TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Biasalah Suami Isteri Tidak Sependapat, Tapi Jangan Sesekali Ujar 4 Kata-Kata Ini! Boleh Jadi Perang Dingin!

3 min bacaan
Biasalah Suami Isteri Tidak Sependapat, Tapi Jangan Sesekali Ujar 4 Kata-Kata Ini! Boleh Jadi Perang Dingin!

AWAS, jangan ungkap kata-kata ini semasa bertengkar dengan pasangan anda!

Menjadi satu lumrah dalam hidup berumah tangga jika ada pergaduhan dan perselisihan faham yang tercetus hingga mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati pasangan. Sebab itu, jika pertengkaran suami istri terjadi, anda suami isteri perlu mengelak beberapa ungkapan ini kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan yang sedang dingin!

Menurut Pakar Psikologi Keluarga, Anna Surti Ariani, pertengkaran suami istri memang sukar untuk dielakkan namun anda perlu menyelesaikan konflik itu dengan cara yang terbaik.

Anna turut mengatakan, walaupun sedang bertengkar namun anda jangan lupa untuk meletakkan sedikit rasa kasih dan sayang pada pasangan dengan cara mengungkapkan kata-kata yang baik. Jangan sampai pasangan rasa diri terhina.

Pertengkaran suami istri semakin parah jika ungkap ayat ini

Dua contoh ayat yang selalu disebut ketika bertengkar:

“Awak selalu begini, suka sangat ulang kesalahan yang sama”

” Kalau awak selalu buat perangai macam ini, memang boleh buat saya sakit hati dan sedih”.

Dua ayat contoh itu boleh membuatkan pasangan rasa anda seolah menuduhnya hingga membuatnya rasa bersalah. Lebih-lebih lagi bila anda mengungkapkan dengan wajah yang marah. 

Hal ini kerana, kalimah yang kasar tidak pernah memperbaiki keadaan ke arah yang lebih baik malah mengeruhkan lagi hubungan.

4 ayat yang pantang dituturkan pada pasangan semasa bertengkar

Semasa bertengkar dengan pasangan, banyak perkara yang keluar daripada mulut suami mahupun isteri boleh menyebabkan semua pihak terasa hati.

Bagi penulis, jika pasangan mula menggunakan perkataan ‘aku’ atau ‘kau’, ianya sudah menandakan kemarahan mereka akan meletus bila-bila masa.

Selain itu, ini kata-kata yang boleh menyebabkan hubungan menjadi lebih keruh.

#1. “Banyak perkara yang membuatkan aku marah dengan kau” 

pertengkaran suami dan isteri, pertengkaran

Seharusnya anda tidak simpan semua kemarahan pada pasangan atau membongkar setiap satu kesalahan yang dilakukan.

Sebaiknya anda beritahu dirinya jika ada perkara yang tidak memuaskan hati. Kemudian bincang dan selesaikan dengan cara yang terbaik.

#2. ” Kau pernah melakukannya atau tak pernah langsung buat”

pertengkaran

Cuba ingat kembali pernah tak anda tuturkan perkataan itu?

Hal ini kerana, semasa anda menggunakan kata-kata itu, ia akan membuatkan pasangan merasakan seolah-olah dirinya tidak berguna hingga dipersoalan sedemikian rupa.

#3. “Kau ini memang tak guna” 

bertengkar dengan suami

Kata-kata yang menyakitkan tentunya menimbulkan rasa pedih di hati pasangan seterusnya boleh membuatnya rasa terluka.

Menghina bukanlah jalan terbaik jika berlakunya perselisihan faham malah ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Menurut Anna lagi, sekiranya ada saling hormat antara satu sama lain semasa berdebat tentunya ia tidak akan menimbulkan hal negatif ketika pertengkaran terjadi.

#4. “Saya ingin bercerai”

pertengkaran

Dengan mengatakan saya ingin bercerai meningkatkan kemungkinan untuk hubungan suami isteri itu berakhir.

Kata-kata ini sebenarnya menimbulkan ancaman dan amaran kepada pasangan sekaligus membuatnya rasa tertekan.

Namun, jika anda menuturkan kata-kata ini tapi tidak berniat untuk berpisah maka sebaiknya pulihkan kembali emosi yang sedang marah itu supaya fikiran dalam keadaan baik.

Diharap perkongsian ini dapat memulihkan kembali hubungan antara anda dan pasangan supaya kembali baik seperti dahulu.

Semoga bermanfaat

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fadhila Afifah. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Suami Yang Sukar Fahami Emosi Ibu Hamil Cenderung Bertengkar Dengan Pasangan

Baca juga: BAHANA Amukan Isteri Marah Lagi Ganas, Pijak Zakar Suami Hingga Pengsan!

Baca juga: Kalau Tak Gaduh Dalam Sehari Memang Tak Sah, Ini 5 Cara Tangani Konflik Rumah Tangga Dengan Aman

Stories Rakan Kongsi
Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!
Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!
Memahami Cara Menguruskan Wang Melalui Pengalaman Hidup Sebenar
Memahami Cara Menguruskan Wang Melalui Pengalaman Hidup Sebenar
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Biasalah Suami Isteri Tidak Sependapat, Tapi Jangan Sesekali Ujar 4 Kata-Kata Ini! Boleh Jadi Perang Dingin!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham