X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

3 Kehebatan Kurma Sebagai Penambah Susu Badan Di Bulan Puasa

3 min bacaan
3 Kehebatan Kurma Sebagai Penambah Susu Badan Di Bulan Puasa

Siapa sangka, makanan sunah ini amat berguna untuk ibu-ibu ketika bulan puasa! Rupanya, anda boleh guna kurma sebagai penambah susu badan!

Ramai antara kita tahu tentang kebaikan buah kurma untuk badan kita. Ia juga makanan sunnah. Malah, ramai pakar nutrisi telah mengkategorikan kurma sebagai superfood.

Ia kaya dengan pelbagai nutrien dan khasiat. Tetapi, adakah anda tahu kehebatan kurma untuk meningkatkan susu badan? Haa..kalau anda mahu tahu lanjut, teruskan membaca ya!

Kurma Sebagai Pemanis Makanan Sejak Dari Zaman Dulu Lagi – Adakah Kurma Sebagai Penambah Susu Badan?

Seorang penulis, Hilary Jacobson, ada menulis dalam bukunya yang bertajuk Mother Food yang pokok kurma dianggap sebagai pokok suci pada zaman dahulu. Beliau turut menambah yang penghasilan susu badan menyingkirkan tahap gula dalam darah.

Disebabkan itu, amat penting bagi ibu menyusu untuk menambah semula gula dalam sistem badan. 3 Kehebatan Kurma Sebagai Penambah Susu Badan Di Bulan Puasa

Tetapi, berbanding mengambil gula yang diproses, adalah lebih baik kalau kita kembali kepada cara perubatan dan pemakanan lama dari Mesir, India, atau Cina yang menggunakan manisan semulajadi. Kurma adalah salah satu daripadanya!

Oleh kerana kurma membantu untuk menaikkan tahap gula dalam badan, maka kita juga secara tidak langsung membantu meningkatkan proses penghasilan susu ibu!

3 Kehebatan Kurma Sebagai Penambah Susu Badan

1. Mengandungi nutrien tryptophan

Kalau anda hendak tahu mengapa kurma sebagai penambah susu badan, ia kerana kurma mengandungi satu nutrien yang dikenali sebagai tryptophan.

Ia merupakan salah satu daripada 10 asid amino penting yang badan kita perlukan untuk membina protein.

Malah, ia menggalakkan pengeluaran hormon serotonin. Serotonin ini pula membantu proses laktasi, iaitu proses penghasilan susu badan!

Tidak cukup dengan itu, serotonin yang terhasil ini juga akan menyekat penghasilan Dopamine yang membantut penghasilan susu.

kurma sebagai penambah susu badan, kurma, makan kurma tambah susu badan, tambah susu badan, susu badan

Source: Cfaarhealth.com

2. Tinggi kandungan kalsium

Para ibu yang menyusukan anak selepas kedatangan haid selalunya akan perasan yang penghasilan susu badan akan berkurangan beberapa ketika sebelum kedatangan period tersebut. 

Jadi, bagaimana untuk menambahkan susu badan? Dengan mengambil kurma, anda membekalkan diri anda dengan zat kalsium yang mencukupi. Pilihlah kurma sebagai penambah susu badan anda!

Berapa banyak kurma yang perlu diambil? Untuk pengetahuan anda, 100g kurma boleh memberikan sehingga 6.5% bekalan kalsium yang disarankan sehari.

3. Sumber zat besi dan potasium yang hebat

Kurma juga merupakan pembekal zat besi yang baik buat para ibu yang menyusukan anak. Setiap 100g kurma mengandungi kira-kira 11% bekalan zat besi yang kita patut ambil setiap hari! Tinggi, bukan?

Potasium juga tinggi dalam buah kurma (16% untuk setiap 100g). Selain bagus untuk susu badan, ia juga membantu menstabilkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.

Maknanya, jika anda menjadikan buah kurma sebagai snek harian ketika menyusukan anak, badan anda akan menerima semua nutrien dan khasiat yang penting.

Ia seterusnya membantu menambahkan bekalan susu badan buat si kecil anda.

kurma sebagai penambah susu badan, kurma, makan kurma tambah susu badan, tambah susu badan, susu badan

Source: Whole30.com

Kurma – Makanan Sunnah Yang Hebat

Senang ceritanya, kurma memang bagus untuk anda. Ia membantu memberikan tenaga dan menjadi sumber gula dan serat yang bagus.

Apa lagi khasiat yang ada dalam buah kurma ini ya? Kurma juga mengandungi:

  • Fosforus
  • Sodium
  • Magnesium
  • Zink
  • Vitamin riboflavin, thiamin, folat, Vitamin A, Vitamin K dan banyak lagi!

Manfaat Lain Buah Kurma

Pasti ada hikmahnya mengapa buah kurma dianggap sebagai makanan sunnah. Selain membantu dalam proses laktasi, ia juga dapat membantu anda mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Kurma ini bagus untuk:

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
  • Masalah sembelit
  • Kekuatan tulang
  • Masalah kekurangan darah (anemia)
  • Alergik
  • Penambah tenaga
  • Penguat tenaga batin
  • Rabun Malam 
  • Cirit birit

Jadi, jom lengkapkan dapur kita dengan buah kurma. Ia bukan sahaja sedap dimakan tetapi dapat membantu para ibu memperbanyakkan susu badan dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh!

 Sumber: Contentedcalf.com

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • 3 Kehebatan Kurma Sebagai Penambah Susu Badan Di Bulan Puasa
Kongsikan:
  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

    Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

    Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham