X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Solat Taubat, Tiada Siapa Yang Terlambat, Allah Sentiasa Ada Di Sisi Hamba Yang MencariNya

4 min bacaan
Cara Solat Taubat, Tiada Siapa Yang Terlambat, Allah Sentiasa Ada Di Sisi Hamba Yang MencariNya

Kali ini kami kongsikan cara solat taubat untuk anda lakukannya di rumah sempena bulan Ramadan yang mulia ini, tambah ilmu, tambah pahala.

Bulan Ramadan bulan penuh berkat. Kali ini kami kongsikan cara solat taubat bagi anda yang ingin mengambil ibrah kesucian bulan Ramadan.

Tiada siapa yang terlambat dan yakinlah Allah sentiasa ada di sisi hamba yang sibuk mencarinya. Apa yang penting jangan sesekali berputus harap, yakinlah Allah sentiasa ada di sisimu.

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk sesiapa saja, ia bukan pintu khas untuk orang tertentu, ia adalah ‘pintu’ untuk semua. Bukan hanya yang berpangkat atau alim ulama saja boleh masuk, ia adalah pintu universal untuk semua yang mencari redha Allah.

Cara solat taubat, ambil berkat bulan Ramadan lipat gandakan amalan

cara solat taubat

kredit: group buku karangkraf

Ramadan bulan yang mulia, satu bulan yang orang semua mengejar pahala. Setiap manusia adalah pendosa, jadi solat taubat adalah cara terbaik untuk kita kembali menyucikan jiwa.

Tiada paksaan pun dari Allah untuk hambanya melakukan solat taubat, tetapi tidak salah sempena bulan Ramadan yang mulia ini kita mulakan dengan melipat gandakan amalan.

Malah di bulan ini juga, segala kebaikan yang kita buat akan dilipat gandakan amalannya, siapa yang tidak mahu amalan berlipat gandakan?

Adakah ada tertib cara solat taubat?

cara solat taubat

Kredit: cewe kece

Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.

Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan, khilaf dan dosa. Dan sebaik-sebaik orang yang berbuat salah dan pendosa adalah mereka yang bersegera bertaubat.

Bertaubat di sini maksudnya ikhlas menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan dan bertekad di dalam hati untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, serta memohon keampunan daripada Allah.

Cara solat taubat

#1. Niat solat taubat 

#2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah :

Rakaat pertama : Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas

#3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

#4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 atau100 kali :

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

Tiada cara yang spesifik sebenarnya untuk solat taubat, lakukanlah seikhlas hati anda. Walau apa pun doa yang anda harapkan, mintalah pada Allah.

Jika tidak ingat surah spesifik apa yang perlu dibaca, teruskan saja dengan surah-surah yang anda tahu. Allah lebih tahu niat anda dan jangan sesekali berputus asa.

Tidak salah untuk anda tingkatkan amalan dan ilmu, kerana tiada siapa yang pernah terlambat dalam menuntut ilmu. Berusahalah menuntut ilmu di dunia dan sebagai persediaan di akhirat.

Jangan pernah berputus asa dengan apa yang anda lakukan untuk bertaubat kepada Allah. Carilah Allah pada bila-bila masa saja kerana Allah itu sentiasa ada di sini hambanya.

Kita sebagai makhluknya yang kadang kala alpa dan terlupa. 

Syarat taubat

cara solat taubat
Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Kredit: erinsakuranews

Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.

Antara syarat-syarat taubat adalah:

  • Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
  • Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
  • Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi
  • Tetapi apabila kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya.

Bila waktu mengerjakan solat taubat

Boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali selepas Subuh dan Asar. Lebih afdal adalah sepertiga malam yang mana ketika anda bangun untuk solat tahajud bolehlah dilakukan sekali solat sunat taubat.

Ingat ya, tiada cara solat sunat taubat yang spesifik, boleh rujuk dan ikut cara yang kami kongsikan ini, tetapi jika anda belum menghafal surah-surah yang disebutkan, boleh saja teruskan dengan surah yang anda hafal. 

Sumber: akuislam, infopelajar2u

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Lengkap Cara Solat Tarawih di Rumah Untuk Ibu Yang Perlu Jaga Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cara Solat Taubat, Tiada Siapa Yang Terlambat, Allah Sentiasa Ada Di Sisi Hamba Yang MencariNya
Kongsikan:
  • Ini 3 cara betul untuk bawa anak solat terawih di masjid, jom amalkan!

    Ini 3 cara betul untuk bawa anak solat terawih di masjid, jom amalkan!

  • Wawa Zainal Galak Aeril Bina Masjid 'Kedua', 7 Amalan Kekal Selepas Kematian

    Wawa Zainal Galak Aeril Bina Masjid 'Kedua', 7 Amalan Kekal Selepas Kematian

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Ini 3 cara betul untuk bawa anak solat terawih di masjid, jom amalkan!

    Ini 3 cara betul untuk bawa anak solat terawih di masjid, jom amalkan!

  • Wawa Zainal Galak Aeril Bina Masjid 'Kedua', 7 Amalan Kekal Selepas Kematian

    Wawa Zainal Galak Aeril Bina Masjid 'Kedua', 7 Amalan Kekal Selepas Kematian

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.