TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bahaya Demam Panas Semasa Hamil, Punca Kecacatan Jantung & Wajah Pada Janin

3 min bacaan
Bahaya Demam Panas Semasa Hamil, Punca Kecacatan Jantung & Wajah Pada Janin

Demam ketika hamil, terutamanya pada awal kehamilan meningkatkan risiko kecacatan pada anak. Patutkah ibu hamil makan panadol untuk kurangkan demam?

Penyelidik sudah lama membongkarkan bahaya demam ketika hamil, terutamanya jika ibu hamil masih di trimester pertama kehamilan. Demam semasa hamil boleh meningkatkan risiko kecacatan jantung dan kecacatan wajah seperti bibir celah atau lelangit.

Para saintis masih kurang jelas mengapa ini berlaku dan terdapat banyak pendapat bercanggah sama ada kecacatan ini akibat virus jangkitan ataupun akibat demam semata-mata.

Patutkah anda makan ubat jika demam semasa hamil?

demam semasa hamil

Kredit: Medical News Today

Kajian terbaru dari Pusat Perubatan Universiti Duke, membuktikan apa yang mengganggu perkembangan jantung dan rahang semasa awal kehamilan berpunca dari demam itu sendiri.

Penyelidik dari Duke juga mendapati kecacatan kelahiran dapat dielak dengan mengambil acetaminophen (sama dengan paracetamol/panadol) semasa trimester pertama untuk menurunkan demam ibu, kata pengarang kajian Eric Benner, M.D., Ph.D., ahli neonatologi dan pembantu profesor pediatrik di Duke.

“Semua wanita yang ingin hamil, dinasihatkan mengambil vitamin pranatal dan asid folik. Doktor juga perlu mengingatkan mereka untuk menghubungi pihak klinik apabila mereka demam, dan untuk mengambil ubat kurang demam Tylenol/Panadol, yang selamat dimakan semasa trimester pertama,” kata Benner.

“Walaupun kebanyakkan doktor akan menasihatkan wanita untuk elak dari ambil sebarang ubat, mengambil Panadol ada kebaikannya. Ibu hamil boleh berbincang dengan doktor tentang risiko dan kebaikan mengambil ubat untuk mengurangkan demam ketika hamil.”

Ubat yang tidak selamat untuk demam 

Bahaya Demam Panas Semasa Hamil, Punca Kecacatan Jantung & Wajah Pada Janin

Benner memberi amaran, walaupun ubat seperti Ibuprofen dan Aspirin boleh mengurangkan demam, kedua-duanya tidak selamat untuk ibu hamil.

Ramai pakar memperdebatkan keselamatan penggunaan acetaminophen atau paracetamol yang berterusan untuk merawat keadaan seperti artritis semasa mengandung.

“Meskipun, penggunaan panadol menurunkan demam teruk dianggap langkah bijak dan selamat. Penemuan ini mendapati kita boleh mengurangkan risiko kecacatan kelahiran yang boleh menimbulkan komplikasi serius sehingga memerlukan pembedahan,” katanya.

Mengapa demam ketika hamil perlu dikawal?

demam semasa hamil

Kredit: Medical News Today

Kajian mendapati sel-sel yang diperlu untuk membentuk jantung, muka dan rahang muka bayi, semuanya sangat sensitif terhadap perubahan suhu.

Jenis kecacatan bergantung pada bila ibu hamil itu demam, sama ada ia berlaku semasa pembentukan jantung atau pembentukan kepala dan muka janin.

Pakar masih tidak pasti keparahan atau jika tempoh demam saat hamil boleh memberi kesan kepada perkembangan janin.

“Saya berharap dengan penemuan ini, lebih ramai wanita akan lebih sedar tentang risiko kecacatan anak dan mereka tidak perlu bertahan tanpa makan ubat jika mengalami demam teruk,” kata Brenner.

“Mereka boleh bertanya dengan doktor jika sebarang ubat selamat untuk ibu hamil atau mereka boleh semak dengan doktor jika mereka perlu ambil ubat untuk mengurangkan demam.”

Walaupun demam ketika hamil sangat membimbangkan, dan ramai ibu akan cuba untuk mengelak dari demam, kadang-kadang ia di luar kawalan kita. Tapi janganlah terlalu bimbang kerana demam yang rendah selamat biarpun pada awal kehamilan.

Tapi demam dengan suhu badan yang melebihi 39.5 boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Ibu hamil perlulah berjaga-jaga dan dapatkan nasihat doktor sebelum demam anda semakin teruk.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  5 Cara Merawat Suhu Demam Dewas Di Rumah, Mudah & Berkesan!

Baca juga: Bukti Kuasa Sembuh Demam Isteri Bukan Pada Ubat, Tapi Pada Suami Tercinta…

Baca juga: Selamatkah Menyusu Bayi Ketika Ibu Demam @ Kurang Sihat? Ini Jawapan Daripada Doktor

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bahaya Demam Panas Semasa Hamil, Punca Kecacatan Jantung & Wajah Pada Janin
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham