Bila tengah berbadan dua, kadang-kadang wanita tidak dapat lari dengan masalah kesihatan seperti demam, selsema, sakit kepala, rasa tak sihat dan lain-lain. Yang paling kerap terjadi adalah selsema, tapi selamatkah ubat selsema untuk ibu mengandung?
Kalau nak cepat lega, ada yang telan panadol. Tapi risau pula kalau diambil berlebihan boleh memberi risiko pada kandungan.
Menurut Dr Izham menerusi Utusan Malaysia, janin senang terdedah kepada semua jenis ubat yang dimakan oleh ibu. Sebab itu, jika ambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan keracunan.
Oleh sebab itu, jika rasa badan tak sihat sebaiknya hubungi doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan nasihat tentang ubat yang boleh dan tak boleh diambil semasa mengandung.
Selamatkah Ubat Selsema Untuk Ibu Mengandung?
Ada yang menyarankan ambil paracetamol untuk melegakan selsema, tapi adakah panadol selamat untuk ibu mengandung?
Menurut Malaysian Pharma, Paracetamol merupakan kategori ubat yang dikenali sebagai analgesik (ubat tahan sakit) dan antipyretics (kurangkan demam).
Ia dapat menyejukkan badan setelah pesakit makan ubat ini. Setakat ini panadol berada dalam kategori selamat untuk wanita hamil namun ia perlu diambil dalam dos yang terkawal.
Ubat Yang Perlu Dijauhi
- Accutane
- Isotretinoin (ubat jerawat)
- Tegison/ Etretinate
- Thalidomide
- Aspirin
- Ponstan
Bolehkah Makan Ubat Semasa Hamil? Ini Jawapannya
Berikut ini sakit yang biasa dialami ibu sepanjang kehamilan beserta ubat yang sesuai diambil mereka.
#1. Sakit kepala
Sakit kepala biasanya terjadi semasa ibu berada dalam fasa trimester pertama dan jika ia kerap berlaku, anda boleh makan paracetamol tanpa sebarang bahan tambahan yang lain semasa hamil.
Walau bagaimanapun, ibu tidak digalakkan mengambil ubat ibuprofen sepanjang hamil sebagai langkah berjaga-jaga malah pengambilan ibuprofen semasa trimester ketiga boleh mengurangkan tahap cecair amniotik (air ketuban), menjejaskan perkembangan jantung bayi dan melambatkan proses kelahiran.
#2. Masalah pencernaan
Kredit: Haibunda
Semasa trimester pertama, penghadaman ibu akan menjadi lemah hingga menyebabkan makanan sukar dicerna.
Selain itu, menjelang di akhir kehamilan pula bayi semakin membesar lalu menolak perut ke atas lantas menyebabkan pedih ulu hati.
Jika keadaan ini menganggu, anda boleh ambil ubat Antasid yang mengandungi magnesium, aluminium, alginate dan berasaskan kalsium. Namun jangan terlalu kerap.
#3. Sakit perut
Jika mengalami sakit perut semasa hamil, ibu boleh merawatnya dengan mengambil rehidrasi oral bagi merawat ketidakselesaan itu.
Namun elakkan ubat anti cirit birit yang diberi nama laporemide. Ia berbahaya!
#4. Buasir semasa hamil
Biasanya doktor akan memberikan minyak atau ubat supositori bagi melegakan punggung anda.
Sekiranya sakit berterusan, ibu boleh dapatkan nasihat ahli farmasi berkaitan ubat yang selamat.
#5. Selsema, batuk dan demam
Tiga kondisi kesihatan ini memang tidak dapat lari semasa hamil. Namun ibu boleh merawatnya dengan cara tradisional seperti ini:
- Batuk dan selsema : Minum air suam yang dicampur madu dan lemon.
- Hidung tersumbat : Rawatan wap air panas dengan cara masukkan air panas ke dalam sebuah mangkuk
dan kemudian letak tuala kecil atas kepala. Kemudiannya dekatkan muka dengan mangkuk tersebut beberapa minit.
- Ambil paracetamol untuk turunkan suhu badan.
- Periksa dengan doktor sebelum mengambil ubat batuk dan selsema yang lain. Jauhi ubat yang mengandungi codeine.
Langkah awal mencegah dan cara hilangkan selsema
- Menjalani perlindungan terbaik seperti suntikan flu (flu shot) yang boleh diperolehi pada semua peringkat kehamilan.
- Vaksin selsema ini bantu menguatkan sistem imun bagi menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan selsema sekaligus bayi akan mewarisi antibodi ini.
- Jika tidak mendapat vaksin ini ibu perlu cuci dan bersihkan tangan dengan lebih kerap. Guna sabun dan air bersih serta sanitizer.
- Pemakaian topeng muka jika sistem imun anda lemah.
- Elakkan berdekatan dengan ahli keluarga yang tidak sihat.
- Boleh cuba petua bagaimana nak hilangkan selsema dengan semula jadi
- Minum air madu yang direndam bersama cengkih
- Gunakan nasal spray, ia membantu mencuci lendiran dalam hidung
Semoga bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tanda Influenza & Selsema Lebih Kurang Sama, Ramai Ibu Bapa Keliru! Seorang Ibu Kongsi Pengalamannya
Baca juga: Selsema Ketika Hamil Bawa Risiko BAHAYA, Mengapa Ini Terjadi?
Baca juga: Minyak Bawang Putih Boleh Legakan Batuk & Selsema Bayi, Mudah Untuk Dibuat!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!