X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?

6 min bacaan
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?

Apa yang patut ibu ayah lakukan bila anak dijangkiti penyakit rotavirus? Ini yang anda patut tahu dan lakukan demi anak anda.

Bayi memakai banyak lampin – biasanya 5 hingga 7 helai setiap hari dalam tempoh 6 bulan pertama hidup mereka. Bahkan separuh daripada lampin ini dipenuhi najis1.

Walaupun berasa jijik, bagi yang baru pertama kali bergelar ibu bapa (atau bakal menjadi ibu bapa), jika anda tidak tahu tentang ini, anda perlu menyimpan log lampin kotor anak setiap hari, sebaik-baiknya tahun pertama hidup mereka, kerana najis adalah petunjuk kukuh tahap kesihatan bayi2.

Malah apabila cuti bersalin tamat atau anda tidak mempunyai pilihan lain selain meminta pertolongan pengasuh untuk menjaga bayi anda, amat penting untuk meminta mereka mengemas kini log tersebut setiap hari.

Sama ada penjaga tersebut adalah ibu bapa anda (atau mertua) ataupun pusat asuhan, anda akan mengamanahkan mereka untuk mencatat laporan yang tepat tentang kekerapan penukaran lampin bayi sepanjang hari jadi anda boleh menjejak tahap kesihatan bayi anda.

Jadi apa yang anda perlu lakukan jika anda menyedari bayi anda sedang mengalami cirit-birit? Apabila mereka membuang najis dengan lebih kerap, najis mereka juga berair, dan mereka menjadi sangat cerewet?

Pertama, kita perlu menekankan betapa bahayanya penyakit cirit-birit terhadap bayi. Ibu bapa tidak boleh mengambil mudah tentang cirit-birit apabila ia berkait dengan bayi.

Cirit-birit boleh membawa maut kepada kanak-kanak, terutamanya apabila mereka mengalami dehidrasi dan tidak diberikan rawatan dengan segera3.

Namun jika mereka hanya menyusu pada 6 bulan pertama, mengapa mereka boleh mengalami cirit-birit?

Soalan yang bagus. ibu bapa (serta bakal menjadi ibu bapa), sila beri perhatian.

Salah satu sebab yang menyebabkan bayi cirit-birit ialah kerana dia dijangkiti virus seperti Rotavirus4.

Jangkitan Rotavirus ini merupakan penyakit gastrousus biasa yang berlaku pada bayi dan anak-anak kecil. Virus ini menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut4.

Jadi, jika anak anda baru sahaja dijangkiti penyakit ini, ini adalah apa yang anda perlu tahu dan lakukan sebelum menghantar mereka kembali ke pusat asuhan atau kepada penjaga/datuk dan nenek mereka.

Tapi tunggu… Bagaimana mereka boleh terjangkit Rotavirus?

penyakit rotavirus

Rotavirus boleh ditemui dalam najis bayi – dan boleh merebak dengan mudah apabila virus itu mendarat di permukaan atau dihantar dari tangan ke mulut. – Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Jika bayi anda jarang keluar rumah kecuali untuk berjumpa datuk dan nenek atau ke pusat asuhan, anda mungkin tertanya-tanya – bagaimana dia boleh dijangkiti virus ini?

Sebenarnya, Rotavirus biasanya ditemui dalam najis bayi, dan apabila penjaga membersihkan najis itu dan tidak membersihkan tangan mereka dengan betul, virus itu berpotensi untuk merebak ke permukaan, pada tangan bayi (yang kemudiannya berkemungkinan memasukkan tangan ke dalam mulut secara tidak sengaja) atau semasa menyediakan susu, juga berpotensi mencemarkan susu mereka4.

Menakutkan, bukan?

Dan ibu bapa tidak akan sedar bahawa anak mereka dijangkiti Rotavirus sehingga simptom-simptom mula muncul 2 hari kemudian4.

Ia biasanya bermula dengan demam dan muntah, serta sakit perut (walaupun kita tidak sedar!). Cirit-birit bermula dan ini boleh berterusan selama 3 hingga 7 hari! Dan ini boleh menyebabkan dehidrasi4.

Di Malaysia (2005), 50% kes kemasukan ke hospital dalam kalangan kanak-kanak yang melibatkan cirit-birit adalah disebabkan oleh Rotavirus5. Jadi ini adalah perkara yang perlu diwaspadai oleh ibu bapa.

Mengapa anak-anak perlu duduk di rumah apabila mereka terjangkit Rotavirus?

penyakit rotavirus

Bayi harus dipantau di rumah dan tidak dihantar ke pusat asuhan atau penjaga mereka jika mereka dijangkiti Rotavirus. – Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Memandangkan tempoh inkubasi untuk Rotavirus adalah sehingga 48 jam, kanak-kanak boleh dengan mudah menyebarkan virus kepada orang lain dalam tempoh ini4. Sama seperti apabila kita tahu bahawa kita membawa virus COVID-19 dan kita kuarantin di rumah supaya kita tidak menyebarkannya kepada orang lain. Jadi ibu bapa harus menjaga anak-anak mereka di rumah apabila anak mereka dijangkiti Rotavirus.

Memandangkan simptom Rotavirus akan mula muncul selepas 2 hari dan boleh kekal sehingga sepuluh hari, anda harus menganggap anak anda berjangkit kira-kira 12 hari4 dan mengkuarantin mereka di rumah sepanjang tempoh tersebut.

Walaupun setiap pusat asuhan mempunyai garis panduan sendiri tentang bila kanak-kanak boleh dihantar ke pusat tersebut selepas mereka jatuh sakit, secara amnya, kanak-kanak harus bebas simptom selama sekurang-kurangnya 24 jam sebelum kembali ke sekolah selepas dijangkiti sebarang penyakit6.

Salah satu cara untuk memastikan kesihatan anak anda adalah menjaga anak anda di rumah selagi mereka mengalami simptom penyakit atau ketidakselesaan. Apabila kembali ke pusat asuhan, pastikan penjaga tahu mengapa anak anda tidak hadir dan berikan arahan khas untuk rehidrasi jika perlu.

Kita tidak mahu anak-anak kita dijangkiti penyakit serius daripada kanak-kanak lain di pusat asuhan, jadi kita harus berfikiran sivik untuk menjaga anak-anak kita di rumah apabila mereka sakit!

Jika anak anda terjangkit Rotavirus, apa yang anda boleh lakukan?

penyakit rotavirus

Pastikan bayi anda minum cecair sebanyak mungkin jika mereka cirit-birit. – Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Malangnya, tiada ubat yang boleh merawat penyakit ini. Jika anak anda telah dijangkiti Rotavirus dan anda membawanya berjumpa doktor atau dimasukkan ke hospital, matlamat rawatan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom dan mencegah dehidrasi7.

Apa yang boleh anda lakukan ialah:

  • Berikan anak anda banyak susu formula atau susu ibu atau air dan cecair rehidrasi oral jika mereka lebih tua7.
  • Jangan berikan anak anda soda, jus atau produk tenusu7.
  • Beri anak anda makanan pejal jika mereka sudah boleh makan – tetapi makanan tanpa perisa disyorkan7.

Jika anak anda perlu dimasukkan ke wad hospital, rawatan mungkin termasuk7:

  • Cecair intravena (IV) untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Analisis makmal tentang najis anak anda.

Berita baik: Jangkitan Rotavirus boleh dicegah

Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?

Tanya pakar pediatrik anda tentang langkah pencegahan untuk melindungi anak anda daripada Rotavirus. – Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Jika anda ingin fikiran yang lebih tenang, rujuk kepada pakar pediatrik anda tentang langkah pencegahan termasuknya vaksinasi8. 

Ibu bapa bertanggungjawab ke atas kesihatan dan kesejahteraan anak-anak mereka termasuk mengamalkan amalan kebersihan, memastikan nutrisi yang cukup dan memvaksin anak terhadap penyakit berbahaya. Rujuk dengan doktor keluarga atau pakar pediatrik anda untuk bertanya kepada mereka tentang vaksin sebelum anak anda mencapai usia 6 minggu agar anda dapat melindunginya dengan baik7!

Dan jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan dan pastikan anak-anak kerap mencuci tangan selepas menyentuh permukaan atau bermain di luar!

MY-ROT-00271 Sep/2022

Rujukan:

  1. MyHealth.Alberta.ca. Bowel Movements in Babies. Available From: https://myhealth.alberta.ca/Health/Pages/conditions.aspx?hwid=abo3062&lang=en-ca#abo3063.  Last Accessed 14 September 2022. 
  2. Johns Hopkins Children’s Center. Stool color overview. Available From: https://www.hopkinsmedicine.org/johns-hopkins-childrens-center/what-we-treat/specialties/gastroenterology-hepatology-nutrition/stool-color-overview.html. Last Accessed 22 August 2022. 
  3. World Health Organization. Diarrhoeal disease. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/diarrhoeal-disease. Last Accessed 21 August 2022.  
  4. Mayo Clinic. Rotavirus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/symptoms-causes/syc-20351300. Last Accessed 22 August 2022. 
  5. Hsu VP, Abdul Rahman H, Wong SL, Ibrahim LHJ, Yusoff AFHJ, Chan LG, et al. Estimates of the burden of rotavirus disease in Malaysia. The Journal of Infectious Diseases. 2005;192(s1). 
  6. Cleveland Clinic. Rotavirus. Available From: https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8275-rotavirus. Last Accessed 14 September 2022.  
  7. Mayo Clinic. Rotavirus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/diagnosis-treatment/drc-20351306. Last Accessed 22 August 2022. 
  8. PORTAL MyHEALTH. Rotavirus vaccine. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/rotavirus-vaccine. Last Accessed 21 August 2022. 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Give Health A Shot
  • /
  • Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Kongsikan:
  • Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

    Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

  • Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

    Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

    Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

  • Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

    Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.