KUALA LUMPUR, 13 MAC 2025 – Bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya bukanlah sekadar satu tradisi, sebaliknya ia adalah masa untuk refleksi, kesyukuran, dan yang paling utama – menyebarkan kebaikan dengan penuh keikhlasan. Tahun ini, Tropicana Twister meraikan musim perayaan dengan kempen ‘Gandakan Kebaikan’. Ia adalah sebuah inisiatif bermakna yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyebarkan kesayangan, kegembiraan dan kebaikan.
Setiap kebaikan mampu menceriakan hari seseorang yang memerlukannya. Sama ada dengan menyumbangkan makanan kepada orang yang memerlukan, menghulurkan bantuan atau sekadar memberikan kata-kata galakan, setiap perbuatan baik, walaupun kecil, boleh mencetuskan lebih banyak kebaikan – mengeratkan hubungan serta membina keharmonian. Seperti kesegaran yang dinikmati dalam setiap minuman Tropicana Twister, setiap kebaikan yang dilakukan boleh menyatukan dan mengeratkan hubungan dalam komuniti.

Perjalanan ‘Gandakan Kebaikan’
Perjalanan ‘Gandakan Kebaikan’ ini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang kepada manfaat yang lebih besar. Bermula dari 7 Mac hingga 30 April, Tropicana Twister memperkenalkan Chatbot interaktif di Messenger, bagi membolehkan pengguna mencatat jurnal kisah kebaikan mereka. Dengan setiap kebaikan yang direkodkan, peserta menjadi sebahagian daripada gerakan kebaikan yang semakin bertambah, seperti kemesraan dan kegembiraan yang meniti di sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.
Cara menyertai ‘Gandakan Kebaikan’:
- Klik untuk Sertai– Kunjungi laman media sosial Tropicana Twister.
- Imbas & Mula – Imbas kod QR untuk masuk ke ChatBot dan ucapkan ‘Hello’
- Klik & Jurnal– Kongsi kisah kebaikan anda dalam ChatBot.
- Gandakan Kebaikan – Usaha kecil anda boleh memberi impak besar!

Kebaikan digandakan apabila ia dikongsikan. Dengan setiap klik untuk sertai, pengguna akan dapat satu mata oren 🍊 dan dengan setiap jurnal kisah kebaikan di Chatbot, lima 🍊 akan diberikan. Apabila 10 oren digital 🍊 berjaya dikumpul, Tropicana Twister akan menyumbangkan satu Pek Prihatin untuk keluarga yang kurang berkemampuan. Tindakan kecil yang dikongsikan mampu memberi impak kepada insan-insan yang memerlukannya.
Pengarah Francais & Pemasaran Minuman Tropicana, Leong Meiyin berkata, selaku jenama yang sentiasa mengutamakan kesegaran dan kebersamaan, Tropicana Twister membuktikan bahawa setiap perbuatan baik, walaupun kecil, mampu memberi impak yang bermakna. “Dengan kempen ‘Gandakan Kebaikan’ ini, kami ingin memperkenalkan satu cara yang mudah tetapi bermakna untuk rakyat Malaysia menyumbang kepada golongan yang kurang berkemampuan, menjadikan setiap amalan kebaikan harian sebagai sokongan ikhlas kepada keluarga-keluarga yang memerlukannya,” katanya.
Sertai Gerakan Ini & Dapatkan Ganjaran atas Kebaikan Anda!
Sebagai penghargaan ke atas setiap sumbangan, peserta turut berpeluang memenangi hadiah eksklusif! Dengan pembelian produk-produk Tropicana Twister bernilai sekurang-kurangnya RM10 serta jurnal kisah kebaikan anda di Messenger Chatbot, anda berpeluang menerima ganjaran istimewa. Kebaikan kecil boleh memberikan impak besar dan Tropicana Twister ingin meraikan usaha anda itu dalam mencipta dunia yang lebih mesra dan penuh kebaikan.
Ketua Pemasaran Tropicana, Jennifer Lee berkata, Tropicana Twister percaya bahawa kebaikan adalah hadiah paling berharga pada bulan Ramadan. “Melalui kempen ini, kami bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan rakan komuniti untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ia adalah mengenai bersatu untuk melakukan perubahan, menyebarkan kasih sayang dan memastikan setiap keluarga berpeluang meraikan musim Aidilfitri dengan penuh bermakna,” katanya.
Tidak kira sekecil mana atau sebesar mana kebaikan itu , setiap usaha membantu membentuk dunia yang lebih baik. Pengguna boleh menikmati promosi eksklusif, interaksi media sosial, serta kisah-kisah inspirasi yang membuktikan bahawa sekecil mana pun kebaikan, ia tetap membawa senyuman. Sebab, apabila kebaikan digandakan, lebih ramai yang akan menerima manfaatnya. Ibarat satu minuman, satu senyuman, satu kebaikan yang bermakna dan berterusan.
Maklumat lanjut boleh layari Facebook kami di @MYTropicana, atau terus ke https://bit.ly/RayaTropicanaMY untuk menyertai Kempen Gandakan Kebaikan Bersama Tropicana Twister.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!