Tengah berbadan dua ini rasa macam seronok pula berkebun. Lepas itu, letak pula racun serangga sebab nak jaga pokok yang ditanam itu supaya subur dan tumbuh sempurna. Penggunaan racun serangga bukan pada itu saja.
Anda juga gemar menggunakan racun serangga untuk menghapuskan lipas dan nyamuk di rumah. Ada spray yang wangi, taklah busuk sangat baunya.
Tapi, anda sedar tak ia membahayakan janin dalam kandungan?
Apa itu racun serangga?
Kredit: Cili Bangi
Racun serangga merupakan produk dari bahan kimia yang digunakan bagi mengawal dan memusahkan serangga perosak yang berbahaya dan mengganggu tumbesaran tanaman.
Lebih mengejutkan, semua orang berkemungkinan terdedah kepada racun serangga melalui tiga cara utama iaitu dihirup dari udara, serapan melalui kulit atau pengambilan dari mulut.
Racun serangga ini juga dikhabarkan boleh didapati di semua tempat seperti udara, tanah, air mahupun habuk.
Malah menurut kajian yang dibuat, ia mampu tersebar jauh dan mungkin dijumpai dalam makanan yang dimakan ibu hamil serta makanan yang diberi pada anak.
Kesan racun serangga ketika hamil
Banyak kajian yang dibuat mendedahkan racun perosak ini memberi kesan yang tak baik pada janin dalam kandungan terutama pada neurologi dan kognitif.
- Organofosfat dikaitkan dengan kelahiran pramatang, refleksi tubuh yang tak normal pada bayi dan perkembangan mental bayi yang lemah ketika umur 24 bulan.
- Pendedahan organoklorin pula meningkatkan risiko anak mengalami masalah tingkah laku yang dipanggil Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
- Terdedah pada pyrethroids menjejaskan IQ kanak-kanak seperti kesan plumbum.
- Manakala jika terdedah pada PCB (polychlorinated biphenyls) ia bertindak seperti estrogen yang menyebabkan kecelaruan sistem endokrin yang boleh menjejaskan perkembangan sistem pembiakan janin.
Namun begitu, ramai wanita hamil ini terdedah dengan racun perosak berpunca dari kawasan rumah kejiranan seperti kebun kecil, tanaman bunga atau tempat tinggal berdekatan dengan kawasan pertanian.
Bahkan, kajian yang dibuat di Amerika Syarikat mengatakan terdapat 3 daripada 4 orang wanita terdedah kepada racun ini sekitar rumah mereka sendiri.
Jika ibu hamil terdedah dengan racun serangga ini, janin mungkin mengalami risiko sederhana terhadap mulut sumbing, kecacatan tiub saraf, kecacatan jantung dan anggota badan.
Begitu juga wanita yang tinggal dalam jarak 400 meter dari kawasan pertanian berisiko mengalami kecacatan tiub saraf janin.
Selain itu, kanak-kanak yang terdedah dengan racun serangga dalam rumah pula berisiko menghidap leukemia, laporan dari Enviromental Health Perspective Journal (EHP).
EHP turut melaporkan risiko kepada janin meningkat semasa tiga bulan pertama kehamilan jika ia digunakan di dalam rumah.
Cara kurangkan pendedahan racun serangga
Kredit: Hello Sehat
Jika boleh, elakkan racun kimia ini sepanjang kehamilan terutama ketika trimester pertama semasa perkembangan sistem saraf bayi.
- Jangan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi tinggi racun serangga. Pilih yang organik lebih bagus dan terbaik.
- Memilih buah dan sayur yang rendah bahan kimia
- Elakkan guna racun perosak dalam rumah. Cuba kawal serangga dengan bahan semulajadi.
Panduan menggunakan perosak kimia
- Biarkan orang lain yang sembur dan minimumkan sedutan atau sentuhan kulit.
- Tinggalkan kawasan berkenaan mengikut waktu yang disarankan.
- Keluarkan makanan, pinggan dan perkakas dari tempat tersebut sebelum guna racun bunuh serangga.
- Menyuruh suami atau orang lain membasuh tempat penyediaan makanan selepas menggunakan racun perosak.
- Buka tingkap atau pintu supaya udara masuk selepas menggunakannya.
- Pakai sarung tangan dan pakaian perlindungan apabila berkebun supaya dapat mengelakkan sentuhan dengan tumbuhan yang mempunyai bahan kimia merbahaya.
Justeru, sedikit penerangan ini diharap membantu para ibu supaya lebih berhati-hati. Jika boleh mengelak dari menggunakan sebarang bahan perosak yang boleh memberi kesan negatif terhadap kandungan.
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama teman anda yang lain. Sebarkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan
Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook
Baca juga:
https://my.theasianparent.combarang-dapur-bahaya-untuk-keluarga/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!