X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

2 Beradik Berpelukan, Terkejut Tengok Tubuh Ibu Di Bawah Kereta Yang Maut Kemalangan

6 Oct, 2020
2 Beradik Berpelukan, Terkejut Tengok Tubuh Ibu Di Bawah Kereta Yang Maut Kemalangan

Siapa sahaja tidak menyangka bahawa sekujur badan yang berada di bawah kenderaan adalah ibu kandung sendiri. Tragedi kemalangan maut ini penuh dengan hiba!

Ajal maut adalah di tangan Tuhan. Tidak siapa pun yang tahu melainkan Dia. Hampir setiap hari kemalangan maut berlaku dalam negara, sama ada melibatkan anak kecil dan juga warga emas.

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai kematian. Bagi anak-anak, kehilangan ibu ayah tercinta memberikan kesan paling mendalam terhadap sepanjang kehidupan mereka.

Anak menyaksikan kemalangan maut melibatkan ibu sendiri

ibu kemalangan maut

Pada hari ini, tular mengenai satu kejadian kemalangan maut di Sungai Ular, Pahang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta. Difahamkan, seorang wanita telah meninggal dunia dalam nahas berkenaan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna bernama Nurfa Ray memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan di lokasi kemalangan.

Menurutnya, gambar berkenaan dihantar oleh suaminya yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan berkenaan. Manakala, foto menunjukkan seorang remaja lelaki dan budak perempuan masih memakai pakaian seragam sekolah merupakan anak kepada mangsa.

Nurfa berkata mereka sedang dalam perjalanan untuk menghantar adiknya ke sekolah dan kebetulan melalui kawasan kemalangan terbabit.

Walau bagaimanapun, alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan mangsa kemalangan sudah terkujur kaku di bawah kenderaan tersebut adalah ibu mereka sendiri.

”Dia tengok ada orang kemalangan. Sekali tengok mak dia yang terkujur kaku duduk bawah kereta. Tak tergambar perasaan seorang anak jatuh rebah menangis peluk adik dia.”

kemalangan maut sungai ular

Perkongsian yang memperoleh perhatian pada hari ini dihujani ucapan takziah dan bersimpati terhadap nasib dua beradik tersebut yang kehilangan ibu tercinta.

Setelah anak kematian ibu atau ayah

Berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W bersabda,

”Sesungguhnya amal kalian itu diperlihatkan kepada kaum kerabat dan keluarga kalian yang sudah meninggal dunia. Jika amal itu baik, mereka akan berasa gembira dan jika sebaliknya mereka akan memohon: Ya Allah jangan kamu matikan mereka sehingga Kamu berikan petunjuk kepada mereka.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitab Nawadir al-Usul, Abdul Ghafur Ibnu Abdul Aziz menuturkan bahawa ayahnya pernah menerima riwayat daripada datuknya dan menceritakan Rasulullah S.A.W bersabda:

”Amal perbuatan itu diperlihatkan pada hari Isnin dan Khamis kepada Allah, manakala amalan nabi serta ibu bapa mereka diperlihatkan pada Jumaat.”

Baginda berpesan supaya jangan sekali-kali melakukan khianat kepada orang yang sudah meninggal dunia dengan amalan buruk dan keji. Alangkah sedih dan kecewanya mereka melihat tingkah laku anda yang melanggar syariat Allah S.W.T.

Cara menggembirakan roh ibu bapa

ibu meninggal dunia kemalangan

credit to sources

Rasulullah pernah menceritakan keadaan roh akan datang menziarahi sahabatnya yang telah meninggal dunia. Di dalam keadaan roh yang kesunyian ketika berada di alam kubur, pada waktu itu mulalah terdengar bunyi roh berterbangan seperti bunyi lebah.

Apabila disoal dari mana datangnya bunyi itu, malaikat akan menjawab itulah bunyi roh yang telah meninggal dunia sebelum ini. Sayup-sayup kedengaran dari jauh, roh itu berbicara sesama mereka dan menyatakan lebih baik roh yang baharu meninggal itu dibiarkan berehat dahulu kerana mungkin keletihan.

Namun roh itu berkata, dia tidak letih malah bangganya melihat kain kapan dipakaikan kepadanya oleh anaknya yang soleh ketika menyempurnakan jenazahnya. Sesungguhnya setiap mayat itu bergembira dengan kain kapan  dipakaikan kepadanya.

Ada seorang yang datang berjumpa Rasulullah dan berkata: ”Apakah masih mungkin saya berbuat baik kepada kedua orang tua yang sudah meninggal dunia kerana saya tidak tahu bagaimana keadaan dilalui mereka setiap hari.”

Baginda menjawab:

”Ya, ada 4 cara yang boleh kamu terus lakukan walaupun mereka telah meninggal dunia. Pertama jangan tinggalkan di dalam doa kamu supaya sentiasa menyebut mengenai mereka. Kedua, tunaikanlah janji yang ingin dipenuhi oleh mereka ketika hidup dahulu, tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya. Pahal akan sampai kepada mereka meskipun sudah meninggal dunia. Ketiga, muliakanlah sahabat dan teman baik terhadap arwah sewaktu dia hidup dahulu dan keempat, sambung silaturrahim yang menjadikan kamu dan dia tidak mendapat kasih sayang, melainkan daripada kedua-duanya.”

Sumber: Siakap Keli, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-meninggal-dunia-2

Stories Rakan Kongsi
Is Your Child’s Gut Health Causing Tantrums? Here Is What You Need To Know
Is Your Child’s Gut Health Causing Tantrums? Here Is What You Need To Know
Why Money Parenting Matters
Why Money Parenting Matters
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
5 Healthy Tips to Guard Your Child Against Illnesses
5 Healthy Tips to Guard Your Child Against Illnesses

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 2 Beradik Berpelukan, Terkejut Tengok Tubuh Ibu Di Bawah Kereta Yang Maut Kemalangan
Kongsikan:
  • Ajal Di Jalan Raya, Remaja Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Kenderaan Peronda Polis

    Ajal Di Jalan Raya, Remaja Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Kenderaan Peronda Polis

  • Sebak! Ibu Hamil 8 Bulan Keguguran, Motosikal Dinaiki Bersama Suami Dihempap Pokok

    Sebak! Ibu Hamil 8 Bulan Keguguran, Motosikal Dinaiki Bersama Suami Dihempap Pokok

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Ajal Di Jalan Raya, Remaja Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Kenderaan Peronda Polis

    Ajal Di Jalan Raya, Remaja Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Kenderaan Peronda Polis

  • Sebak! Ibu Hamil 8 Bulan Keguguran, Motosikal Dinaiki Bersama Suami Dihempap Pokok

    Sebak! Ibu Hamil 8 Bulan Keguguran, Motosikal Dinaiki Bersama Suami Dihempap Pokok

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.