TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tiada Makna Suami Kacak Jika Berat Tulang, Romantik Lepas Kahwin Bila Sama-Sama Buat & Jaga!

3 min bacaan
Tiada Makna Suami Kacak Jika Berat Tulang, Romantik Lepas Kahwin Bila Sama-Sama Buat & Jaga!

Lelaki kacak tiada makna kalau lepas kahwin semua isteri urus seorang diri. Rupa paras tampan tidak menjaminkan kebahagiaan rumah tangga

Rupa paras lelaki kacak tidak lagi membawa makna jika tidak tahu urus dan bantu isteri dalam setiap urusan dalam rumahtangga. Dalam sebuah perkahwinan, komitmen antara kedua-dua pihak amatlah diperlukan.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Lelaki kacak tak bermakna kalau berat tulang.
  • Makna romantik sebenar dalam perkahwinan.

Lelaki kacak tak bermakna kalau berat tulang

lelaki kacak berat tulang

Menurut Azila Mohd Kasim, melalui hasil perkongsiannya di laman Facebook, 

“Cantik atau hensem dah tak bermakna kalau pasangan jenis berat tulang. 

Lapar perut anak-anak, lapar perut sendiri kalau dapat isteri yang malas masak.

Melainkan dapat suami raja, boleh bagi kemewahan, boleh bagi pembantu rumah dan sebagainya.

Carilah pasangan yang beragama dan ringan tulang. Caranya? Masa mula-mula kenal tanyakan dulu… dia tolong maknya buat kerja rumah apa?

Kalau yang perempuan, tak masuk dapur tolong mak.. so jangan berharap dia reti masak. Melainkan memang dia nak belajar.

Begitu juga kaum lelaki. Kalau dah terbiasa bantu ibunya buat kerja rumah… InsyaAllah dia rajin bantu pasangannya setelah kahwin.

Sebab itu mak-mak zaman sekarang… wajib ajar anak lelaki buat kerja rumah.

Hapuskan budaya kerja rumah hanya tugas isteri.

Sekian, semoga bermanfaat.” Akhirinya.

Makna romantik sebenar dalam perkahwinan

lelaki romantik

Tak dinafikan, hidup berumahtangga ini banyak liku-likunya. Pelbagai ujian yang datang silih-berganti. Namun itu bukan alasan untuk kita berhenti berusaha membahagiakan antara satu sama lain.

Salah satu caranya adalah dengan bersikap romantik. Romantik bukan hanya terletak pada ucapan, tapi boleh juga  dizahirkan melalui perbuatan. Mungkin lain persepsinya pada pandangan orang luar tetapi tidak buat seorang isteri yang lebih mengetahui makna sebenar romantik apabila suami melakukan hal-hal ini:

  1. Rajin tolong dalam pelbagai perkara tanpa disuruh atau banyak soal dan tanpa sebarang rungutan.
  2. Selalu beri duit belanja rumah, malah lebih dari perbelanjaan yang sepatutnya.
  3. Sentiasa sabar melayani karenah dan selalu memenuhi keinginan isteri.
  4. Selalu lakukan pengorbanan dengan menunaikan kemahuan isteri melebihi keperluan diri sendiri. Dia langsung tidak kisah jika perlu menggunakan benda-benda lama.
  5. Tak pernah soal atau bantah bila isteri minta order barang di platform internet, atau apa sahaja asalkan isteri happy. Malah di tanya lagi sama ada ianya cukup atau tidak.
  6. Sanggup pergi ke mana-mana hanya menggunakan motosikal dan kereta pula diberikan kepada isteri.
  7. Langsung tak kisah isteri semakin gemuk.
  8. Bantu dalam urusan penjagaan anak. 

Sebenarnya rupa paras yang kacak dan cantik itu hanyalah satu bonus dan ianya tidak memberi makna yang besar dalam rumahtangga, yang kekalnya adalah hubungan yang sentiasa dilandasi sikap dan usaha tanpa henti bagi memastikan hubungan yang terbina sentiasa kekal berjaya.

Azila Mohd Kasim

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  5 langkah mengajak suami bantu isteri dengan kerja rumah dan jaga anak

Baca juga: 5 cara bagaimana suami boleh bantu isteri tambah susu badan, jom bantu isteri!

Baca juga:  Pengakuan Suami Yang Membuka Mata: “Aku Tidak Membantu Isteriku”

 

Stories Rakan Kongsi
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Signs of A Weakened Immune System in Children
Signs of A Weakened Immune System in Children
What Is Your Money Parenting Style?
What Is Your Money Parenting Style?
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Tiada Makna Suami Kacak Jika Berat Tulang, Romantik Lepas Kahwin Bila Sama-Sama Buat & Jaga!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham