Wanita melalui perubahan yang berterusan dalam kehidupan mereka – dalam semua aspek berbeza – terutama setelah mereka menjadi seorang ibu. Tubuh dan kesihatan mereka secara menyeluruh selepas melahirkan anak hadir berbeza secara fizikal dan kimia, menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan kulit mulus dan sempurna.
Sudah tentu, setelah menjadi seorang ibu, menjadikan rutin penjagaan kulit sebagai keutamaan mungkin lebih mencabar dan keperluan kulit juga berubah tidak sama seperti sebelum kehadiran bayi.
Perkara ini, mungkin bagi kebanyakan ibu untuk mendapatkan kulit mulus atau sering digelar “kulit kaca” adalah mustahil. Bagaimanapun, usahawan dan ibu baru Yoo Eun-Hye berpendapat sebaliknya.
Bagi pengasas penjagaan kulit Korea dalam talian Unnie K-Shop, wanita berusia 30-an ini percaya apa yang anda perlukan ialah “penyelesaian penjagaan kulit holistik dengan produk yang berkesan” bagi mendapatkan “kulit kaca”, dan itulah yang dia cuba membantu ibu-ibu di Singapura menerusi kedai dalam talian miliknya.
Langkah Permulaan Untuk Kulit Mulus
Yoo berkata melakukan rutin penjagaan kulit dengan lebih awal membantunya mengawal dan mengelak masalah kulit yang dihadapi, sama ada kerana kehamilan mahupun atas sebab menjadi ibu yang sibuk.
“Di Korea, kami percaya bahawa ibu menua lebih cepat selepas bersalin. Apabila kulit mula kehilangan keanjalan dan liang-liang pori akan kelihatan lebih besar dan kulit menjadi kusam. Jadi anti-penuaan [produk penjagaan kulit] adalah keutamaan bagi kebanyakan orang Korea, termasuk saya sendiri, terutamanya semasa mengandung dan selepas bersalin,” kata Yoo.
“Dengan ini, saya lebih tertumpu kepada penggunaan produk anti-penuaan,” Yoo menyambung, bahawa dia memastikan untuk menggunakan produk tertentu dalam rutin penjagaan kulitnya secara teratur. “Mungkin inilah sebabnya saya tidak mengalami banyak masalah kulit semasa mengandung dan selepas bersalin.”
Menurut Yoo, ramai memuji bahawa keadaan kulitnya bertambah baik sepanjang kehamilannya.
Katanya lagi, walaupun dia mengalami masalah jerawat sekali-sekala—pada satu ketika, dia mengalami ekzema kecil di sekitar mulut dan dagu semasa mengandung dan selepas bersalin—dia merawatnya dengan cepat kerana rutin proaktifnya sebelum hamil.
Akses Mudah Untuk Kulit Mulus
Yoo juga menyatakan bahawa mempunyai akses kepada produk penjagaan kulit yang bagus membolehkan dia memilih yang terbaik untuk memenuhi keperluan dan meningkatkan kesihatan kulitnya. Malah, menurut Yoo, perkara ini adalah apa yang dia mahu ibu-ibu di Singapura lakukan.
“Saya telah menetap di Singapura selama lebih daripada lima tahun, dan saya menyedari bahawa walaupun penjagaan kulit Korea sangat popular [di sini], pengguna menghadapi banyak isu apabila mahu membeli kesemua produk ini,” kata Yoo.
Pertama ialah bahasa. Menurut Yoo, yang dilahirkan di Korea, memandangkan banyak produk tempatan Korea hanya mempunyai laman web dan maklumat produk dalam bahasa Korea, pengguna bukan Korea menghadapi kesukaran untuk memahaminya.
Isu lain ialah kekurangan maklumat mengenai produk-produk ini dan teknik penjagaan kulit Korea yang lain. “Di Korea, terdapat banyak saluran TV, saluran YouTube dan saluran influencer yang bercakap tentang produk baharu, ramuan dan teknik penjagaan kulit supaya semua orang boleh mempelajari tentang penjagaan kulit yang betul dengan mudah. Namun, tidak ada perkara sebegitu yang tersedia di sini!”
Akhir sekali, terdapat juga isu kebolehcapaian kerana jenama butik yang lebih kecil hanya menjual untuk keluaran tempatan.
“Saya mahu merapatkan jurang ini menerusi penyampaian maklumat dan kemudahan,” kata Yoo, menjelaskan bagaimana dia memutuskan untuk melancarkan kedai laman sesawang penjagaan kulit miliknya, Unnie K-shop.
Yoo menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram, serta menganjurkan sesi secara langsung Facebook untuk mempamerkan produk penjagaan kulit Korea yang dia cuba dan pilih khusus kepada mereka yang berpangkalan di Singapura dan Malaysia.
“Dengan memilih produk dan berkongsi pengalaman, ulasan, saya cuba membantu penonton mengenali produk dengan lebih baik dan membantu mereka memilih sama ada produk ini adalah yang terbaik untuk mereka,” kata Yoo.
Pengasas kedai laman sesawang produk penjagaan kulit turut menggunakan platform ini untuk menganjurkan sesi Soal Jawab (S&J) bagi membantu pelanggan menyelami rutin penjagaan kulit, teknik dan banyak lagi. Dia turut memuat naik video tutorial dan penerangan di saluran YouTubenya.
Namun, perkara yang membezakan Unnie K-Shop daripada laman dalam talian lain yang menjual produk penjagaan kulit pilihan ialah demonstrasi “secara langsung” mengenai cara penggunaan setiap produk dengan betul.
“Saya menggunakan produk yang saya jual secara ‘live’ agar penonton dapat melihat dan meletakkan kepercayaan mutlak pada setiap produk yang diperkenalkan atau disyorkan oleh Unnie K-Shop. Platform ini juga membolehkan saya menyebarkan maklumat yang mana seseorang tidak perlu mendapatkan rawatan klinikal mahupun melawat salun estetik dan penjagaan wajah bagi mendapatkan “kesan-selepas rawatan-klinik estetik.”
Yoo berkata dia memahami bahawa terdapat permintaan sebenar untuk penjagaan kulit berkualiti premium dan berkesan untuk rutin di rumah. “Pelanggan ini berada di kelompok pasaran untuk produk penjagaan kulit berkualiti yang menjamin hasil diinginkan.”
Menurut Yoo lagi, Unnie K-shop dilancarkan untuk memenuhi permintaan ini. “Ringkasnya, mereka hanya mahukan produk yang berkesan, dan Unnie boleh menyampaikannya.”
Kenali “Dermacosmetics” di Unnie K-Shop
“Melabur dalam kosmetik gred-derma akan membantu para ibu memiliki kulit mulus dengan lebih mudah.”
Produk Dermacosmetic dirumus khas dan ia menawarkan penyelesaian kulit berkualiti tinggi dan berkesan, berbanding produk penjagaan kulit generik.
Produk ini lebih pekat, lebih tulen, dan dengan sedikit atau tiada campuran bahan kurang baik. Ini adalah produk yang digunakan oleh klinik estetik di Korea.
“Jika anda mempunyai bajet, saya mengesyorkan menceburi bidang kosmetik derma/dermacosmetics kerana ia benar-benar membawa perubahan yang berbaloi dengan pelaburan,” kata Yoo.
“Di Korea, klinik estetik juga menggunakan produk yang sama. Lebih murah untuk mendapatkannya sendiri dan anda boleh menggunakannya setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit hanya di rumah!”.
Produk ini, kebanyakkan hanya dijual di klinik estetik, kini boleh didapati di Unnie-K-Shop.
Penyelesaian Holistik
Yoo turut menekankan bahawa membangunkan—dan mengekalkan—rutin penjagaan kulit holistik penting bagi dapat kulit mulus. Inilah faktor, dia menggalakkan ibu-ibu mencari penyelesaian yang lebih holistik.
“Setiap produk tercipta untuk tujuan yang unik,” kata Yoo, sambil menambah bahawa setiap langkah rutin penjagaan kulit adalah untuk menangani masalah kulit tertentu. “Jika anda benar-benar mahu memperbaiki kulit, anda perlu memahami apa fungsi bagi setiap langkah-langkahnya. Dan apabila anda memahaminya, anda akan menghargai kepentingan setiap langkah-langkah ini.”
Di Unnie K-shop, Yoo memecahkan setiap langkah dan teknik untuk membantu pengguna lebih memahami rutin penjagaan kulit mereka dan menjadikannya lebih berkesan.
Selain itu, Yoo hanya menjual produk yang dia sendiri percaya mengenai keberkesanannya—mengecilkan pilihan untuk pengguna berdasarkan produk yang dia percaya berbaloi untuk dilabur.
“Pemilihan produk untuk Unnie K-shop adalah berdasarkan tiga faktor: ramuan, tekstur dan kesan,” kongsi Yoo.
Yoo menyatakan bahawa dia hanya memilih produk dengan bahan yang selamat, sambil menambah bahawa dia tidak akan menjual produk yang mengandungi sulfat, paraben dan fenoksietanol di kedai laman sesawang miliknya. “Ini amat membantu para ibu kerana kita harus lebih berhati-hati dengan bahan-bahan yang terdapat dalam produk yang [kita] gunakan.”
Tekstur adalah satu lagi perkara yang Yoo utamakan dalam pemilihan produknya. “Bagi negara seperti Singapura, adalah penting untuk memilih produk dengan tekstur yang sesuai dengan iklim di sini: tidak terlalu berminyak, tidak terlalu tebal dan mudah digunakan.”
Akhir sekali, Yoo berkata dia memilih “hanya produk yang berkesan.” Yoo mengambil kira sama ada keberkesanan produk berpadanan dengan ulasan sedia ada.
“Saya melakukan semua ujian ini sendiri bersama suami saya, dan kami tidak menggunakan sumber luar untuk langkah ini. Ia adalah satu langkah yang sangat perlahan, panjang dan teliti.”
Menurut Yoo, daripada 100 produk yang mereka cuba, kurang daripada sepuluh akan dipilih.
Sama ada anda ingin memulakan perjalanan penjagaan kulit anda, atau meningkatkan tahap penjagaan kulit anda, matlamat Unnie K-Shop adalah untuk membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai kosmetik derma dan menemui produk yang dapat memenuhi keperluan penjagaan kulit anda.
Gunakan kod promosi <TAPMY_18OFF> bagi mendapatkan diskaun sebanyak S$18 pada pembelian pertama anda. Sah untuk pelanggan baru, dengan pembelian minimum S$188, promosi sah sehingga 30 November 2021. Sila ambil perhatian, untuk soal jawap dan mesej perundingan/ konsultasi, hanya boleh dilakukan dalam bahasa Inggeris.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Penjagaan Muka Ala Korea, Ini Yang Semua Wanita Patut Tahu, Barulah Flawless!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!