X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Guna sabun pembersih rumah sama seperti merokok 20 batang rokok setiap hari! -Kajian

4 min bacaan
Guna sabun pembersih rumah sama seperti merokok 20 batang rokok setiap hari! -Kajian

Kajian baru menunjukkan penggunaan sabun pembersih rumah boleh memberi kesan yang sama dengan merokok satu pek rokok sehari! Baca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ini.

Ibu-ibu, tahukah anda menggunakan sabun pembersih rumah yang kuat boleh memudaratkan? Ya! Produk-produk ini kita pakai setiap hari untuk memastikan rumah nampak bersih, kemas, dan bebas kuman.

Apabila rumah nampak putih bersih, kita lupa pula sabun pembersih rumah yang kita guna setiap hari itu dibuat daripada bahan-bahan kimia yang kuat juga!

Kini kajian baru membuktikan sabun pembersih rumah buatan kimia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.

Malah penyelidik mendapati kesan toksiknya hampir sama seperti merokok 2o batang rokok sehari bermaksud paru-paru anda berpeluang untuk rosak! Alamak!

bahan kimia, sabun pembersih rumah, pencuci semulajadi, ubat pembersih rumah, bahan cuci

Apabila menggunakan sabun pembersih rumah setiap hari, ini boleh merosakkan paru-paru anda! Sumber gambar: Wikimedia Commons

Bahayanya sabun pembersih rumah

Para saintis dari Universiti Bergen di Norway telah menjalankan kajian untuk mengetahui kesan jangka panjang sabun pembersih rumah. Sebanyak 6,000 wanita, dengan purata usia 34 tahun, yang telah menggunakan sabun pembersih rumah sekurang-kurangnya 20 tahun telah dikaji.

Mereka mendapati fungsi paru-paru wanita ini sama seperti perokok yang merokok satu pek rokok setiap hari!

Dr Cecile Svanes, salah seorang dari pengarang kajian itu, berkata, “Walaupun kesan jangka pendek penggunaan sabun pembersih rumah buatan kimia ke atas asma sudah banyak didokumenkan, kami masih kurang faham tentang kesan jangka panjangnya.“

“Kami khuatir walaupun kita hanya menghidu sedikit bahan kimia setiap hari,  lama-kelamaan perbuatan ini mungkin boleh mempercepatkan kadar penurunan fungsi paru-paru apabila kita semakin tua,” tambahnya.

Saintis juga mendapati wanita yang kerap guna sabun pembersih rumah bahan kimia lebih senang mendapat asma! Produk yang sama juga ada kesan negatif ke atas keupayaan paru-paru mereka.

“Bayangkan, anda sebenarnya sedang menghidu bahan-bahan kimia kuat yang fungsinya untuk membersihkan lantai dan bukan paru-paru anda. Memang tidak mustahil kalau keadaan paru-paru bertambah teruk!“

Apa alternatif yang lebih selamat untuk mengganti sabun pembersih rumah?

bahan kimia, sabun pembersih rumah, pencuci semulajadi, ubat pembersih rumah, bahan cuci

Gunalah alternatif yang lebih selamat untuk mengelak dari terhidu bahan-bahan kimia

Para saintis mengesyorkan ibu-ibu hanya menggunakan air dan kain microfiber saja dari menggunakan bahan-bahan kimia.

Bahan pembersih rumah organik dan bebas kimia juga sangat mahal. Tapi membersihkan rumah dengan bahan-bahan selamat ada caranya. Mereka tidak hanya murah, malah berkesan!

Antaranya seperti bahan:

  • Larutan cuka putih dan air dalam botol semburan adalah pembersih serba guna yang baik untuk rumah . Ia sangat berkesan untuk kotoran berminyak dan membersih kesan kulat yang suka tumbuh di bilik mandi.
  • Ramai ibu-ibu kini tahu kebaikan baking soda apabila membersihkan rumah. Ia bukan saja penyerap bau busuk semulajadi, malah ia juga berkesan apabila digunakan untuk menanggalkan kotoran degil. 
  • Jus lemon. Selain berbau harum, jus lemon juga pembasmi kuman semulajadi. Ia selamat dan boleh digunakan untuk mensterilkan papan pemotong! Anda hanya perlu potong setengah sebiji lemon, kemudian gosokkannya pada permukaan papan. Setelah selesai, bilas dengan air panas.
  • Alkohol Isopropil. Walaupun alkohol isopropil bukan pembersih serba guna, ia adalah pembasmi kuman yang hebat! Gunakannya untuk mengelap telefon bimbit, tombol pintu, suis, papan kekunci komputer, atau mana-mana permukaan lain yang selalu disentuh.
  • Minyak mineral. Minyak mineral adalah alternatif yang murah dan bebas kimia untuk memastikan perabot anda dalam keadaan baik dan berkilat. Anda juga boleh tambahkan beberapa titis jus lemon ataupun minyak pati/essential oil untuk memberikannya bau yang menyenangkan!
  • Ubat gigi. Ubat gigi sangat berkesan untuk kusam yang selalu ada pada barang-barang yang diperbuat dari perak. Ia juga alternatif yang baik untuk mengeluarkan kesan air pada perabot kayu!

Jadi kurangkanlah menggunakan sabun pembersih rumah yang dibuat dari bahan-bahan kimia yang kuat. Gunakan alternatif yang murah lagi selamat untuk seisi keluarga!

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Newsweek

Sumber gambar dari: Wikimedia Commons, publicdomainpictures.net

Baca juga:

Rumah Yang Terlalu Bersih Punca Anda Sekeluarga Selalu Sakit

Stories Rakan Kongsi
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Guna sabun pembersih rumah sama seperti merokok 20 batang rokok setiap hari! -Kajian
Kongsikan:
  • Kenapa Penting Parents Ajar Anak Tiup Buih Sabun/Bersiul? Juruterapi Ini Terangkan Sebabnya

    Kenapa Penting Parents Ajar Anak Tiup Buih Sabun/Bersiul? Juruterapi Ini Terangkan Sebabnya

  • Anda Guna Candy Detergent Di Rumah? Hati-Hati, Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk!

    Anda Guna Candy Detergent Di Rumah? Hati-Hati, Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 8 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 8 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kenapa Penting Parents Ajar Anak Tiup Buih Sabun/Bersiul? Juruterapi Ini Terangkan Sebabnya

    Kenapa Penting Parents Ajar Anak Tiup Buih Sabun/Bersiul? Juruterapi Ini Terangkan Sebabnya

  • Anda Guna Candy Detergent Di Rumah? Hati-Hati, Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk!

    Anda Guna Candy Detergent Di Rumah? Hati-Hati, Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 8 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 8 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.