X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 cara bagaimana suami boleh bantu isteri tambah susu badan, jom bantu isteri!

3 min bacaan
5 cara bagaimana suami boleh bantu isteri tambah susu badan, jom bantu isteri!

Adakah anda tahu yang bantuan suami boleh melancarkan susu badan? Ini antara 5 cara yang suami boleh buat untuk melancarkan susu ibu.

Sudah tentu ramai suami yang banyak membantu isteri untuk menjaga anak, seperti mandikan anak, tukar lampin, dan tidurkan anak, kan? Tapi adakah anda tahu yang suami juga boleh bantu melancarkan susu badan?

Ha! Macam mana itu?

Hari ini, kami bawakan kepada anda 5 cara bagaimana suami pun boleh membantu melancarkan susu badan ibu. Kalau suami anda tak buat 5 benda ini, bolehlah anda tag dia sekarang.

Sama-sama kalian belajar untuk jadi suami isteri dan ibu bapa terbaik untuk anak kalian.

5 cara suami boleh bantu untuk melancarkan susu badan isteri

1. Buat sesuatu yang sweet

melancarkan susu badan, bantuan suami boleh melancarkan susu isteri, lancarkan susu badan, tambah susu badan, tip tambah susu badan, suami bantu isteri

Bantuan suami boleh melancarkan susu. Ia boleh dilakukan dengan cara membisikkan kata-kata cinta pada isteri dan membelai isteri.

Ini akan merangsang aliran susu untuk lebih banyak dan lancar.

Ketika isteri sedang menyusukan bayi, suami juga boleh membantu dengan menolong mengambilkan minuman pada isteri.

Ini kerana ketika menyusu, kita akan cepat haus. Jika suami hendaklah bawakan makanan pun sudah cukup. Cara lain yang boleh dilakukan ialah dengan membantu isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah

2. Memastikan isteri berada dalam posisi yang selesa

Suami juga boleh memastikan isteri menyusukan anak dalam posisi yang betul supaya mereka tidak keletihan. Pastikan mereka berada dalam posisi yang relaks supaya susu keluar dengan lancar.

Pastikan juga isteri anda itu bersandar semasa menyusu dan kaki mereka tidak tergantung supaya tidak penat. Juga, sarankan pada isteri untuk baring ketika menyusu jika terlampau penat.

3. Memberi urutan oksitosin

melancarkan susu badan, bantuan suami boleh melancarkan susu isteri, lancarkan susu badan, tambah susu badan, tip tambah susu badan, suami bantu isteri

Apabila anak sedang tidur atau dijaga oleh orang lain, isteri sudah tentu mahu badan mereka diurut. Urutan oksitosin ini dapat membantu melancarkan susu badan.

Caranya, isteri duduk di kerusi dan suami memicit bahagian bawah tengkuk dan terus ke bawah hingga ke punggung sejajar dengan puting. Urutan ini perlu dilakukan dengan perlahan, bergerak ke kanan dan ke kiri dan berputar-putar.

Berapa lama urutan yang ingin dibuat adalah terpulang pada anda dan jika anda selalu mendapat urutan ini, susu akan mudah mengalir.

4. Tenangkan isteri

Untuk melancarkan pengeluaran susu, ibu perlu berada dalam keadaan tenang dan tidak stress. 

Oleh itu, suami memainkan peranan penting untuk menenangkan isteri dan memberi sokongan pada isteri. Ini juga penting untuk mengelakkan isteri dari mendapat pospartum depresi.

5. Bangun malam

melancarkan susu badan, bantuan suami boleh melancarkan susu isteri, lancarkan susu badan, tambah susu badan, tip tambah susu badan, suami bantu isteri

Bayi yang baru lahir memang sering terjaga malam. Jika isteri perlu berjaga untuk menyusukan anak, apa salahnya kalau suami juga turut berjaga dan teman isteri.

Pasti mereka sukakan perhatian yang diberikan oleh suami. Kalau isteri rasa gembira, susu pun akan menjadi lebih lancar.

Kalau suami anda tidak membantu, anda bolehlah tag suami sekarang. Selepas ini mereka pasti faham bagaimana bantuan mereka juga boleh melancarkan susu badan ibu.

Sama-samalah kalian berganding bahu untuk menggalas tanggungjawab menjadi ibu baru ini. Kami di theAsianparent Malaysia berharap agar anda berjaya!

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenambahkan-susu-badan-sup

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • 5 cara bagaimana suami boleh bantu isteri tambah susu badan, jom bantu isteri!
Kongsikan:
  • Apa resipi sup tambah susu badan yang terbukti berkesan dan anda patut cuba ini?

    Apa resipi sup tambah susu badan yang terbukti berkesan dan anda patut cuba ini?

  • Tambah & Lancar Susu Badan Ibu Dengan Urutan Payudara Oketani, Ibu Menyusu Boleh Cuba Ya!

    Tambah & Lancar Susu Badan Ibu Dengan Urutan Payudara Oketani, Ibu Menyusu Boleh Cuba Ya!

  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.