Bila kali terakhir suami (atau kekasih) anda merajuk? Satu hal tentang lelaki ini, walaupun mereka tak selalu merajuk, tapi sekali merajuk itu… Alamak! Susah juga nak pujuk, ya? Sebab itulah kami sediakan panduan 15 cara pujuk lelaki melalui pesanan ringkas ini.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Sebelum ketahui cara pujuk lelaki, ada beberapa perkara anda perlu pertimbangkan
- 15 cara pujuk lelaki melalui pesanan ringkas dengan kata-kata manis dan penuh cinta
Umum tahu, lelaki datangnya dengan ego yang melangit. Ditambah pula jika dalam rajuk itu, mereka marah, haish… pasti lama nak memujuknya!
Sebelum ketahui cara pujuk lelaki, ada beberapa perkara anda perlu pertimbangkan
Tapi sebenarnya, hati lelaki ini ada sensitifnya juga. Sebelum kita lihat 15 cara pujuk lelaki, apa kata anda lihat dulu 3 cara memujuk suami ini:
1. Kenal pasti apa punca mereka merajuk

Pertama sekali, sebelum anda cuba cara pujuk lelaki melalui SMS, kenal pasti dulu apa sebab mereka merajuk. Kalau kaum wanita, mungkin susah untuk kita teka apa sebab mereka merajuk.
Tapi bagi lelaki senang saja! Ingat satu perkara: Bila anda sudah tahu sebabnya, jangan malu untuk berterus-terang dan mengakui kesilapan anda.
Lelaki ini egonya tinggi. Jangan ditambah atau dicabar. Nanti, rajuknya makin panjang!
2. Jangan terlalu tegas, tapi bermanjalah dengannya

Lelaki memang nampak “macho” dan keras, tapi sebenarnya, mereka amat tertarik dengan kata-kata lembut yang dituturkan seorang wanita.
Salah satu cara pujuk lelaki yang paling berkesan adalah berlemah-lembut dan bersopan dengannya. Percayalah, pasti amarah dan rajuknya itu akan tenang.
3. Bergurau dan menceritakan komedi

Jangan lupa, oleh sebab sikap lelaki yang lebih santai dan jenis laid-back, anda boleh menggunakan teknik bergurau atau komedi untuk memujuknya.
Tapi pastikan gurauan anda itu tidak keterlaluan ya. Jaga air mukanya.
15 cara pujuk lelaki melalui pesanan ringkas dengan kata-kata manis dan penuh cinta
Namun, bagaimana kalau anda sudah cuba 3 cara di atas, tapi suami masih merajuk dan marah? Ehem, kini tiba caranya untuk anda belajar cara pujuk lelaki melalui pesan ringkas pula.
Pesanan ringkas melalui SMS atau Whatsapp chat boleh memudahkan anda meluahkan perasaan. Tekan-tekan keypad, nah… jadi satu ayat manis lagi romantik.
Mana tak cair ego dan marah suami itu nanti! Selain cara pujul lelaki melalui cara ini, anda sebagai isteri (atau awek) pun kenalah tunjuk usaha sikit.
Mungkin ajak suami anda itu pergi buat benda-benda yang dia suka, tidakpun belilah sebarang hadiah buatnya.
Di bawah ini, kami senaraikan 15 cara pujuk lelaki melalui pesanan ringkas. Semoga anda berjaya memujuk hero anda itu!
- Keputusan yang paling penting saya pernah ambil dalam hidup ini adalah berkahwin dengan awak. Awak sebenarnya orang terbaik di atas muka Bumi ini! Love you, hubby!
- Awak adalah pasangan hidup terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. Awak sangat istimewa <3
- Setiap kali saya tutup mata, saya nampak wajah manis awak. Setiap kali saya fikirkan tentang kita, saya tidak pernah tak rasa puas. Saya sangat gembira sebab kenal dan memiliki awak.
- Dear hubby, kita mungkin dah bergaduh, dan saya mungkin sudah melakukan kesilapan. Tapi, saya betul-betul mengasihi awak, dan tiada siapa boleh buat kita berpisah! I love you.
- Terima kasih sayang sebab bagi saya pandu kereta kegemaran awak, dan layan saya macam princess. Tapi paling penting, terima kasih sebab mengahwini dan mencintai saya…
- Jika awak hidup selama 100 tahun, biarlah saya hidup selama 99 tahun saja sebab saya tak rela hidup tanpa awak…
- U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U!
- Kalau I boleh susun abjad, I nak letak U dekat dengan I
- Orang kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi kenapa setiap kali saya dengar suara awak, saya jatuh cinta lagi sekali?
- Jika cinta ini dicukai, akulah pembayar cukai paling tinggi!
- Saya bangun pagi ini memikirkan tentang segala senyuman, gelak tawa dan kebahagian yang kita lalui. Tapi apa yang paling saya fikirkan adalah awak, si manis hati!
- Awak mesti altet yang bagus sebab awak selalu berjalan dalam fikiran saya. Takpun awak ini pencuri yang bagus sebab awak dah curi hati saya!
- Jika saya boleh kutip bintang setiap kali awak buat saya tersenyum, pasti seluruh langit sudah ada dalam tangan saya ini.
- Kadang-kadang, saya tak nampak diri saya bila saya bersama awak. Sebab… saya hanya nampak awak.
- Cintaku padamu bagaikan call center, selalu online sepanjang hari
Cubalah cara pujuk lelaki melalui SMS atau Whatsapp chat ini! Mana tahu berjaya dan cair habis ego lelaki tersebut. Apapun, jangan lupa simpan artikel ini untuk rujukan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Betulkah Lelaki Yang Ada Adik Beradik Perempuan Lebih Memahami? Ini 4 Sebabnya!
Baca juga: Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan
Baca juga: 6 Perkara Boleh Buat Kalau Nak Berjaya Pujuk Pasangan Yang Sedang Merajuk
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!