Ramadan telah pun hampir sampai ke penghujungnya. Di waktu ini, makin ramai orang berlumba-lumba untuk melakukan ibadah kerana ganjaran yang tinggi apabila melakukan amalan pada bulan ini. Ramai ibu-ibu lebih senang untuk mengerjakan solat terawih di rumah kerana perlu menjaga anak kecil Tapi apa cara solat tarawih di rumah?
Jangan risau! Ini adalah panduan untuk para ibu tentang cara solat tarawih di rumah.
Kredit: Unsplash
Dengan panduan ini, bolehlah ibu-ibu semua mula solat tarawih di rumah. Tidak kira berapa rakaat sekalipun, anda masih sempat lagi ini! Selain solat bersendirian, anda juga boleh cuba berjemaah bersama anak-anak yang sudah mula ingin belajar untuk solat bersama. Jom kita tengok bagaimana cara solat tarawih di rumah.
Cara Solat Tarawih Di Rumah Buat Para Wanita & Ibu
Solat tarawih di rumah
Baca niat dan solat seperti biasa. Ulang sehingga lengkap rakaat yang anda ingin lakukan (8, 16, 20). Surah selepas al-Fatihah adalah bergantung pada surah yang anda ingin baca.
Setelah selesai melakukan setiap 4 rakaat, baca doa di bawah ini:
Kemudian, anda boleh sambung rakaat yang anda ingin lakukan. Ini adalah bacaan doa selepas selesai solat tarawih.
Selepas anda solat tarawih, jangan lupa untuk buat solat sunat witir. Berikut adalah cara untuk menunaikan solat sunat witir.
Bermula dengan solat dua rakaat dan diikuti dengan satu rakaat.
Ini adalah doa selepas selesai solat sunat witir tiga rakaat.
Semoga dengan panduan solat tarawih di rumah ini, anda dapat menjalankan ibadah di bulan Ramadan dengan lebih berkat. Juga mana tahu, di saat-saat akhir ini anda apabila anda melakukan solat tarawih di rumah jatuh pada malam lailatul qadar. Bayangkan betapa besar ganjaran yang anda dapat!
Semoga bermanfaat dan selamat beribadah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: My News Bistro
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!