TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Himpunan Doa Lailatul Qadar Dalam Arab & Rumi , Ringkas & Lengkap Mengikut Mufti WP

4 min bacaan
Himpunan Doa Lailatul Qadar Dalam Arab & Rumi , Ringkas & Lengkap Mengikut Mufti WP

Doa yang dianjurkan untuk dibaca adalah seperti doa lailatul qadar, doa akhir ramadan, sayidul istighfar dan banyak lagi.

Menjelang 10 malam terakhir Ramadan, ini adalah peluang terbaik untuk kita menggandakan amalan bagi meraih pahala berganda dengan mengamalkan doa lailatul qadar dan melakukan amalan sunat.

Isi Kandungan

  • Apakah Lailatul Qadar?
  • Himpunan Doa Lailatul Qadar & Zikir Malam

Apakah Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan doa, berzikir, membaca Al-Quran serta melakukan solat sunat pada malam yang istimewa ini.

Himpunan Doa Lailatul Qadar & Zikir Malam

Berikut adalah beberapa doa lailaltul qadar berserta doa-doa lain yang boleh diamalkan pada malam Lailatul Qadar:

1. Doa Lailatul Qadar 

Doa lailatul qadar ini antara doa yang sering diucapkan oleh Rasulullah SAW sepanjang bulan Ramadhan.

Daripada Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar, maka apa yang sepatutnya aku ucapkan?”

Baginda bersabda:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.” (HR Tirmizi)

2. Doa Akhir Ramadan

اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan Ramadan terakhir dalam hidupku. Jika ini adalah Ramadan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau rahmati.”

3. Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Hal ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.

Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga.”

(HR Bukhari)

Doanya panjang, tetapi dianjurkan untuk diamalkan setiap malam sebagai tanda taubat kepada Allah.

4. Doa Memohon Kebaikan di Dunia dan Akhirat

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari seksa api neraka.”

5. Doa Memohon Agar Ditetapkan Pendirian

اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu.”

6. Doa Memohon Keturunan yang Soleh dan Solehah

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhan, anugerahkanlah kepadaku keturunan yang soleh.”

7. Doa Memohon Petunjuk Daripada Allah

اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dalam kalangan orang-orang yang Engkau beri petunjuk.”

8. Doa Agar Dijauhi Daripada Perasaan Hasad Dengki

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan semua makhluk yang Engkau kuasai.”

Stories Rakan Kongsi
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Looking for Fun Family Bonding Activities? Why Not Combine the Power of Play and Creative Problem-Solving with LEGO bricks?
Looking for Fun Family Bonding Activities? Why Not Combine the Power of Play and Creative Problem-Solving with LEGO bricks?
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too

9. Doa Memohon Rahmat dan Keampunan

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي

Maksudnya: “Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, berikanlah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan berilah aku rezeki.”

10. Zikir Berat Timbangan

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

Maksudnya: “Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak jumlah makhluk-Nya, sejauh keredaan-Nya, seberat Arasy-Nya, dan sebanyak tinta kalimat-Nya.”

Lailatul Qadar adalah peluang keemasan untuk kita menghapus dosa, meningkatkan amalan dan memperbanyakkan doa. Jangan lepaskan peluang untuk menghidupkan 10 malam terakhir ini dengan ibadah dan doa lailatul qadar yang berterusan.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan kita keberkatan malam Lailatul Qadar.

Amin.

Mufti Wilayah Persekutuan, Jomquran

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Menyambut Ramadhan Dalam Bahasa Rumi & Maksud

Baca juga: Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

Baca juga: Niat Puasa Sebulan Ramadhan Dan Lafaz Niat Harian Berserta Rumi & Maksudnya-JAKIM

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Himpunan Doa Lailatul Qadar Dalam Arab & Rumi , Ringkas & Lengkap Mengikut Mufti WP
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham