X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Malam 1 Rejab Mustajab Doa: Himpunan Doa Untuk Kebahagiaan Dunia & Akhirat

5 min bacaan
Malam 1 Rejab Mustajab Doa: Himpunan Doa Untuk Kebahagiaan Dunia & Akhirat

Malam 1 Rejab adalah waktu terbaik untuk kita bermuhasabah, membersihkan jiwa, dan mempersiapkan diri bagi menyambut Ramadan yang dirindui.

Malam 1 Rejab adalah detik penting sebagai permulaan perjalanan menuju Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan. Ia adalah waktu terbaik untuk kita bermuhasabah, membersihkan jiwa, dan mempersiapkan diri bagi menyambut bulan yang dirindui.

▲▼Isi Kandungan

  • Bila Malam 1 Rejab?
  • Malam 1 Rejab: Peluang Berharga untuk Berdoa
  • Himpunan Doa Malam 1 Rejab
  • Rejab, Sya’ban, dan Ramadan: Fasa Perjalanan Spiritual
  • Amalan Malam 1 Rejab

Bila Malam 1 Rejab?

Tarikh 1 Rejab bagi tahun 1445H bersamaan tahun 2025 Masihi adalah pada 1 Januari 2025 (Rabu), bermula waktu Maghrib, 31 Disember (Selasa)

Rasulullah ﷺ sering berdoa apabila memasuki bulan Rejab:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

Doa ini menjadi peringatan bahawa perjalanan ke bulan Ramadan harus dimulakan dengan niat yang ikhlas dan usaha yang bersungguh-sungguh. Rejab adalah bulan untuk memperbanyakkan amal kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Malam 1 Rejab: Peluang Berharga untuk Berdoa

Jadikan malam ini sebagai peluang untuk memohon kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan, kekuatan, dan hidayah dalam menyambut Ramadan. Doa dan usaha yang kita lakukan di bulan Rejab adalah langkah awal untuk memastikan ibadah kita di bulan Ramadan kelak dapat dilakukan dengan sempurna.

malam 1 rejab

Himpunan Doa Malam 1 Rejab

Doa yang lumrah dibaca oleh kaum muslimin pada bulan Rejab adalah  berikut:

1.Doa Masuk Bulan Rejab

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
[HR Baihaqi]

2. Doa Diberkati Allah

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: Ya Allah, berkati kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami di bulan Ramadhan.

3. Doa Memohon Keampunan Dari Allah SWT

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’

4.Doa Memohon Rahmat Dari Allah

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”

5.Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Ketaatan

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

6.Doa Menjadi Hambanya Yang Sentiasa Bersyukur

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”

7. Doa Dijauhi Rasa Hasad Dengki

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِوَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.

 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Rejab, Sya’ban, dan Ramadan: Fasa Perjalanan Spiritual

  • Rejab adalah bulan pembuka jalan.
  • Sya’ban adalah bulan persiapan.
  • Ramadan adalah bulan kemuncak untuk meraih rahmat dan keampunan Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberi kita peluang untuk bertemu Ramadan dalam keadaan terbaik, penuh keimanan dan ketakwaan. Mari manfaatkan bulan Rejab ini untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada-Nya. 

Stories Rakan Kongsi
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu
Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Amalan Malam 1 Rejab

Selain memperbanyak doa, umat Islam juga sangat dianjurkan untuk mengisi bulan Rejab dengan ibadah lain.

Bulan Rejab memiliki keutamaan yang besar, di mana terdapat beberapa amalan sunat yang sangat dianjurkan untuk diperbanyakkan.

Antara amalan tersebut termasuklah menghidupkan malam dengan Qiamullail, seperti melaksanakan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W., dan berdoa.

Di siang hari bulan Rejab, umat Islam digalakkan untuk berpuasa dan bersedekah. Secara keseluruhan, amalan-amalan ini boleh diteruskan sepanjang bulan Rejab.

Semua ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengamalkan ajaran Islam yang mendorong umatnya untuk meningkatkan amal soleh, serta sebagai bekalan menuju Allah S.W.T.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat bagi Anda yang sedang mempersiapkan diri menyambut bulan Rejab.

Selamat beramal, semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

themuslimvibe

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat

Baca juga: 20 Doa Untuk Anak Setiap Hari, Amalkan Agar Anak Berjaya Dunia Dan Akhirat!

Baca juga: 15 Surah & Doa Mudah Bersalin Normal (Alquran & Rasulullah)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Malam 1 Rejab Mustajab Doa: Himpunan Doa Untuk Kebahagiaan Dunia & Akhirat
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham