X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Isteri Adalah Makhluk Paling Sarat Dengan Emosi, Bila Diuji Ingatlah Ada Ganjaran Syurga

3 min bacaan
Isteri Adalah Makhluk Paling Sarat Dengan Emosi, Bila Diuji Ingatlah Ada Ganjaran SyurgaIsteri Adalah Makhluk Paling Sarat Dengan Emosi, Bila Diuji Ingatlah Ada Ganjaran Syurga

Syurga isteri terletak pada suami. Ujian rumah tangga pasti tetap ada, namun berusahalah setiap hari untuk menjadi lebih baik

Bila seorang sudah berkahwin, syurga isteri terletak pada telapak kaki suami. Isteri perlu sentiasa menjaga perasaan serta menghormati suami.

Dugaan paling besar bagi seorang isteri adalah bersabar. Wanita adalah makhluk Allah yang sarat dengan emosi. Kadang kala, akibat terlalu menurut kata hati, ada kata-kata atau tindak-tanduk si isteri yang akan melukai hati suami, sengaja atau tidak sengaja.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Perangai isteri yang berdosa disebut jelas oleh Rasulullah S.A.W
  • Syurga isteri terletak pada suami, kena sering minta maaf pada mereka
  • Syurga isteri ada pada jodoh yang ditetapkan ALLAH S.W.T
  • Minta ALLAH jaga rumah tangga, doa untuk jadi bidadari syurga suami

syurga isteri

Perangai isteri yang berdosa disebut jelas oleh Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W telah menyebut dengan jelas tentang perangai wanita saat berdepan dengan satu sahaja keburukan suami.

Dan perangai yang disebut itu adalah si isteri mudah melupakan kebaikan suami yang lain jika mereka buat silap.

Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka.

Syurga isteri terletak pada suami, kena sering minta maaf pada mereka

Sebagai seorang isteri, banyak-banyakkanlah meminta maaf pada suami kerana secara tidak sedar kita mungkin ada buat silap pada mereka.

Secara tidak sengaja mungkin ada layanan isteri yang terkurang, terkasar bahasa pada suami, terlajar berprasangka atau si isteri terlepas cakap tentang aib suami pada sesiapa.

Maka, isteri kena rendahkan hati untuk merayu kemaafan daripada suami. Jangan hanya lihat kelemahan suami sehingga lupa pada kelemahan sendiri. 

Kita sibuk besarkan kesilapan suami tapi kita pandang kecil kesilapan sendiri.

Syurga isteri ada pada jodoh yang ditetapkan ALLAH S.W.T

Suami adalah jodoh yang sudah dipilih ALLAH S.W.T untuk isteri. Merekalah insan yang akan bersama dengan kita sehingga akhir hayat, InsyaAllah!

Isteri kena sentiasa pandang muka suami, tidak kira siapa pun dia. Wajah itulah yang akan menjadi lorong nikmat dan juga lorong ujian ALLAH buat kita.

Semua buruk dan baik suami boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego isteri atau cara ALLAH untuk kurnikan pahala melalui kesabaran si isteri.

Mungkin juga kebaikan dan keburukan suami itu adalah cara untuk melatih isteri berdikari dan keluarkan potensi diri. Semua pasti ada sebabnya!

Minta ALLAH jaga rumah tangga, doa untuk jadi bidadari syurga suami

Minta ALLAH untuk jaga rumah tangga. Jika ada masalah dalam rumah tangga, banyakkan berdoa pada ALLAH.

Kita tidak boleh ubah suami tapi dengan doa pada ALLAH, InsyaALLAH, mereka akan berubah. Untuk jaga hubungan dengan suami, isteri kena jaga hubungan dengan ALLAH.

Alangkah indahnya, kesudahan hidup seorang isteri andai dia menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan mendapat keredhaan daripada seorang suami.

Belajar untuk tutup aurat serapat mungkin agar si isteri bakal menjadi ketua bidadari untuk suami di syurga kelak.

Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa berada di bawah tetap ia yang akan menentukan ke syurgakah kita.

Indahnya janji ALLAH yang menyatakan bahawa isteri yang diredhai suami boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya.

Jadi, para isteri simpanlah niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba jadi isteri solehah, InsyaAllah, ALLAH akan pandang usaha kita dan berikan ganjaran pada kita.

Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri Barulah Rasa Cinta Makin Kuat

Baca juga: Biasalah Suami Iseri Tidak Sependapat, Tapi Jangan Sesekali Ujar 4 Kata-Kata Ini! Boleh Jadi Perang Dingin!

Baca juga:  7 Doa Buat Suami Isteri Yang Sering Tertekan & Dilanda Ujian, Elok Diamalkan Setiap Hari

Stories Rakan Kongsi
Nak Mendidik Ibu Milenium Perlu Buat 7 Perkara Ini.  Barulah Anak Jadi Hebat!
Nak Mendidik Ibu Milenium Perlu Buat 7 Perkara Ini. Barulah Anak Jadi Hebat!
How Travelling Makes Kids More Resilient
How Travelling Makes Kids More Resilient
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Sofea

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Isteri Adalah Makhluk Paling Sarat Dengan Emosi, Bila Diuji Ingatlah Ada Ganjaran Syurga
Kongsikan:
  • Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

    Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

  • Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

    Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

  • Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

    Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

app info
get app banner
  • Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

    Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

  • Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

    Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

  • Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

    Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.