Senarai Amalan Ibu Mengandung Agar Janin Membesar Dengan Baik & Mudah Bersalin

Senarai Amalan Ibu Mengandung Agar Janin Membesar Dengan Baik & Mudah Bersalin

Amalan ibu mengandung sangat penting merangsang perkembangan janin agar membesar dengan sihat dan memudahkan proses bersalin. Tips ini mungkin membantu!

Setiap pasangan suami isteri pastinya ternanti-nantikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga. Bagi anda yang baru pertama kali dikurniakan zuriat, beberapa amalan ibu mengandung ini perlu dipraktikkan dalam seharian agar anak membesar dengan sihat dan bijak.

Semestinya kedatangaan orang baru dalam keluarga ini memberikan pelbagai perasaan teruja, bersyukur dan gembira. Mungkin sahaja bagi sesetengah ibu hamil, anda akan mengalami fasa perubahan emosi dan fizikal disebabkan hormon tidak stabil.

Senarai amalan ibu mengandung menurut ajaran Islam

amalan ibu hamil credit to sources

#1. Bersyukur di atas setiap rezeki dan ujian

Memandangkan perjalanan kehamilan tidak semudah yang anda sangkakan, tetaplah bersyukur kepada Allah kerana diberi nikmat zuriat. Kebanyakan wanita mengakui bahawa akan datang ujian berbeza bagi setiap anak seperti susah tidur malam, sakit-sakit badan, pening kepala dan loya.

Menurut surah Luqman, ayat 14:

''...ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)...''

Dalam hal ini walaupun terpaksa berdepan pelbagai kesukaran, sentiasa meningatkan diri bahawa Allah tidak pernah membebankan hambaNya melebihi kemampuan anda. 

Allah juga menitipkan hikmah dan kebaikan yang setiap manusia sendiri tidak mengetahuinya. Jadi sentiasa bersyukur dan bersabarlah kerana Allah mempunyai perancangan lebih baik berbanding hambaNya.

#2. Tidak terlalu menunjuk di media sosial

Memandangkan segala kenangan manis kini sering dikongsikan dalam media sosial, ibu-ibu perlu elak memuat naik gambar imbasan bayi, menunjukkan baby bump dan menulis caption dengan tujuan menghebahkan kehamilan anda secara keterlaluan.

Sebenarnya ramai tidak tahu bahawa maksud janin berasal dari perkataan Arab iaitu 'perkara yang tersembunyi'. Jadi anda perlu menyembunyikannya kerana risau mengundang fitnah atau penyakit 'ain.

Menurut Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, penyakit 'ain atau penyakit mata adalah sesuatu menyerupai hasad dengki, di mana dari Aisyah r.a Rasulullah S.A.W bersabda:

amalan ketika hamil

Maksudnya: Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari 'ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar) (HR Ibnu Majah).

#3. Menjadikan solat sebagai meditasi

amalan ketika mengandung credit to sources

Ketika tempoh mengandung, setiap ibu amat disarankan untuk kekal aktif dan melakukan senaman ringan di rumah.

Bagi ibu bekerjaya, anda mungkin lebih cenderung berasa tertekan dengan kerja. Dalam hal ini, meditasi atau senaman pernafasan turut dianjurkan. Sebenarnya solat adalah gabungan kedua-dua senaman dan meditasi melalui pergerakan serta luahan masalah kepada Allah S.W.T.

Selain itu, senaman lantai yang diamalkan oleh orang Barat turut mengakui bahawa posisi tubuh dalam keadaan sujud dapat membantu ibu hamil supaya mudah bersalin.

#4. Menjaga pemakanan sihat

Islam adalah agama yang sangat mengutamakan perkara-perkara baik. Selain melakukan ibadah, anda turut diajar tentang tabiat pemakanan seimbang dan tidak diambil secara berlebihan.

Manakala rahsia generasi Yahudi dikatakan bijak disebabkan amalan ibu mengandung dipraktiskan mereka melalui pemakanan seperti:

  • Gemar memakan kacang badam atau almond
  • Makan kurma bersama susu
  • Ikan tanpa kepala (dipercayai bahan kimia boleh merosakkan perkembangan otak)
  • Salad digaul bersama pelbagai jenis kacang
  • Pengambilan pil minyak ikan
  • Makan buah-buahan dahulu sebelum nasi (bagi mengelakkan rasa mengantuk dan lemah memahami sesuatu perkara)

Ibu hamil juga boleh mengamalkan pemakanan sunnah seperti madu, delima, kurma dan buah tin seperti yang disebutkan di dalam al-quran dan hadis kerana ia adalah golongan superfood tinggi khasiat.

#5. Mendalami ilmu dan sentiasa berzikir

amalan ibu mengandung credit to sources

Peranan ilmu adalah sangat penting agar ibu ayah menjadi contoh yang baik bagi anak-anak. Justeru, sentiasalah melengkapkan diri dengan ilmu agama dan keibubapaan dengan menghadiri majlis ilmu, perkongsian di internet atau media sosial atau melalui majalah.

Apabila memasuki trimester kedua, bayi dalam kandungan memiliki kebolehan untuk mendengar. Menurut hadis, roh sudah ditiupkan ke dalam kandungan anda. perkembangannya. 

Justeru pakar menyarankan ibu ayah untuk sering bercakap dengan bayi dan membacakan ayat suci al-quran bagi merangsang perkembangan janin serta memberikan kekuatan kepada diri.

Bukan itu sahaja, ibu juga digalakkan untuk mengamalkan beberapa zikir mudah dan senang diingat. Antara yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Fatimah RA yang mengadu kepenatan melakukan kerja harian iaitu:

Rasulullah bersabda, ''Takutlah akan Allah, hai Fatimah. Bertaqwalah dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja rumah tanggamu. Sewaktu hendak tidur, ucapkanlah 

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 34 kali

Dengan ini akan engkau dapati lebih berguna dari seorang pembantu.''

Sumber: The Zuriat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner