X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Amalan Ziarah Kubur Ketika Raya, Berpada-Padalah Bila Bersedih Dengan Kehilangan

4 min bacaan
Amalan Ziarah Kubur Ketika Raya, Berpada-Padalah Bila Bersedih Dengan Kehilangan

Amalan ziarah kubur adalah amalan turun-temurun yang menjadi ikutan dan kemestian setiap kali menjelang hari raya.

Amalan ziarah kubur ketika raya menjadi budaya masyarakat kita sejak turun-temurun, lebih-lebih lagi setiap kali tibanya 1 Syawal. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Amalan ziarah kubur di hari raya
  • Hukum ziarah kubur pada Aidilfitri
  • Adab menziarahi kubur

Umat Islam perlu kembali pada konsep sebenar sambutan Aidilfitri iaitu sebagai hari kemenangan kita yang berjaya menundukkan nafsu sepanjang 30 hari berpuasa ketika Ramadan. Sekiranya ia disambut dengan adab yang digariskan syarak, sudah tentu setiap orang akan mendapatkan kegembiraan, keseronokan, dan keberkatan oleh Allah SWT.

Amalan ziarah kubur di hari raya

amalan ziarah kubur

Amalan ziarah kubur dapat mendatangkan keinsafan pada diri lantas mengingatkan kita tentang dekatnya kematian. Manusia sering terleka dengan kehidupan dunia sehingga terlupa dengan kehidupan di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah:

Maksudnya: Daripada Ibnu Mas’ud RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Pada mulanya aku melarang kamu menziarahi kubur, kini bolehlah kamu menziarahinya kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzuhudkan (menjadikan hidup tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia) dan mengingati akhirat.”

Amalan ini sangat lazim dilakukan setiap kali hari raya Aidilfitri. Kadang-kala fenomena ini bagaikan “temasya” pusara setiap kali menjelang 1 Syawal. 

Hukum ziarah kubur pada Aidilfitri

Pada umumnya, hukum asal menziarahi kubur adalah sunat pada bila-bila masa sahaja yang kita mahu. Ini bertepatan dengan hadis sabda Nabi Muhammad SAW:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “Adalah aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah” – (Hadis Riwayat Muslim)
 
Hadis ini turut disokong oleh hadis lain seperti:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: “Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”. – (Hadis Riwayat Muslim)

Namun wujud  perbahasan yang panjang tentang hukum ziarah kubur pada hari raya Aidilfitri. Lalu membawa kepada dua pandangan ulama’ dalam isu ini. Antara pendapat tersebut adalah:

Pendapat pertama: Hukumnya harus. Hal ini kerana tiada nas khusus yang melarang akan perbuatan tersebut. Malahan, dari segi hukum ia juga dibolehkan.

Antara ulama yang berpendapat begini ialah para ulama mazhab Hanafi. Antaranya tercatat dalam kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:

وكذلك في الأزمنة المتبركة كعشر ذي الحجة والعيدين وعاشوراء

Maksudnya: “Maka begitu juga (sunat ziarah kubur) pada waktu-waktu berkat seperti sepuluh hari awal bulan Zulhijjah, dua hari raya dan hari Asyura’.”
 
Pendapat Kedua: Hukumnya tidak digalakkan. Ini berdasarkan atas pandangan bahawa menziarahai kubur kerana Aidilfitri bukan sunnah. Sebaliknya ia adalah makruh. Hujah-hujah yang diberikan adalah seperti:
  • Tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW ziarah kubur pada hari raya
  • Baginda SAW pada hari raya Aidilfitri menzahirkan kegembiraan

Dalam Fatwa Dar al-Ifta’ al-Misriyah disebutkan:

Maksudnya: “Tiadalah masa ziarah kubur ditentukan. Ia adalah luas. Cuma hari raya dijadikan hari gembira, maka tidak disunatkan melakukan perkara yang mengembalikan dukacita pada hari-hari sebegini.”

Konklusinya, jelas hukumnya ada dua pendapat sama ada sunnah atau pun makruh. Ia terpulang kepada anda untuk mengambil pada pendapat yang mana satu. Dan ia juga bergantung pada niat, tujuan, dan kesan amalan tersebut kepada diri anda. 

Cumanya dinasihatkan untuk berpada-pada dalam menziarahi kubur ketika hari raya. Hari raya adalah waktunya untuk kita bergembira dan bukannya bersedih. Kita boleh sambut raya dengan gembira tetapi tidak lupa berdoa kepada orang yang telah meninggal dunia.

Adab menziarahi kubur

Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi dan menjaga adab-adab ketika menziarahi kubur. Antara adab-adabnya adalah seperti:

  • Berwudhuk 
  • Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan
  • Memberi salam kepada ahli kubur
  • Jangan berbual kosong dan melakukan perkara yang tidak bermanfaat
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang khurafat seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah dengan harapan semoga memperolehi berkat dan sebagainya.
  • Duduk menghadap ke arah mukanya 
  • Membaca ayat suci Al-Quran
  • Menghadap kiblat ketika berdoa

Niat yang baik perlulah selari dengan perbuatan dan tindakan yang baik juga. Jika tidak ibadah yang dilakukan boleh menjadi sia-sia dan tidak membawa kepada apa-apa ganjaran pahala. Jika ada pendapat yang berbeza oleh orang-orang yang berilmu dan berpengetahuan, maka ambillah pandangan itu dengan hati yang terbuka.

Mufti Terengganu, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kubur Wanita Mati Bersalin Dikorek, Kain Kafan Didapati Hilang!

Baca juga:  Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah

Baca juga:  Ayah ini gali kubur untuk biasakan anak yang sakit tenat dengan kematian

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Amalan Ziarah Kubur Ketika Raya, Berpada-Padalah Bila Bersedih Dengan Kehilangan
Kongsikan:
  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.