X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

6 Kesilapan Ibu Ayah Tanpa Sedar Buat Anak Trauma! Jom Hentikan, #5 Paling Biasa Kita Buatkan?

4 min bacaan
6 Kesilapan Ibu Ayah Tanpa Sedar Buat Anak Trauma! Jom Hentikan, #5 Paling Biasa Kita Buatkan?

Trauma yang terjadi pada anak tidak lain tidak bukan mungkin berpunca daripada ibu bapa sendiri. Tak percaya? Cuba baca apa yang kami kongsikan.

Tanpa sedar, perbuatan ibu bapa sendiri yang menyebabkan anak jadi trauma, penakut malah tidak yakin pada diri sendiri yang meninggalkan kesan hingga mereka dewasa.

Kadang kala kita sebagai ibu bapa tidak perasan, apa yang kita lakukan sebenarnya meninggalkan kesan besar pada anak-anak hingga mereka dewasa.

Jangan sampai disebabkan kita, anak dalam keadaan trauma yang makin teruk dan menjejaskan perkembangan anak. Kasihanilah mereka, ini amanah yang diberikan Tuhan untuk kita jaga.

Trauma anak banyak disebabkan perbuatan ibu bapa

trauma

Kredit: klikdokter

Adakah anda perasan, kadang kala ada orang dewasa yang amat tidak yakin pada dirinya. Mereka sering rasa rendah diri walaupun mereka sebenarnya bagus.

Ini mungkin ada kaitannya dengan cara dia dibesarkan sejak kecil. Jom kita lihat, apakah perbuatan ibu bapa yang sering kita buat tapi tidak sedar ia akan meninggalkan kesan trauma pada anak kecil kita.

#1. Marah anak depan orang

Jangan rasa hebat ya jika anak boleh diam bila kita marah dia di depan orang ramai. Ini akan beri kesan buruk dan trauma kepada anak anda.

Cuba letakkan diri kita di tempat anak. Kita juga tidak mahu dimarahi di depan orang ramai. Jangan ingat anak kecil mereka tiada perasaan. Anak kecil ini paling mudah menyerap aura sama ada negatif atau positif di sekelilingnya.

Jika ada marah dia di depan orang ramai, boleh jadi buat mereka trauma dan jadi memberontak. Jika dia buat perangai di depan orang ramai, cuba bersabar dan tarik anak anda ke tempat yang tiada orang jika mahu menegurnya di situ.

#2. Membanding-banding

Perasan atau tidak, ada kawan-kawan kita yang hingga sudah besar pun mereka tidak yakin untuk berbicara dengan orang. Ini mungkin kesan daripada dia sering dibanding-bandingkan sejak kecil.

Jadi dia sering merasa rendah diri dan rasa dirinya tidak istimewa. Setiap anak ada kelebihan, jadi jangan banding-bandingkan mereka. Mereka ada manusia unik yang perlu anda raikan.

Jika kurang dari segi akademik, mungkin mereka hebat dalam seni. Jadi raikan kelebihan mereka. Buang cepat ya jika anda ada perangai suka membanding-bandingkan anak.

#3. Ego, sukar minta maaf atau mengaku salah

trauma

Kredit: fidokids

Kita ibu bapa tidak selalunya betul. Cuba dengar apa isi hati anak. Jika anda buat salah, lapangkan hati minta maaf pada anak. Ini akan ajar anak bahawa minta maaf  itu bukan sesuatu yang memalukan.

Ini akan memberi gambaran kepada mereka untuk akui kesalahan jika mereka melakukannya. 

#4. Memanggil dengan sebutan tidak baik

Kadang kala bila marah, ada juga ibu yang suka terlepas cakap. Jangan lupa ya, doa ibu doa paling mustajab. Ada ibu yang jika marah anak terlompat-lompat akan keluarkan perkataan ‘kenapa melompat-lompat macam beruk ni, tak reti duduk diam ke?’ Anda pernah dengar kan?

Memang fitrah anak kecil mereka sentiasa aktif. Jangan elakkan guna perkataan yang bermaksud tidak baik berkaitan perilaku anak.

Tegur mereka dengan cara berhemah kerana ini akan turut mengajar mereka cara berkomunikasi dengan baik walaupun dalam keadaan marah.

#5. Kata anak tidak pantas, lembab

Bila suruh kemas, anak tak buat segera, Kita pun marah kata mereka lembab atau tidak pantas. Atau mereka dah kemas tetapi lambat. Mainan dimasukkan sedikit demi sedikit. Kita pula naik angin sebab semuanya nak cepat.

Ini kita rasa biasa kan? Sebenarnya boleh buat anak trauma. Nanti segala benda dia nak buat dengan cepat hingga boleh menyebabkan mereka cuai dan undang kemalangan.

Setiap orang ada fasa masing-masing, jangan paksa anak anda buat semuanya dengan cepat. Ada caranya untuk ajar mereka untuk menjadi efisyen. Jangan kata mereka lembab dan sebagainya. 

#6. Tidak mampu jadi contoh yang baik

trauma

Kredit: siraplimau

Suruh anak bangun awal, tetapi ibu bapa bangun lambat. Suruh anak baca buku, tetapi ibu bapa leka dengan telefon bimbit dan sebagainya.

Kita adalah role model terbaik untuk anak. Jadi berusahalah jadi contoh ikutan terbaik untuk anak. Kesianlah pada anak, kitalah contoh paling dekat untuk mereka ikuti. Goodluck parents!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: tirto.id

Kredit: orami

Baca juga: 10 kesilapan ibu bapa selalu buat yang menyebabkan anak jadi nakal

Baca juga: 10 Perangai Anak Yang Ibu Bapa Sangka Nakal Namun Sebenarnya Tidak

Baca juga: Anak anda sekejap nakal sekejap tidak? Dia sebenarnya mungkin tengah stress!

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 6 Kesilapan Ibu Ayah Tanpa Sedar Buat Anak Trauma! Jom Hentikan, #5 Paling Biasa Kita Buatkan?
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham