X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan

3 min bacaan
Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri AmalkanKibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan

Sunnah Nabi sebelum tidur adalah dengan mengibas tilam terlebih dahulu. Justeru ini sebab ia perlu diamalkan dalam rutin harian anda.

Kebiasaannya pada waktu malam sebelum tidur, apakah perkara yang anda selalu buat? Adakah anda seorang yang suka 'main terjun' atas tilam dan terus terlelap mata? Sebenarnya tahukah anda, terdapat amalan yang baik untuk dilakukan iaitu sunnah nabi sebelum tidur dengan mengibas tilam terlebih dahulu.

Menerusi artikel pada laman Sinar Islam Plus yang memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Irsyad Al-Fatwa Siri ke-429: Mengibas Tilam Sebelum Berbaring Di Atasnya, terdapat penjelasan lanjut terhadap adab dan sunnah nabi ini yang baik untuk diamalkan.

Apakah yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Hikmah kibas tilam, sunnah nabi sebelum tidur
  • Bacaan ketika mula mengibas

Hikmah kibas tilam, sunnah nabi sebelum tidur

sunnah nabi sebelum tidur

Berdasarkan penerangan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mengibas tempat tidur atau tilam dengan menggunakan kain atau apa sahaja yang sesuai adalah antara sunnah dan adab sebelum tidur diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya.

Justeru terdapat hikmah daripada amalan mengibas tilam ini.

1- Membersihkan tempat tidur daripada kotoran atau tanah dan habuk yang berkemungkinan berada di atasnya.

2- Menghalau haiwan dan serangga berbisa seperti kala jengking, labah-labah, hama dan seumpamanya, yang mungkin bersembunyi di atas tilam serta membahayakan orang yang akan tidur di atasnya.

3- Ketika mengibas bacalah ‘bismillah’ dan mohonlah kepada Allah SWT agar menjaga diri kita daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Bacaan ketika mula mengibas

sunnah nabi sebelum tidur

Seperti yang diajarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bacaan yang perlu dibaca saat mula hendak mengibas ialah dengan menyebut nama Allah iaitu Bismillah.

"Al-Mubarakfuri telah menukilkan pendapat Al-Munawi yang menyatakan sebab perlunya membaca basmalah kerana nama Allah SWT itu ibarat segel (kunci) bagi anak Adam" (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/184).

"Selain itu, membaca basmalah juga bererti kita mengharapkan perlindungan serta pertolongan daripada Allah SWT dalam apa jua perkara yang kita lakukan," demikian penerangan tersebut.

Selepas mengibas sebanyak tiga kali atau sehingga diyakini sudah tiada apa-apa kotoran atau serangga yang memudaratkan, barulah boleh berbaring. Kemudian, membaca doa sebelum tidur.

Kata Ibn Battal ketika mengulas bacaan doa sebelum tidur bahawa pada doa ini terdapat penyerahan dan pengakuannya kepada Allah SWT bahawa Dia jualah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan. (Lihat Syarah Sahih al-Bukhari, 10/88)

Jadi marilah kita bersama-sama mengerjakan amalan sunnah Nabi Muhammad SWT ini sekali gus dimanfaatkan bersama keluarga.

Sinar Islam Plus, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Makanan Sunnah Ini Baik Untuk Ibu Hamil & Kandungan, No #4 Paling Sedap!

Baca juga:  Senarai Amalan Ibu Mengandung Agar Janin Membesar Dengan Baik & Mudah Bersalin

Baca juga:  Amalan Hamil Rasulullah, Ibu Lakukan Ini Jika Mahu Anak Berbudi Pekerti & Cerdik

Stories Rakan Kongsi
Choline: the often-overlooked crucial nutrient for pregnant mums
Choline: the often-overlooked crucial nutrient for pregnant mums
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan
Kongsikan:
  • Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

    Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

  • Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

    Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

  • Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

    Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

app info
get app banner
  • Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

    Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

  • Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

    Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

  • Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

    Isteri Yang Miliki Suami Hensem Patut Bersyukur, Mereka Dikatakan Lebih Setia Pada Pasangan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.