X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Solat Tahajud: Panduan Lengkap Berserta Niat Solat Tahajjud & Doa Tahajud Ringkas

7 min bacaan
Solat Tahajud: Panduan Lengkap Berserta Niat Solat Tahajjud & Doa Tahajud Ringkas

Solat tahajud adalah ibadah yang dilakukan pada satu pertiga malam iaitu jam 3 pagi hingga ke fajar bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT

Hukum solat sunat malam atau solat tahjud adalah sunat muakkad. Ia amat dianjurkan sebagai ibadah tambahan bagi mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT. Berikut kami kongsikan panduan lengkap bagi mengerjakan solat tahajud.

Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an mengenai solat tahjud ini:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79)

Tata cara mengerjakan solat tahajud

solat tahjud

Awalnya, solat sunat tahajjud wajib bagi kaum muslimin. Setelah turun perintah solat lima waktu, solat sunat tahajjud ini menjadi sunat muakkad. Bagi Rasulullah, solat sunat tahajud ini tidak pernah ditinggalkannya.

Cara solat tahajud pada dasarnya sama dengan solat sunat pada umumnya. Sebelum tahajud, disyaratkan suci dari hadas kecil dan hadas besar; suci badan, pakaian dan tempat dari najis; menutup aurat; dan menghadap kiblat.

Sayyid Sabiq dalam Fiqih Sunnah menerangkan, cara solat tahajud hendaklah sebelum tidur berniat untuk bangun solat tahajud sehingga jika ia tertinggal (tidak terjaga), tetap mendapat pahalanya.

Cara solat tahajud dikerjakan dengan dua rakaat. Para ulama berbeza pendapat mengenai batasan jumlah rakaatnya. Rasulullah terkadang melaksanakan 11 rakaat tahajjud termasuk witir dan terkadang 13 rakaat termasuk witir.

Secara ringkas, cara solat sunat tahajjud dua rakaat adalah seperti berikut:

  • Niat solat tahajud
  • Takbiratul ihram, diikuti dengan doa iftitah
  • Membaca surah Al Fatihah
  • Membaca surat atau ayat Al Qur’an. Rasulullah biasa membaca surat yang panjang-panjang.
  • Ruku’ dengan tuma’ninah
  • I’tidal dengan tuma’ninah
  • Sujud dengan tuma’ninah
  • Duduk di antara dua sujud dengan tuma’ninah
  • Sujud kedua dengan tuma’ninah
  • Berdiri lagi untuk menunaikan rakaat kedua
  • Membaca surat Al Fatihah
  • Membaca surat atau ayat Al Qur’an
  • Ruku’ dengan tuma’ninah
  • I’tidal dengan tuma’ninah
  • Sujud dengan tuma’ninah
  • Duduk di antara dua sujud dengan tuma’ninah
  • Sujud kedua dengan tuma’ninah
  • Tahiyat akhir dengan tuma’ninah
  • Salam

Niat solat tahajud

Niat solat tahajud

Niat solat tahajjud adalah seperti berikut:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

(Usholli sunnatat tahajudi rok’ataini lillahi ta’aalaa)
Ertinya: “Sahaja aku solat sunnah Tahajud dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Doa tahajud

Doa tahajud insya Allah dikabulkan oleh-Nya, lebih-lebih lagi jika dikerjakan di sepertiga malam yang terakhir, waktu paling mustajab untuk berdoa.

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ

“Barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuninya. Barangsiapa yang memohon (sesuatu) kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya. Dan barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya.” (HR. Bukhari)

Maka apa pun permintaan seorang hamba, mohonkanlah kepada Allah SWT. Baik kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Terutama meminta ampun di atas dosa yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Rasulullah mengajarkan doa tahajud yang khusus dibaca.

#1. Pertama, doa tahajjud dari riwayat Ibnu Abbas RA:

Doa tahajjud:

doa tahajud rumi

Doa solat tahajud rumi:

‘Allahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu ‘AlaihiWasallam Haqq, WasSa-‘ATu Haqq

AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa ‘Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta Au Laa iLaha GhoiRuKa WaLaa HauLa Walaa QuwWata illa Billah’

Maksud doa tahajjud JAKIM:

Ya Allah, bagi Mu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.
▪︎Bagi Mu lah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi.
▪︎Bagi Mu lah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.
▪︎Bagi Mu lah segala puji, Engkaulah yang benar, Engkaulah yang benar, janji Mu adalah benar, perjumpaan Mu itu adalah benar, firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
▪︎Ya Allah, kepada Mu lah aku berserah diri, kepada Mu lah aku kembali, kepada Mu lah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum.
▪︎Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.
▪︎Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

#2. Kedua, dari riwayat Aisyah RA

Doa tahajud ringkas:

اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ أَنْتَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksud doa solat tahajud rumi:

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ya Allah, Tuhannya Jibril, Mikail, dan Israfil. Pencipta langit dan bumi. Yang mengetahui yang gaib dan yang nampak. Engkau yang memutuskan diantara hamba-Mu terhadap apa yang mereka perselisihkan.

Berilah petunjuk kepadaku untuk menggapai kebenaran yang diperselisihan dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada siapa saja yang Engkau kehendaki menuju jalan yang lurus. (HR. Muslim, Tirmidzi dan Abu Daud)

Doa tersebut dibaca Rasulullah saat mengawali solat tahajjud, yakni dibaca sebagai doa iftitah.
Adapun doa tahajud ringkas, kita bebas berdoa dengan segala doa yang baik. Terutama doa dari Al Quran dan Hadis. Boleh juga doa dalam bahasa Melayu, ia tidak dilarang.

Waktu solat tahajjud

Doa solat tahajud rumi

Solat tahajjud adalah sunnah yang dikerjakan setelah tidur. Waktunya bermula setelah isya’ hingga sebelum Subuh, dengan didahului tidur. Dan waktu paling utamanya adalah di sepertiga malam yang terakhir.

Sholat tahajjud kadang disebut sebagai qiyamul lail. Namun tidak semua qiyamul lail atau solat lail adalah sholat tahajjud.

Jika seseorang melakukan solat sunnah di malam hari sebelum tidur, masuk dalam kategori qiyamul lail atau solat lail. Disebut solat tahajjud jika didahului tidur. 

Kelebihan solat sunat tahajud

Kelebihan solat sunat tahajud adalah sangat luar biasa. Jika dilakukan secara konsisten, lama-kelamaan diri anda terbiasa untuk melakukannya setiap malam.

Solat tahajud shafiqolbu juga menjadi panduan buat mereka yang baru pertama kali atau dalam proses membiasakan diri dengan ibadah ini.

1. Kedudukan Terpuji

Sebagaimana firman Allah dalam surat Al Isra ayat 79:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79)

2. Kunci Masuk Surga

Rasulullah SAW bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصِلُوا الأَرْحَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ

“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (orang-orang yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, dan solatlah pada malam hari ketika orang lain sedang tidur; nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah)

3. Solat sunat paling utama selepas solat fardhu

Solat sunat tahajud juga disebut qiyamul lail, ia merupakan solat sunat yang paling utama. Sebagaimana sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ

“Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam” (HR. An Nasa’i)

4. Kemuliaan dan Kewibawaan

Selain mendapatkan kedudukan mulia di akhirat kelak, orang-orang yang ahli solat sunat tahajjud juga mendapat kedudukan yang mulia di dunia. Allah akan memberinya kemuliaan dan kewibawaan.

وَاعْلَمْ أَنَّ شَرَفَ الْـمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ

“Dan ketahuilah, bahwa kemuliaan dan kewibawaan seorang mukmin itu ada pada solat malamnya” (HR. Hakim; hasan)

5. Doa dimakbulkan

Orang yang mengerjakan solat sunat tahajjud kemudian berdoa, insya Allah doanya dikabulkan Allah. Apalagi jika ia melakukannya di sepertiga malam yang terakhir.

6. Kebiasaan orang soleh

Solat sunat tahajjud merupakan kebiasaan orang-orang soleh terdahulu. Maka siapa yang saat ini sentiasa mengerjakannya, maka ia pun tercatat sebagai orang-orang yang soleh sebagaimana mereka.

“Biasakanlah dirimu untuk solat malam kerana ia amalan orang-orang soleh sebelummu, mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa, menolak penyakit, dan pencegah dari dosa.” (HR. Ahmad)

7. Ibarat sedekah secara sembunyi

Ibnu Mas’ud RA mengatakan, “Keutamaan solat malam dibandingkan dengan solat di siang hari seperti keutamaan sedekah secara sembunyi-sembunyi dibanding sedekah terang-terangan.”

Aisyah RA berkata, “Hendaklah kalian mengerjakan qiyamullail kerana Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Jika Baginda sakit, maka beliau mengerjakannya sambil duduk.”

Abu Dzar Al Ghifari RA berkata, “Rajinlah mengerjakan solat tahajjud di kegelapan malam untuk menghadapi sepi dan gelapnya di alam kubur.”

Semoga bermanfaat.

Annazat Othman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi

Baca juga: Ibu Ayah WAJIB Ajar Anak Solat Seawal Usia, Ini Tips Berkesan Mengikut Umur Mereka

Baca juga: Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Solat Tahajud: Panduan Lengkap Berserta Niat Solat Tahajjud & Doa Tahajud Ringkas
Kongsikan:
  • Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

    Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

  • Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

    Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

  • Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

    Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

  • Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

    Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

  • Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

    Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

  • Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

    Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.