TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!

4 min bacaan
Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!

Jom tengok panduan mengerjakan ibadat puasa dengan makanan yang sihat untuk memberi tenaga yang diperlukan, seperti nasihat pakar pemakanan ini!

Macam mana nak kekalkan tenaga sepanjang hari walaupun ketika anda berpuasa? Jawapannya adalah dengan makan secara sihat! Tapi, bagaimana?

Ha… kami telah membongkarkan rahsia bagaimana anda boleh makan secara sihat, mengekalkan tenaga untuk sepanjang hari, dan tak mudah penat, walaupun ketika anda berpuasa!

Semuanya berkat perkongsian Nour Zibdeh, seorang pakar diet dan pemakanan yang dikongsi di BuzzFeed News. Jom tengok apa saranan dan panduan Nour Zibdeh tentang pemakanan sihat ketika bulan puasa!

1 – Makanan ketika bersahur

Makan makanan yang mampu memberi tenaga tambahan untuk anda kerjakan ibadah puasa. Antara makanan yang digalakkan oleh Nour untuk anda makan ketika sahur adalah telur, nasi, roti, buah-buahan dan air.

Buat sahur, beliau akan menyediakan hidangan telur dadar atau telur hancur dengan keju. Untuk lebih kenyang, tambah cendawan dan bayam dalam hidangan.

Kurangkan jumlah garam dalam makanan untuk mengelak anda akan mudah dahaga pagi nanti. Minum air sebanyak mungkin ketika bersahur.

Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!

Anda juga boleh makan roti bijirin penuh dengan buah-buahan yang kaya dengan nutrien. Antara buah-buahan yang bagus untuk dimakan ketika bersahur adalah buah beri, buah epal dan buah tomato. 

Jika anda tak lalu untuk makan telur di awal pagi, cuba makan smoothies atau keju bersama dengan buah-buahan atau sayur-sayuran. Hidangan ini mampu membekalkan tenaga yang anda perlukan. 

Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!

Lebih banyak anda makan, lebih banyak air anda harus minum. Pastikan perkara terakhir anda buat sebelum habis waktu sahur adalah minum air!

2 – Tidur sebentar (nap)

Biasanya, rasa lapar memang akan memuncak ketika masuk waktu tengahari. Biasanya, untuk mengelak rasa terlampau letih dan kelaparan, anda boleh tidur sebentar. 

3 – Senaman ketika berpuasa? Boleh ke?

Siapa kata tak boleh? Bolehlah! Semua ibu yang sibuk menguruskan anak-anak juga ibarat bersenam!

Tapi kadang-kadang, anda juga boleh membawa anak-anak kecil itu ke taman atau berjalan kaki di sekitar kawasan kejiranan. Apa yang penting – hanya buat senaman ringan saja. 

4 – Makanan ketika berbuka puasa

Nour menggalakkan semua umat Islam mula berbuka puasa dengan kurma. Ya, kurma!

Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!

Jangan makan sebarang makanan yang terlampau berat ketika ini. Kurma bagus kerana ia membekalkan gula secara semulajadi.

Lalu, badan anda akan terhidrat dengan lebih cepat. Kurma juga mengandungi fiber, kalium dan magnesium yang bagus untuk tubuh badan.

Hidangan berbuka yang paling bagus adalah sup. Tak kisahlah sup apa. Tapi, beliau menggalakkan anda makan sup sayur-sayuran atau sup broth. 

Sup mengandungi nutrien penyembuh yang menggalakkan sistem penghadaman dan imun badan.

5 – Solat dahulu, sebelum sambung makan

Perut anda akan mengecut selepas berpuasa selama lebih daripada 12 jam. Oleh itu, perut akan mudah kenyang awalnya.

Selepas anda makan juadah berbuka yang tak terlalu berat seperti dengan sup, kurma dan segelas air – tunaikan ibadat terlebih dahulu sebelum sambung makan. 

6 – Makan selepas solat – mulakan dengan salad

Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!

Nour Zibdeh gemar memulakan santapan beliau selepas solat dengan salad. Anda boleh cuba pelbagai jenis salad untuk menambat selera. Kemudian… baru tiba santapan utama!

7 – Santapan utama – hidangan yang seimbang. Perlu ada protein, sayur-sayuran dan sebahagian kecil karbohidrat.

Jangan bantai semua makanan yang ada! Taknak membazir? Jangan borong semua makanan di bazar!

Anda harus menitik beratkan santapan utama ini. Ambil hidangan yang mampu mengimbangkan karbohidrat dengan protein, lemak dan serat.

Makan nasi bersama-sama ayam bakar, ikan salmon atau kentang. Jangan lupa juadah sayur-sayuran sekali!

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!

8 – Boleh minum kopi?

Boleh saja! Kopi mengandungi antioksidan, dan ia diperlukan oleh badan. Namun, jangan minum secara berlebihan. 

9 – Nak turunkan berat badan? Cuba minuman detoks!

Jangan lupa untuk minum banyak air! Kalau anda bercadang untuk menurunkan berat badan ketika bulan puasa ini, cuba amalkan minuman detoks.

Air detoks terbukti berjaya mengeluarkan toksin dalam badan dan mencuci keseluruhan badan anda. 

10 – Makanan untuk mengunyah? Cuba resepi ini!

Perut sudah kenyang, tapi mulut masih ingin mengunyah? Nour menggalakkan anda makan buah-buahan kering dan kekacang. Resepi yang beliau beri di bawah amat mudah untuk dibuat. Jom cuba!

Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!

Kredit gambar: A Foodie’s Affairs

Resepi mudah untuk kunyah-kunyah:

  • 1 cawan aprikot kering
  • 1 cawan buah-buahan kering (seperti prun, kismis, buah tin atau kurma)
  • 1/2 cawan kekacang (seperti badam, walnut, hazelnut atau pistachios)
  • 2 sudu air limau (boleh diganti dengan susu)
  • 1 cawan air

Potong semua buah-buahan dan kekacang menjadi cebisan kecil. Kemudian, masukkan air limau dan secawan air.

Simpan dalam peti sejuk. Enak dimakan ketika anda menonton televisyen!

Sumber rujukan: BuzzFeed News

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham