Persona “Freestyler” percaya pengalaman peribadi adalah cara terbaik untuk anak-anak belajar bagaimana untuk uruskan wang. Mereka yakin bahawa anak mereka akan mempelajari semuanya sendiri, dan memerlukan hanya sedikit panduan dalam mengurus atau memegang wang.
Separuh daripada Freestyler yang ditinjau adalah ibu bapa kepada anak-anak yang lebih berusia dan tidak pernah diberi panduan pengurusan kewangan sejak kecil. Freestyler lebih cenderung untuk berkata, “Tiada pengganti kepada pengalaman hidup sebenar. Seorang anak harus belajar melalui percubaan dan kesilapan. Lambat laun mereka akan faham bagaimana untuk uruskan wang mereka.”
Bagaimana Mereka Ajar Tentang Kepentingan Wang
Freestyler berpendapat bahawa mengajar anak tentang bagaimana untuk uruskan wang secara aktif, atau sentiasa ‘mengganggu’ untuk membimbing tabiat kewangan mereka, tidak diperlukan.
78% Freestyler berpendapat bahawa pendidikan kewangan adalah penting berbanding 95% ibu bapa dalam tinjauan Asia Money Parenting.
Kebanyakan Freestyler memberi anak mereka duit poket. Namun disebabkan oleh kepercayaan mereka terhadap keberkesanan belajar dari pengalaman, ibu bapa ini sering mendorong anak-anak untuk menjana wang melalui kerja sambilan. Dengan ini, mereka berharap dapat membantu anak-anak memahami bahawa menjana wang bukan mudah dan mereka akan lebih menghargainya.
Freestyler juga ingin anak mereka memahami konsep nilai kewangan melalui pengalaman hidup mereka sendiri. Ya, mungkin akan ada pengalaman buruk, namun itu sebahagian daripada membesar dan mempelajari tentang kehidupan sebenar. Mereka ingin anak mereka menggunakan wang sendiri, membeli barang untuk diri sendiri, dan belajar berapa nilai sesuatu barang.
Mereka percaya bahawa apabila anak lebih berusia, pemahaman mereka tentang kewangan lebih mendalam kerana masalah dan situasi yang mereka hadapi setiap hari.
Freestyler juga lebih cenderung untuk mendidik kewangan secara individu daripada berpasangan sebagai ibu bapa ketika atau apabila mereka perlu menawarkan nasihat kewangan pada anak.
Malah, 13% Freestyler berkata ‘tiada orang yang khusus’ yang bertanggungjawab untuk mengajar anak mereka tentang pengurusan kewangan berbanding hanya 4% semua ibu bapa.
Matlamat Pendidikan Kewangan Mereka
Ibu bapa ini memasang harapan tinggi bahawa anak mereka akan belajar mengenai pengurusan kewangan sendiri dan menyedari kepentingan bebas hutang. Dan mereka juga percaya bahawa pendekatan terbaik dalam mencapai matlamat ini adalah dengan membenarkan anak-anak belajar sendiri.
Oleh itu, Freestyler lebih gemar menyokong anak mereka berbanding memaksa mereka untuk cenderung kepada tabiat pengurusan kewangan. Hanya satu perempat daripada ibu bapa ini membekalkan anak dengan tabung (berbanding separuh ibu bapa lain). Malah hanya satu pertiga daripada mereka membuka akaun simpanan untuk anak-anak (berbanding separuh ibu bapa lain).
Kebanyakan Freestyler, walaubagaimanapun, mempunyai insurans hayat untuk membekalkan kewangan terjamin buat seisi keluarga. Namun mereka anggap pelaburan tambahan yang direka khas untuk menyokong anak-anak tidak memainkan peranan penting.
Kejayaan Pendidikan Kewangan Mereka
Oleh sebab pendekatan “bebas” mereka, 46% Freestyler menjawab “Saya tidak tahu” apabila ditanya sama ada mereka telah melakukan usaha yang terbaik dalam pendidikan kewangan, berbanding 12% ibu bapa lain. 42% ibu bapa berkata mereka lakukan sebaik mungkin, namun tidak pasti adakah ia benar-benar baik.
Malah, 18% ibu bapa ini berkata mereka “tidak tahu bagaimana untuk mengukur sejauh mana kejayaan dalam mendidik tentang kewangan” (berbanding hanya 5% ibu bapa lain). Tiada kriteria tertentu yang digunakan untuk menilai sekiranya anak mereka cekap dalam kewangan, berbanding persona ibu bapa lain yang merasakan kejayaan adalah berdasarkan bagaimana anak mereka tahu mengembangkan wang (36% berbanding 21% Freestyler).
Kebanyakan mereka percaya bahawa anak mereka akan “membesar dengan baik” dengan memahami pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar, sama seperti ibu bapa mereka.
Sejauh Mana Mereka Tahu Tentang Wang
Kebanyakan Freestyler akui mereka tidak mempunyai pengetahuan kewangan mendalam. Skor mereka hanya 4.88 daripada 10 tentang pengetahuan kewangan, berbanding 7.17 di kalangan ibu bapa lain.
Freestyler tidak melihat banyak nilai dalam belajar tentang pelaburan kewangan dan kurang berminat dalam mengajar anak-anak mereka tentang perkara itu.
Mereka juga tidak mendapatkan nasihat kewangan dari bank atau penasihat kewangan bagi melengkapkan pemahaman kewangan mereka sendiri atau bantu menyediakan anak mereka untuk masa hadapan. Hampir satu perempat daripada mereka berkata mereka tidak akan meminta nasihat kewangan daripada orang lain, berbanding 7% ibu bapa lain.
Walaubagaimana pun, jika anda Freestyler yang ingin tahu bagaimana ibu bapa lain mendidik anak mereka tentang kewangan, layari laman #MoneyParenting kami atau langgani surat berita kami untuk terus mengetahui kandungan terkini kami.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!