X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Makanan Untuk Ibu Hamil Amat Penting Untuk Perkembangan Janin, Ini Yang Patut Anda Tahu!

4 min bacaan
Makanan Untuk Ibu Hamil Amat Penting Untuk Perkembangan Janin, Ini Yang Patut Anda Tahu!Makanan Untuk Ibu Hamil Amat Penting Untuk Perkembangan Janin, Ini Yang Patut Anda Tahu!

Makanan untuk ibu hamil memainkan peranan penting agar tubuh memperolehi nutrisi menukupi bagi menyokong perkembangan janin

Bagi sesetengah wanita, perjalanan kehamilan tiga bulan yang pertama merupakan fasa penuh dengan cabaran kerana anda mungkin berasa mual dan muntah setiap hari. Justeru, pemilihan makanan untuk ibu hamil adalah sangat penting agar janin dapat berkembang dengan baik.

Apa yang anda boleh baca dalam artikek ini?

  • Makanan untuk ibu hamil, ini yang boleh dan tidak boleh anda ambil
  • Jenis makanan yang baik untuk ibu mengandung 1 bulan: Asid folik adalah sangat penting
  • Tips makanan berkhasiat untuk ibu mengandung dan jenis makanan perlu dielakkan 

Namun acap kali dalam kalangan masyarakat mengambil mudah akan hal ini. Ibu-ibu sering mengambil makanan banyak dan kerap kali dengan alasan ‘makan untuk dua orang’.

Kesannya, ia boleh meningkatkan berat badan dan silap-silap terpaksa berdepan masalah kesihatan pada kemudian hari!

Makanan untuk ibu hamil, ini yang boleh dan tidak boleh anda ambil

makanan untuk ibu mengandung

Apabila ibu mengambil hidangan secara berlebihan, kandungan kalori menjadi banyak dan tubuh mudah menjadi gemuk. Dalam hal ini, jika ibu mempunyai berat badan melebihi normal tidak semestinya akan melahirkan bayi yang gemuk juga.

Setelah bersalin, anda mungkin turut berdepan kesukaran untuk mendapatkan kembali berat dan bentuk badan ideal seperti sebelum hamil.

Jadi, bagaimana cara untuk mengatur pemakanan ibu hamil? Makanan yang anda makan, sebaiknya menepati sasaran iaitu sesuai dengan tahap pertumbuhan janin. Bagi memudahkan ibu-ibu memahaminya, kami kongsikan jenis makanan mengikut usia kandungan.

Jenis makanan yang baik untuk ibu mengandung 1 bulan: Asid folik adalah sangat penting

Makanan Untuk Ibu Hamil Amat Penting Untuk Perkembangan Janin, Ini Yang Patut Anda Tahu!

Secara umumnya, kehamilan baru akan diketahui setelah usianya mencecah 4 minggu. Pada ketika ini, janin masih berupa embrio dan besarnya kira-kira seperti selasih.

Disebabkan itu anda perlu memastikan diri mengambil multivitamin ibu hamil yang mengandungi paling minimum 400 mcg asid folik kerana ia berfungsi untuk mempersiapkan rahim dan mengurangkan risiko masalah penyakit spina bifida (tulang tidak tertutup sempurna) pada bayi.

Selain terdapat pada multivitamin untuk ibu hamil, asid folik turut boleh didapati daripada sumber semulajadi iaitu:

#1. Bayam

makanan untuk ibu hamil trimester pertama

credit to sources

Bayam merupakan salah satu sayuran hijau yang baik untuk ibu hamil kerana ia dapat mengurangkan masalah anemia. Peningkatan kadar kalsium akan menyebabkan berlakunya tekanan darah rendah. Dengan mengambil sayuran ini, ia dapat mengawal kadar tekanan darah sepanjang kehamilan.

#2. Telur ayam

Makanan Untuk Ibu Hamil Amat Penting Untuk Perkembangan Janin, Ini Yang Patut Anda Tahu!

Kredit: Freepik

Telur adalah makanan berkhasiat ketika mengandung kerana kuning telur mengandungi choline iaitu nutrisi penting bagi merangsang perkembangan otak janin dan meningkatkan keupayaan otak anda. 

Sekiranya anda seorang vegetarian atau tidak menyukai telur, boleh sahaja menggantikannya dengan daging lembu, susu dan kacang soya.

#3. Kekacang

Makanan Untuk Ibu Hamil Amat Penting Untuk Perkembangan Janin, Ini Yang Patut Anda Tahu!

Kredit: Freepik

Selain mengandungi sumber protein serta serat, kacang berupaya mengelakkan diri anda dari masalah sembelit ketika hamil. Sebenarnya hampir 40 peratus wanita mengakui bahawa kerap mengalami masalah ini sepanjang tempoh mengandung.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Antara punca sembelit adalah meliputi tekanan rahim yang semakin besar, hormon progesteron melambatkan proses pencernaan dan suplemen zat besi.

Pada asasnya, makanan yang baik untuk ibu hamil 1 bulan perlulah mengandungi 5 elemen nutrisi ini untuk setiap hari:

  • Karbohidrat: nasi, roti, ibu kentang, oatmeal 
  • Sayur-sayuran hijau
  • Buah-buahan segar
  • Protein: ayam, daging lembu, telur, tauhu, tempe
  • Produk susu: keju atau yogurt

Tips makanan berkhasiat untuk ibu mengandung dan jenis makanan perlu dielakkan 

jenis makanan untuk ibu hamil

Beberapa tips untuk memenuhi keperluan makanan yang baik untuk ibu hamil pada kandungan 1 bulan:

#1. Anda dinasihatkan untuk mengambil saiz hidangan sayur dan buah-buahan lebih banyak daripada karbohidrat.

#2. Setiap kali makan, ambil dalam kuantiti sedikit-sedikit bagi mengelakkan rasa mual.

#3. Waktu makan yang dicadangkan ialah 5 kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari, makan malam dan disertai dengan kudapan antara 3 kali makanan utama tersebut.

#4. Semua makanan tidak perlu diambil dalam satu kali makan. Misalnya apabila waktu sarapan pagi, ibu-ibu boleh makan telur, susu dan roti. Ini bererti pengambilan sayuran hendaklah diambil pada makan tengah hari dan malam, sertakan sekali pengambilan buah ketika waktu petang.

Setelah anda mendapat tahu berbadan dua, kurangkanlah pengambilan kafein seperti kopi mahupun air teh. Hadkan pengambilan maksimum adalah 200 mg setiap hari iaitu hanya 2 cawan kopi sahaja.

Antara makanan lain yang perlu dielakkan ialah:

  • Alkohol
  • Mayonis kerana mengandungi telur mentah
  • Telur separuh masak
  • Daging separuh masak
  • Daging hotdog atau burger (kecuali digoreng terlebih dahulu)
  • Sushi mentah
  • Makanan laut yang mengandungi kadar merkuri tinggi seperti kerang

Sumber: Penulis asal Theva Nithy. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Anda sudah masuk trimester kedua kehamilan? Ini 5 benda penting yang harus anda buat

Baca juga:  Pemakanan Ibu Hamil – 5 Tips Penting Untuk Jaga Diet Ketika Mengandung

Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Bantu Banyakkan Susu Badan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Makanan Untuk Ibu Hamil Amat Penting Untuk Perkembangan Janin, Ini Yang Patut Anda Tahu!
Kongsikan:
  • Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

    Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

  • 5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

    5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

    Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

  • 5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

    5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.