X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Anak Selesema Ibu Cuba Beri 5 Makanan Ini, Terbukti BERKESAN Tanpa Perlu Ubat!

5 min bacaan
Bila Anak Selesema Ibu Cuba Beri 5 Makanan Ini, Terbukti BERKESAN Tanpa Perlu Ubat!

Petua hilangkan selsema anak ada banyak cara. Ibu-ibu boleh cuba bagi makanan berkhasiat ini untuk pulihkan selesema anak dengan lebih cepat

Kanak-kanak apabila mengalami selsema dan badan kurang sihat, mereka akan menangis dan merengek hingga membuatkan ibu buntu. Jadi, untuk membantu anda, hari ini kami senaraikan beberapa makanan dan petua hilangkan selsema anak ini.

Secara lumrahnya, kanak-kanak yang jatuh sakit akan menyebabkan selera makannya turut terjejas.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara hilangkan selsema bayi: ibu sediakan 5 makanan mudah ini
  • Apa perlu buat jika anak tiada selera makan?
  • Petua hilangkan selesema anak dengan cara lain

Lagi pula ketika selsema, mereka akan berasa tidak selesa ketika makan kerana menganggap makanan yang dihidangkan itu membosankan dan hambar.

Kerongkong mereka pula akan gatal dan hidung tersumbat. Lagilah susah nak makan walaupun makanan yang dihidang itu antara kegemaran mereka!

Namun tak usah khuatir sangat. Hilang selera makan ketika selsema adalah perkara normal. Ia akan kembali seperti sedia kala selepas sihat. 

Cara hilangkan selsema bayi: ibu sediakan 5 makanan mudah ini

Perkara utama yang harus dititik beratkan ketika anak selsema adalah si kecil tetap terhidrasi. Tetapi, sekiranya si kecil itu meminta makanan kerana lapar, anda boleh menyediakan beberapa jenis makanan ini untuk mereka.

Kelebihannya adalah ia amat berkhasiat dan boleh bantu anak pulih dengan lebih cepat!

#1. Petua hilangkan selsema– Madu asli

cara hilangkan selsema.jpg

Madu merupakan antibiotik yang kuat dan ia lebih baik dari ubat batuk yang dibeli dari farmasi. Ia dapat mengurangkan batuk, selsema dan sakit tekak.

Madu asli ialah bahan mujarab yang digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan. Ia terbukti berkesan merawat batuk dan melegakan sakit tekak secara saintifiknya.

Antara cara yang boleh ibu cuba untuk merawat selesema anak kecil dengan betul ialah:

  • Beri anak makan 1/2 sudu teh madu sebelum waktu tidur.
  • Campurkan madu dengan jus lemon atau air halia untuk menambahkan dos vitamin C, minyak pati dan antioksidan.
  • Campurkan sedikit madu dengan tepung gandum, kemudian letakkan bancuhan tadi diatas kain perca (jadikan seperti patch) dan tampalkan dibekalang badan anak.

Caranya, berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. Namun madu tidak sesuai diberikan pada bayi bawah umur setahun.

#2. Petua hilangkan selsema – Sup ayam

Kajian menunjukkan, makan sup ketika selsema dapat mengurangkan keradangan dan membantu melawan panas dengan pelbagai cara seperti:

  • Rembesan mucus lebih cair dan meringankan hidung, dada dan tekak.
  • Menyediakan nutrisi baik setelah meletakkan bahan-bahan tertentu seperti sayur-sayuran ke dalam sup tersebut.
  • Karbohidrat dari mi dapat meningkatkan tenaga yang diperlukan.

Selain sup ayam, anda juga oleh buat sup sayur, sup bebola ikan, sup ikan merah dan sebagainya. Asalkan anak suka dan seleranya bertambah.

#3. Tips hilangkan selesema – Vitamin C

Pengambilan vitamin C dapat membantu mengurangkan gejala selsema.

Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.

tips anak selsema

Di sini terdapat sumber Vitamin C semulajadi iaitu:

  • Strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis

Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selsema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.

#4. Petua hilangkan selsema anak – Daging tanpa lemak

Manfaat daging tanpa lemak adalah ia mengandungi dua mineral penting bagi meningkatkan daya imun tubuh anak.

Makan daging tanpa lemak ini adalah jalan pantas bagi meningkatkan zat besi ke dalam tubuh.

#5. Cara hilangkan selsema bayi – Bawang putih

Bawang putih juga merupakan ramuan memasak yang lazat dan mencegah penyakit.

  • Mempunyai antioksidan yang kuat bagi melawan virus. Maksudnya dapat mencegah selsema dan sembuh dengan lebih cepat.
  • Bau bawang putih yang unik dapat membantu memerangi selesema anak.

Apa perlu buat jika anak tiada selera makan?

Bayi dan kanak-kanak yang mengalami gatal dan bengkak di bahagian kerongkong akan menolak untuk makan atau menelan sesuatu yang menyakitkan.

ubat selsema bayi kanak-kanak

Jadi, adalah lebih baik anda berikan makanan yang halus dan lancar seperti

  • Makanan pejal yang ringan seperti puding, yogurt atau buahan-buahan yang mengandungi tinggi vitamin C.
  • Sup dengan hirisan bawang putih.
  • Kisarkan beberapa pilihan buah-buahan dan jadikan ia smoothie atau jus.
  • Tetap beri susu ibu atau susu formula untuk bayi bawah 6 bulan. Sementara itu, bagi ibu yang menyusu badan, anda disarankan amalkan pemakanan di atas supaya khasiatnya dapat kepada anak melalui susu badan.

Petua hilangkan selesema anak dengan cara lain

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
  • Guna ubat titisan (saline drops) yang berbentuk cecair ke saluran hidung anak. Ia boleh digunakan tiga kali sehari.
  • Banyakkan minum air bagi membantu kahak/lendir ingus lebih cair dan memudahkan urusan membersihkan hidung yang tersekat. Air putih, susu dan jus dapat membantu melegakan masalah ini.
  • Tinggikan kepala bayi ketika tidur dapat membantunya bernafas dengan lebih baik di saat hidung tersumbat.
  • Hidupkan humidifier supaya meningkatkan kelembapan udara dan membantu anak untuk bernafas dengan lebih baik.
  • Bawa anak berjumpa doktor bagi merawat demamnya jika suhu semakin membimbangkan. Jika doktor bagi ubat, beri anak makan dengan waktu yang telah diarahkan.
  • Jangan paksa mereka makan ketika sakit, biarkan mereka sendiri yang memberi tahu pada anda jika berkeinginan untuk makan.

Jika keadaan anak semakin berlarutan, adalah lebih baik dapatkan rawatan doktor dengan segera untuk pemantauan yang lebih rapi.

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahan Semula Jadi Untuk Rawat Selsema Anak, Selamat & Berkesan!

Baca juga: Sangka Hanya Demam Biasa, Ibu Pasrah Anak Terpaksa Ditidurkan Kerana Kuman RSV

Baca juga: Bila Anak Demam, Lakukan Perkara Ini! Doktor Pesan Elakkan Jelum Kepala Guna Tuala Basah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bila Anak Selesema Ibu Cuba Beri 5 Makanan Ini, Terbukti BERKESAN Tanpa Perlu Ubat!
Kongsikan:
  • Rawat Selesema Dengan 7 Bahan Semulajadi Yang Disarankan Doktor Pakar

    Rawat Selesema Dengan 7 Bahan Semulajadi Yang Disarankan Doktor Pakar

  • Guna Madu Untuk Hilangkan Batuk Anak Dengan Cepat? Petua Mujarab Ini Diperakui Ramai Ibu-Ibu Tau!

    Guna Madu Untuk Hilangkan Batuk Anak Dengan Cepat? Petua Mujarab Ini Diperakui Ramai Ibu-Ibu Tau!

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rawat Selesema Dengan 7 Bahan Semulajadi Yang Disarankan Doktor Pakar

    Rawat Selesema Dengan 7 Bahan Semulajadi Yang Disarankan Doktor Pakar

  • Guna Madu Untuk Hilangkan Batuk Anak Dengan Cepat? Petua Mujarab Ini Diperakui Ramai Ibu-Ibu Tau!

    Guna Madu Untuk Hilangkan Batuk Anak Dengan Cepat? Petua Mujarab Ini Diperakui Ramai Ibu-Ibu Tau!

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.