Anak nakal sangat di sekolah atau tempat mengasuh
Pernah atau tidak, anda ditegur oleh guru atau penjaga tentang anak anda yang terlebih nakal? Anak nakal biasanya tidak mahu mendengar arahan dan bermasam muka.
Tapi perangai anak anda di rumah lain pula. Mereka jarang nakal dan sangat mendengar kata. Macam mana ini? Kenapa anak tak tunjuk reaksi nakal di rumah pun, berbanding di sekolah atau tempat mengasuh?
Pelatihan Parenting
Anak nakal di tempat tertentu, tapi tidak nakal di rumah
Anak yang dilabel sebagai nakal dari diri mereka pada hari kebiasaannya perlu diberikan lebih perhatian. Cari apa yang menyebabkan mereka bertukar menjadi sedemikian. Dia sebenarnya mungkin stres.
Anak hanya ‘nakal’ di sekolah atau pusat jagaan, mungkin stres kerana tidak dapat menyesuaikan diri.
Contohnya anak anda lebih minat melukis tapi tidak dibenarkan melukis. Jadi dia menunjukkan rasa tidak puas hati dengan menjadi anak nakal.
Sebaliknya jika anak nakal di rumah, menurut kajian, ini menunjukkan yang mereka terlalu selesa dengan rumah kerana tiada tekanan dan mereka tahu anda menerima mereka seadanya.
Sekiranya keadaan ‘nakal’ anak anda terlalu serius, wajar untuk anda mendapatkan bantuan profesional seperti kaunselor.
Bagaimana cara mengatasi anak nakal?
Mendapatkan bantuan profesional bukanlah bermakna anda bukan ibu bapa yang baik
Bagaimana hendak tahu jika nakal anak anda terlalu serius atau tidak, anda memerlukan bantuan guru atau penjaga untuk memberitahu perkembangan anak di sekolah.
Jika anda telah mendapatkan bantuan profesional dan buat seperti apa yang dinasihatkan, tapi anak masih tiada apa-apa perubahan, ambil langkah untuk bersama-sama dengan anak untuk menjalani kelas bantuan seperti kelas pengendalian emosi.
Berikut apa anda boleh buat bagi menangani anak nakal kerana tak boleh menyesuaikan diri:
Ada yang berpendapat mereka (anak-anak) berkelakuan sebegitu kerana kurangnya skil adaptasi yang boleh membantu mereka kurang stres dengan pertukaran keadaan persekitaran.
Mereka perlukan anda untuk membantu mereka
Berikut adalah apa yang boleh dilakukan ibu bapa untuk memudahkan anak:
- mulakan dengan fizikal: tidur yang cukup, senaman, dan makanan yang sihat.
- pastikan anak tahu anda sentiasa ada untuk mereka (mereka boleh bergantung pada anda tidak kira apa).
- jangan beri mereka jadual yang terlalu padat
- selami apa yang anak anda rasa dengan memerhatikan reaksinya selepas ke sekolah
- sentiasa sambut mereka pulang dari sekolah dengan kemesraan yang menunjukkan anda menunggu mereka dengan rasa yang istimewa. Contohnya dengan memeluk mereka setiap kali pulang dari sekolah
Semasa mengendalikan situasi seperti ini, pastikan anda juga tidak berada dalam keadaan stres.
Ini supaya anda boleh bertindak dengan lebih bijak dan bukan mengikut perasaan saja. Pertimbangkan dari semua aspek sebelum berbuat apa-apa.
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-tanda-anak-anda-stress/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!