X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Doa Malam Lailatul Qadar & Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

8 min bacaan
Doa Malam Lailatul Qadar & Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

Allah menyebut Lailatul Qadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan . Jadi apakah doa malam lailatul qadar yang harus diamalkan.

Masuk minggu ini sudah lebih 20 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang menandakan sudah memasuki 10 malam terakhir yang dikaitkan dengan malam lebih baik daripada 1,000 bulan, lailatul qadar. Jadi apakah doa lailatul qadar yang terbaik untuk anda amalkan?

▲▼Isi Kandungan

  • Doa Lailatul Qadar 
  • Kenapa Lailatul Qadar Penting?
  • Bagaimana Cara Menghidupkan Malam Lailatul Qadar
  • Apakah Doa-Doa Lain yang Dianjurkan Pada Malam Lailatul Qadar?
  • Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Membaca Doa Lailatul Qadar
  • Apakah Amalan Amalan Yang Digalakkan Pada Malam Lailatul Qadar
  • Bila Malam Lailatul Qadar 2025
  • Apakah Kelebihan Mendapatkan Malam Lailatul Qadar
  • Apakah Kepentingan Iktikaf Pada Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
  • Bagaimana Meningkatkan Ibadah Pada Malam Lailatul Qadar?

Doa Lailatul Qadar 

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Rumi: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Doa ini membawa maksud yang jelas bahawa perkara pertama yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah adalah agar memohon keampunan dari Allah. Oleh itu amalkan doa lailatul qadar ini sepanjang bulan Ramadan ini.

Untuk meraih fadilat malam lailatul qadar, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya memperbanyak membaca doa lailatul qadar sambil beriktikaf dalam masjid.

Kenapa Lailatul Qadar Penting?

Lailatul Qadar disebut dalam Surah Al-Qadr sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ini bermakna, ibadah yang dilakukan pada malam ini seolah-olah dilakukan selama 83 tahun! Rasulullah SAW juga memperbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan untuk mencari malam yang penuh keberkatan ini.

Advertisement

Antara keistimewaan malam Lailatul Qadar:

  • Ibadah dilipatgandakan lebih baik daripada seribu bulan.
  • Dihapuskan dosa-dosa yang lalu bagi mereka yang beribadah dengan penuh keikhlasan.
  • Doa dimakbulkan oleh Allah SWT.
  • Malaikat turun ke bumi untuk membawa rahmat dan keberkatan.

Bagaimana Cara Menghidupkan Malam Lailatul Qadar

Rasulullah SAW memberikan contoh bagaimana cara menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan memperbanyakkan ibadah. Antara amalan yang boleh dilakukan adalah:

  • Mendirikan solat sunat seperti solat tahajjud dan solat witir
  • Membaca dan menghayati Al Quran dengan penuh keinsafan
  • Berzikir dengan mengingati Allah serta beristighfar memohon keampunan
  • Berdoa khususnya doa Lailatul Qadar untuk mendapatkan keampunan dan keberkatan
  • Melakukan iktikaf di masjid iaitu beribadah sepenuhnya dan meninggalkan urusan dunia buat sementara waktu
  • Membantu ahli keluarga untuk turut serta dalam ibadah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
  • Bersedekah dan melakukan kebaikan kepada orang lain
  • Meningkatkan amal kebajikan seperti memberi makanan kepada orang yang memerlukan

Apakah Doa-Doa Lain yang Dianjurkan Pada Malam Lailatul Qadar?

doa malam lailatul qadar, doa malam lailatul qadar,solat witir, nisfu Syaaban, amalan malam israk mikraj

Selain doa Lailatul Qadar, terdapat juga beberapa doa lain yang dianjurkan untuk dibaca pada malam istimewa ini. Doa-doa ini bertumpu pada permohonan keampunan, keselamatan, serta kebaikan di dunia dan akhirat. Antara doa yang disarankan ialah:

1. Doa Akhir Ramadan

اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan Ramadan ini sebagai yang terakhir dalam hidupku. Jika ini adalah Ramadan terakhirku, maka jadikanlah aku dalam rahmat-Mu dan janganlah Engkau jadikan aku dalam kerugian.”

2. Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ…
“Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau…”

3. Doa Memohon Kebaikan di Dunia dan Akhirat

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, serta lindungilah kami dari azab api neraka.”

Amalan-amalan ini adalah antara cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah dan meraih keberkatan malam yang penuh kemuliaan ini.

6. Keinsafan, Ampun Dosa

Mohon kepada Allah : “Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami”
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.”

7. Lindungi Diri Daripada Dosa, Kemaksiatan

Mohon kepada Allah: “Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan iman dan taqwa.”

8. Lindungi Diri Dan Ahli Keluarga Dari Tipu Daya, Fitnah Dunia

Mohon kepada Allah : “Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu”

9. Limpahi Dengan Sikap Terpuji

Mohon kepada Allah : “Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.”

10. Doa Dapat Bertemu Ramadan Akan Datang

Mohon kepada Allah: “Janganlah Kau jadikan ramadan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang.” 

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Membaca Doa Lailatul Qadar

Doa malam Lailatul Qadar digalakkan untuk dibaca pada waktu waktu berikut:

  • Sepuluh malam terakhir Ramadan

  • Malam malam ganjil iaitu malam ke dua puluh satu dua puluh tiga dua puluh lima dua puluh tujuh dan dua puluh sembilan

  • Setiap kali selepas solat pada malam malam tersebut

  • Ketika sedang beriktikaf di masjid

  • Semasa bertahajjud pada waktu malam

  • Ketika berzikir dan mengingati Allah pada waktu malam

    Stories Rakan Kongsi
    Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
    Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
    Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
    Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
    Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!
    Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!
    Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
    Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
  • Selepas membaca Al Quran untuk mendapatkan ketenangan dan keberkatan

  • Ketika melakukan qiamullail atau solat malam

Apakah Amalan Amalan Yang Digalakkan Pada Malam Lailatul Qadar

Berikut adalah sepuluh amalan yang sangat digalakkan pada malam Lailatul Qadar untuk mendapatkan ganjaran yang besar daripada Allah:

  • Memperbanyakkan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah

  • Membaca Al Quran dan merenungi maknanya

  • Berzikir dan bertasbih untuk mengingati Allah

  • Beriktikaf di masjid dengan niat beribadah sepenuhnya kepada Allah

  • Memperbanyakkan sedekah untuk membantu mereka yang memerlukan

  • Memohon keampunan daripada Allah dengan bersungguh sungguh

  • Menghidupkan malam dengan pelbagai jenis ibadah

  • Bertaubat dengan ikhlas dan berjanji untuk berubah menjadi lebih baik

  • Melakukan solat tahajjud dengan penuh keikhlasan

  • Berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah

Bila Malam Lailatul Qadar 2025

Malam Lailatul Qadar, atau Malam Kemuliaan, dipercayai berlaku pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, khususnya pada malam-malam ganjil. Walaupun tarikh tepatnya tidak diketahui, ramai ulama berpendapat bahawa ia kemungkinan besar jatuh pada malam ke-27 Ramadan. 

Pada tahun 2025, Ramadan dijangka bermula sekitar 28 Februari, tertakluk kepada penampakan anak bulan. Oleh itu, malam-malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir Ramadan 2025 adalah seperti berikut:

  • Malam ke-21: Malam 20 Mac 2025
  • Malam ke-23: Malam 22 Mac 2025
  • Malam ke-25: Malam 24 Mac 2025
  • Malam ke-27: Malam 26 Mac 2025
  • Malam ke-29: Malam 28 Mac 2025

Oleh itu, Malam Lailatul Qadar 2025 berkemungkinan jatuh pada salah satu malam ganjil ini, dengan ramai yang memberi tumpuan khusus pada malam ke-27, iaitu malam 26 Mac 2025. 

Namun, adalah penting untuk diperhatikan bahawa tarikh-tarikh ini adalah anggaran dan tertakluk kepada penampakan anak bulan. Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk meningkatkan ibadah dan doa pada kesemua sepuluh malam terakhir Ramadan untuk meraih keberkatan Malam Lailatul Qadar.

Apakah Kelebihan Mendapatkan Malam Lailatul Qadar

Terdapat pelbagai kelebihan bagi mereka yang mendapat keberkatan malam Lailatul Qadar. Antara kelebihannya ialah:

  • Ibadah yang dilakukan pada malam ini lebih baik daripada seribu bulan

  • Dihapuskan dosa-dosa yang lalu bagi mereka yang benar benar bertaubat

  • Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah yang berlipat kali ganda

  • Diturunkan keberkatan khusus kepada mereka yang beribadah dengan ikhlas

  • Doa doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan oleh Allah

  • Mendapat kemuliaan yang besar di sisi Allah

  • Diampunkan segala dosa bagi mereka yang beribadah dengan penuh keikhlasan

  • Memperoleh pahala yang berlipat ganda tanpa batasan

  • Merasakan ketenangan jiwa dan kebahagiaan yang luar biasa

  • Diberkati sepanjang tahun kerana keberkatan malam ini

Apakah Kepentingan Iktikaf Pada Sepuluh Malam Terakhir Ramadan

Iktikaf adalah salah satu sunnah yang sangat dianjurkan pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ia merupakan amalan berdiam diri di masjid dengan niat beribadah sepenuhnya kepada Allah serta meninggalkan urusan dunia buat sementara waktu.

Dengan beriktikaf seseorang dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah seperti solat membaca Al Quran dan berdoa. Rasulullah SAW sendiri beriktikaf pada sepuluh malam terakhir dan pada tahun kewafatan Baginda. Baginda beriktikaf selama dua puluh hari.

Bagaimana Meningkatkan Ibadah Pada Malam Lailatul Qadar?

Untuk memastikan kita dapat memanfaatkan malam ini dengan sebaiknya, beberapa persiapan boleh dilakukan:

1. Tetapkan Niat yang Ikhlas

Pastikan segala ibadah dilakukan hanya kerana Allah dan bukan kerana ingin dipuji atau mendapatkan ganjaran duniawi semata-mata.

2. Susun Jadual Ibadah

Rancang dengan baik ibadah yang ingin dilakukan seperti solat sunat, membaca Al-Quran, dan berzikir supaya masa dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

3. Kurangkan Gangguan

Jauhkan diri daripada perkara yang boleh mengganggu fokus seperti media sosial dan hiburan yang melalaikan.

4. Jaga Kesihatan dan Tenaga

Pastikan tubuh dalam keadaan sihat dengan mendapatkan rehat yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat supaya dapat beribadah dengan lebih sempurna.

Semoga usaha kita dalam mencari malam yang penuh keberkatan ini diterima oleh Allah dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda. Jangan lepaskan peluang untuk meraih keistimewaan Lailatul Qadar kerana ia hanya datang sekali dalam setahun.

ecentral, jomquran

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah

Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat

Baca juga: Doa mustajab untuk cepat hamil, dikongsi oleh Adam Corrie dan isteri Saharul Ridzwan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Doa Malam Lailatul Qadar & Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham