X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ramai Pasangan Tidak Tahan Dengan Ujian Rumah Tangga, Pilih Bercerai Di Usia Muda

4 min bacaan
Ramai Pasangan Tidak Tahan Dengan Ujian Rumah Tangga, Pilih Bercerai Di Usia MudaRamai Pasangan Tidak Tahan Dengan Ujian Rumah Tangga, Pilih Bercerai Di Usia Muda

Perceraian rumah tangga semakin kerap berlaku dalam kalangan suami isteri. Tahukah anda ia boleh memberikan kesan mendalam terhadap emosi anak

Isu tentang broken home dan perceraian rumah tangga sebenarnya boleh menyebabkan seorang anak trauma untuk berkahwin apabila dia menjejak usia dewasa nanti. Hal ini kerana dia rasa takut jika apa yang terjadi pada keluarganya sebelum ini, akan berulang pada rumahtangganya sendiri.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Keruntuhan dan perceraian rumah tangga banyak meninggalkan kesan buruk
  • Punca perceraian rumah tangga dalam kalangan suami isteri
  • Cara untuk mengembalikan kemesraan dalam hubungan suami isteri

Oleh sebab itu, ibu dan bapa perlulah lebih bijak dalam menangani masalah rumahtangga walaupun anda dan pasangan sering kali bercanggah pendapat.

Keruntuhan dan perceraian rumah tangga banyak meninggalkan kesan buruk

perceraian rumahtangga

Pertama sekali, sekiranya anda dan pasangan tidak dapat mencapai kata persetujuan, seboleh-bolehnya anda harus cuba elak bertengkar di hadapan anak-anak. Ini kerana emosi anak-anak lebih terdedah dan sekaligus mereka juga akan berasa sedih dan dipinggir. 

Jangan sesekali angkat tangan dan memukul pasangan lagi-lagi di hadapan anak-anak. Setiap kelakuan anda akan menjadi teladan buat mereka.

Jika anak melihat anda memukul pasangan, mereka juga rasa ini adalah kelakuan normal dan akan mula memukul rakan-rakan mahupun adik-beradik sendiri tanpa mengetahui mengapa kelakuan ini terjadi.

Ibu bapa patut menunjukkan contoh yang baik dengan memberi kasih sayang dan meluangkan masa yang cukup kepada anak.

Jika alam rumahtangga anda dalam goyah, ambil peluang ini untuk bertenang terlebih dahulu. Jangan buat keputusan terburu-buru, sesal di masa hadapan muncul padahnya.

Anda dan pasangan harus berbincang antara satu sama lain bukannya bertindak secara terburu-buru dan membuat keputusan yang akan disesali.

Punca perceraian rumah tangga dalam kalangan suami isteri

suami isteri bercerai

Di Malaysia sebagai contoh, timbul banyak kes perceraian antara pasangan muda kerana sebab-sebab berbeza. Namun kes perceraian menjadi semakin bertambah akibat COVID-19.

Ada pasangan yang kehilangan kerja yang menyebabkan masalah kewangan. Situasi ini bertambah buruk apabila duit tidak cukup untuk membeli makanan, susu anak dan lain-lain lagi lantas mencetus kemelut rumahtangga.

Ketidaksefahaman dalam hubungan juga menyebabkan ramai pasangan memilih untuk berpisah dan bercerai. Sememangnya situasi sekarang mencipta tekanan tinggi buat semua orang lagi-lagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Cara untuk mengembalikan kemesraan dalam hubungan suami isteri

Antara perkara yang paling penting setiap pasangan harus cuba ialah perlu lebih bersabar. Sekiranya anda dapat mengawal perasaan marah dengan baik, situasi tegang di rumah pun dapat diselesaikan dengan cara baik.

Pasangan suami isteri juga perlu saling bertolak ansur dalam hubungan. Ada hari si dia akan murung dan sedih, ada pula hari dia akan gembira dan ceria.

Jangan pentingkan diri sendiri dan hanya berada di sisinya apabila dia gembira. Anda juga harus berada di sisinya apabila dia berduka.

Selain itu, tidak salah pun jika sekali sekala anda menanya khabar pasangan. Ya benar, lagi-lagi si isteri suka sangat pendam perasaan. Namun anda jugak harus bijak bertanya pada mereka apa yang menganggu fikiran mereka.

Malah, jika berkemampuan tidak salah untuk memberikan hadiah kepada pasangan. Biarlah mereka rasa dihargai.

Yang paling penting, kita perlu menjaga emosi apabila marah. Cuba bertenang dan elak daripada meluahkan kata-kata pedas yang boleh menyebabkan semua sakit hati dan akhirnya bercerai.

Perceraian rumahtangga ini boleh menyebabkan duka pada anak-anak juga.

Oleh sebab itu, amat penting untuk kita mula memulihkan diri sendiri terlebih dahulu dan cuba jangan terlalu memikirkan kisah lalu. Jika berterusan, nanti boleh menjadi depresi dan tekanan.

Sekiranya anda dan pasangan masih belum dapat capai kata seputus, dicadangkan untuk bertemu kaunseling. Jangan lupa juga untuk menjaga solat kerana dengan itu kita akan sentiasa rasa gembira.

Ramai Pasangan Tidak Tahan Dengan Ujian Rumah Tangga, Pilih Bercerai Di Usia Muda

Artikel ini ditulis oleh Florina Angela untuk theAsianparent Malaysia yang merupakan seorang suri rumah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ini Ikhtiar Hamil Dengan Mendapatkan Rawatan Akupuntur, Adakah Ia Berkesan?

Baca juga: Ibu Ini Dihalau Dari Hospital Kerana Menyusu Badan, Dikatakan Terlalu Seksi Buat Orang Tak Selesa

Baca juga: Ingatkan Suami Sibuk Bekerja, Hancur Hati Isteri Dapat Tahu Suami Nikah Lagi Hanya Melalui IG!

Stories Rakan Kongsi
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
Rebut 10 Tawaran Terhebat Di Tesco Baby Fair 2020
Rebut 10 Tawaran Terhebat Di Tesco Baby Fair 2020
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
How to Teach Your Child Good Eating Habits - So They Can Reach Their Optimal Growth!
How to Teach Your Child Good Eating Habits - So They Can Reach Their Optimal Growth!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Ramai Pasangan Tidak Tahan Dengan Ujian Rumah Tangga, Pilih Bercerai Di Usia Muda
Kongsikan:
  • Hamil Tapi Kerap Bernafsu Terhadap Suami, Adakah Seks Ibu Mengandung Selamat Untuk Bayi?

    Hamil Tapi Kerap Bernafsu Terhadap Suami, Adakah Seks Ibu Mengandung Selamat Untuk Bayi?

  • Kerana Sayang, Ramai Isteri Sanggup Bertahan Dalam Luka Walaupun Diganggu Orang Ketiga

    Kerana Sayang, Ramai Isteri Sanggup Bertahan Dalam Luka Walaupun Diganggu Orang Ketiga

  • Kajian Mendapati Telinga Lelaki Pekak Sebelah, Hanya Fokus Pada Apa Yang Mata Lihat

    Kajian Mendapati Telinga Lelaki Pekak Sebelah, Hanya Fokus Pada Apa Yang Mata Lihat

app info
get app banner
  • Hamil Tapi Kerap Bernafsu Terhadap Suami, Adakah Seks Ibu Mengandung Selamat Untuk Bayi?

    Hamil Tapi Kerap Bernafsu Terhadap Suami, Adakah Seks Ibu Mengandung Selamat Untuk Bayi?

  • Kerana Sayang, Ramai Isteri Sanggup Bertahan Dalam Luka Walaupun Diganggu Orang Ketiga

    Kerana Sayang, Ramai Isteri Sanggup Bertahan Dalam Luka Walaupun Diganggu Orang Ketiga

  • Kajian Mendapati Telinga Lelaki Pekak Sebelah, Hanya Fokus Pada Apa Yang Mata Lihat

    Kajian Mendapati Telinga Lelaki Pekak Sebelah, Hanya Fokus Pada Apa Yang Mata Lihat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.