TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

3 min bacaan
Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

Memupuk kesedaran mengenai kepentingan penggunaan cecair kumur setiap hari dengan menunjukkan sains di sebalik senyuman sihat.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025 — LISTERINE®, jenama cecair kumur No.1 di Malaysia¹, dengan kerjasama Watsons Malaysia, hari ini melancarkan kempen Swish & Snap di Kenny Hills Baker, The Park @ TRX. Ia menghimpunkan para penyokong kesihatan mulut untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki senyuman yang lebih sihat.

Acara ini memperkenalkan penampilan terbaru jenama LISTERINE®, yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama penyelesaian penjagaan mulut lengkap berasaskan sains dengan rasa yang menyenangkan.

Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

Ia turut menampilkan pengalaman interaktif Swish & Snap, merangkumi pelbagai zon aktiviti yang menggabungkan elemen pendidikan, keterlibatan, dan perkongsian sosial bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan berkumur menggunakan ubat kumur sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut yang lengkap demi kesihatan mulut yang menyeluruh².

Kempen Swish & Snap dianjurkan bagi mengubah persepsi orang ramai tentang ubat kumur, daripada produk yang digunakan sekali-sekala kepada salah satu bahagian penting dalam tiga langkah rutin penjagaan mulut harian, iaitu memberus gigi, flos, dan berkumur.

“Sebagai sebuah jenama, LISTERINE® mempunyai lebih daripada 135 tahun penyelidikan klinikal dan sokongan saintifik, serta formulasi berasaskan minyak pati yang terbukti secara klinikal3 yang memastikan keberkesanan produk kami. Tahun ini, kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Watsons Malaysia sekali lagi bagi menjayakan kempen Swish & Snap serta memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada rakyat Malaysia tentang sains di sebalik penggunaan cecair kumur dalam rutin penjagaan mulut harian kita,” kata Ketua Pemasaran LISTERINE® Malaysia & Singapura, Frances Anne Velante.

Walaupun memberus gigi dan flos penting untuk menghapuskan plak, ia boleh terbentuk semula dengan mudah, lalu menyebabkan kaviti, masalah gusi, dan nafas berbau. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan LISTERINE® Total Care dua kali sehari selama 30 saat mampu memberikan sehingga 5 kali ganda kuasa membersih berbanding hanya memberus gigi dan flos⁴ , dengan keupayaan menghapuskan bakteria di kawasan yang sukar dicapai seperti di celah-celah gigi dan bahagian gusi.

Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

Kempen Swish & Snap yang dilancarkan bersama Watsons Malaysia menyerlahkan komitmen LISTERINE® dalam memperkasa rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan mulut mereka. Kempen ini menyasarkan pengumpulan 5,000 foto #SenyumanSihat daripada pengguna, menerusi pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun. Acara pertama akan bermula minggu hadapan di TRX dengan pembukaan reruai yang merangkumi tiga zon interaktif:

  • Zon Sains & Pemeriksaan Plak – Memberi gambaran jelas di mana bakteria bersembunyi di dalam mulut, proses pembentukan plak, dan bagaimana LISTERINE® bertindak menghapuskan bakteria serta demonstrasi pemeriksaan plak secara langsung.
  • Zon Swish & Snap – Para hadirin berpeluang untuk mengalami sendiri keberkesanan LISTERINE®, diikuti oleh sesi foto senyuman sihat.
  • Sudut Penebusan Hadiah – Pengunjung yang melengkapkan semua aktiviti boleh menebus hadiah eksklusif daripada LISTERINE®.

Bagi memupuk kesedaran tentang kesihatan awam, satu sesi dialog bersama doktor gigi Dr. Kayla Teh dan pengguna setia LISTERINE®, Jenn Chia turut diadakan. Mereka berkongsi pandangan dan maklumat terkini mengenai bagaimana tabiat kecil seperti memberus gigi, flos, dan berkumur selama 30 saat dua kali sehari boleh membawa kepada peningkatan besar dalam kesihatan mulut. Sesi itu turut menekankan bagaimana formulasi minyak pati LISTERINE® yang terbukti secara klinikal³ dapat menghapuskan bakteria yang tidak dapat dicapai dengan memberus gigi semata-mata, terutamanya bakteria punca nafas berbau⁵.

Stories Rakan Kongsi
Premature Babies: What You Should Look Out for and What to Do?
Premature Babies: What You Should Look Out for and What to Do?
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Through The Lens of Star Students
Through The Lens of Star Students

Pengalaman Swish & Snap akan dibuka kepada orang ramai di TRX (Aras Bawah, di hadapan Watsons) bermula dari 23 hingga 29 Jun 2025. Rakyat Malaysia dijemput untuk berkumur, bergambar, dan meraikan #HealthySmiles mereka dengan LISTERINE®.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti @listerinemy dan sertai gerakan #ListerineSwishAndSnap.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons
Kongsikan:
  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • BRICKFEST 2025 Kicks Off at LEGOLAND® Malaysia

    BRICKFEST 2025 Kicks Off at LEGOLAND® Malaysia

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • BRICKFEST 2025 Kicks Off at LEGOLAND® Malaysia

    BRICKFEST 2025 Kicks Off at LEGOLAND® Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham