenal jenis-jenis bengkung bersalin

Hakikatnya, bengkung selepas bersalin terkenal kerana ia mampu mengempiskan perut wanita selepas bersalin. Berikut adalah 4 jenis yang ada di pasaran kini:

  • Bengkung Bersalin Lilit Jawa
bengkung bersalin, bengkung selepas bersalin, bengkung

Bengkung lilit jawa

Kain lebar sepanjang 15 meter. Boleh diikat dan dibalut dengan kemas. Bengkung jenis ini lebih kejab, kemas dan cepat mengembalikan bentuk badan. Tapi… susah untuk dibuka (jika ingin ke tandas)

  • Bengkung bersalin Zig-Zag/Beroda
bengkung bersalin, bengkung selepas bersalin, bengkung

Bengkung zig-zag

Kain lebar yang dikat dengan tali secara berselang-seli (seakan-akan zig-zag). Boleh dipakai seperti bengkung jawa. Bengkung bersalin jenis ini lebih mudah untuk dibuka. Hanya longgarkan ikatan zig-zag.

  • Bengkung selepas bersalin jenis barut
bengkung bersalin, bengkung selepas bersalin, bengkung

Kredit gambar: Bengkung barut Mia

Bengkung barut sama seperti bengkung bersalin yang dipakai oleh bayi baru lahir. Bengkung ini hadir dengan banyak tali di bahagian kiri dan kanan fabrik.

Tali perlu diikat dengan ketat. Ia boleh dipakai sendiri dan mudah untuk dibuka.

  • Bengkung bersalin moden
bengkung bersalin, bengkung selepas bersalin, bengkung

Bengkung moden

Seakan korset dengan cangkuk, zip, zap-on dan tiub. Lebih mudah untuk dipakai dan sangat sesuai untuk yang bersalin secara ceaser.

Pada pandangan saya, pakai saja bengkung moden jika anda ingin mudah. Tak perlu bantuan untuk memakainya. Nasib baik mak saya ada, jadi dia tolong ikatkan bengkung pada saya, hehehe.

15 faedah pakai bengkung selepas bersalin, bukan hanya untuk cantik!

Kaedah tradisional ini terbukti mampu mengembalikan bentuk badan idaman setiap wanita selepas bersalin. Berbengkung juga bagus diamal bagi menjaga kesihatan dalaman.

“Bengkung” selalunya dipakai selepas rawatan mengurut, bertungku atau bertangkas. Seeloknya, ia dipakai selama 44 hari sepanjang proses berpantang.

bengkung bersalin, bengkung selepas bersalin, bengkung

Kredit gambar: Ulam Pegaga

Antara faedah memakai bengkung bersalin ialah:

  1. Mengempiskan perut dan memulihkan kulit perut — mengurangkan kesan regangan, menghilangkan tompok hitam pada kulit perut
  2. Membuang angin dalam badan.
  3. Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelak rahim jatuh
  4. Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin
  5. Mempercepat proses pengeluaran darah kotor
  6. Mengelak badan dari ‘masuk angin‘
  7. Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh
  8. Membantu menghilangkan sakit belakang
  9. Menguatkan kembali kedudukan tulang belakang
  10. Mengurangkan rasa sakit pada perut
  11. Mengetatkan otot perut yang longgar semasa hamil
  12. Memecahkan lemak dan selulit
  13. Menggalakkan postur badan yang baik
  14. Membantu proses penyusuan
  15. Mencegah makan lebih banyak (kurang berat badan, yay!)

Cara berbengkung yang betul

Mudah saja untuk berbengkung dan menjaga bengkung ini. Mari ikut langkah di bawah, okay?

  • Pertama: Sediakan bengkung. Lapik bengkung dengan kain lain agar tidak kotor. Alas bengkung dengan daun pandan atau lengkuas.
  • Kedua: Sapu herba, rempah atau minyak & krim khas untuk berbengkung pada perut, belakang badan dan paha.
  • Ketiga: Pakai bengkung dengan cara berdiri atau berbaring
  • Keempat: Lilit dan ikat bengkung dengan kemas dan kejab.

Penting: Pakai bengkung sekurang-kurang selama 5 jam sehari. Ikat bengkung dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Ibu yang bersalin secara caesarean perlu tunggu sekurang-kurangnya hingga sebulan sebelum memakai bengkung.

 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

 

Sumber rujukan: HealthyMe HappyMe,

Kredit gambar: Ulam Pegaga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • 15 Faedah Memakai Bengkung: Bukan Hanya Untuk Cantik!
Kongsikan:
  • Cara Pakai Bengkung Bersalin Supaya Perut Tidak Menggeleber & Mudah Masuk Angin

    Cara Pakai Bengkung Bersalin Supaya Perut Tidak Menggeleber & Mudah Masuk Angin

  • Rahsia mengapa wanita bersalin ceasarean juga perlu pakai bengkung

    Rahsia mengapa wanita bersalin ceasarean juga perlu pakai bengkung

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Cara Pakai Bengkung Bersalin Supaya Perut Tidak Menggeleber & Mudah Masuk Angin

    Cara Pakai Bengkung Bersalin Supaya Perut Tidak Menggeleber & Mudah Masuk Angin

  • Rahsia mengapa wanita bersalin ceasarean juga perlu pakai bengkung

    Rahsia mengapa wanita bersalin ceasarean juga perlu pakai bengkung

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.