Setelah lebih setahun sejak Malaysia menutup pintu sempadannya untuk pelancongan santai akibat pandemik dan berbulan lamanya kita puas meneroka dan melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan dengan anak-anak di sekitar ibu kota, tidak hairanlah jika ramai sudah mula menginginkan dan mengidamkan percutían menarik di luar negara.
Oleh itu, sementara kami menunggu masa untuk mengemas beg dan pergi, mungkin lebih bijak untuk memulakan perancangan terlebih dahulu. Destinasi pertama kami: Hong Kong.
Kami mengambil nota dari bekas VJ, Choy dan May Wan, sementara Choy – melalui panggilan video – menunjukkan kembarnya di sekitar Hong Kong dan destinasi menarik yang mesti dilawati oleh pengunjung sebaik sahaja perjalanan percutian dilanjutkan.
Choy, yang berpindah ke Hong Kong hampir lima tahun lalu, telah jatuh cinta dengan lebih dari sekadar pemandangan, tetapi juga kehidupan di sana. Dan sekarang, setelah mengetahui apa lagi yang ditawarkannya, Choy menjelaskan sisi lain Hong Kong yang menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Dan jika anda seperti May, yang merindui Hong Kong dan ingin membawa seluruh keluarga anda ke sana lebih dari sekadar pengalaman membeli-belah dan menikmati keenakkan makanan Kantonis, anda pasti tidak sabar untuk merancang pengembaraan akan datang mengikut panduan ini.
Lebih dari hanya kosmopolitan
Hong Kong terkenal sebagai syurga membeli-belah dan pusat perniagaan yang berkembang maju. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat lebih daripada sekadar aktiviti pelancongan biasa (contoh: makan, membeli-belah, bersiar-siar) yang boleh dilakukan apabila di sana.
“Itulah keindahan berada di Hong Kong. Anda mempunyai sinergi bandar kosmopolitan, dan dalam masa yang sama, terdapat juga pelbagai pesona lain disekitarnya yang anda hanya perlu gali sedikit lebih dalam untuk diterokai,” kata Choy, yang telah menetap di Hong Kong selama kira-kira lima tahun, kepada May menerusi panggilan Facetime.
Mempamerkan Hong Kong seperti yang belum anda pernah dilihat sebelum ini, jadual perjalanan kembar ini memberikan penerangan mengenai pulau-pulau terpencil dan wilayah baru yang menawarkan kemudahan dan aktiviti sesuai untuk keluarga yang menggalakkan pengunjung untuk mencuba.
Jadual Perjalanan Mesra Keluarga
Hentian Pertama : Pulau Lamma
Apabila keluarga anda meninggalkan kota yang sibuk, ia tidak masuk akal jikalau anda menuju ke kosmopolitan sibuk yang berlainan. Syukurlah, hanya perjalanan menaiki feri dari Hong Kong adalah Pulau Lamma.
Dikenali dengan “suasana santai,” kunjungan ke Pulau Lamma menjanjikan daya tarikan unik dan pengalaman relaks. Berbeza dengan apa yang dijangkakan dari destinasi pelancongan popular seperti Lantau dan Cheung Chau, Pulau Lamma menawarkan pemandangan santai dan laluan mendaki yang mencabar.
Tetapi jangan fikir hanya pemandangan alam dan luar bandar sahaja yang anda akan dapati di sana; Pulau Lamma juga menawarkan pelbagai pilihan membeli-belah seperti yang terkenal di Hong Kong, dan restoran untuk diterokai oleh semua orang, termasuk restoran dengan pemandangan laut yang menyajikan kerang kukus segar, sotong goreng renyah dan udang galah di Sok Kwu Wan, dan Ah Po Tofu, tempat pencuci mulut tahu tradisional, di Yung Shue Wan.
|
Informasi Perjalanan: Pulau Lamma
|
Lokasi: Wilayah Barat Daya di Pulau Hong Kong
|
Cara ke sana: Naik feri selama 30 minit dari Central Pier 4
|
|
Pro-tip untuk ibu bapa : Bagi memastikan anda dan keluarga dapat merasai pengalaman Pulau Lamma sebaiknya, pastikan memperuntukkan setengah hari tempoh perjalanan untuk meluangkan masa di sana.
|
Pulau Lamma mesti-buat untuk keluarga:
Berseronok di pantai-pantai sekitar Pulau Lamma
Terdapat beberapa pantai di pesisiran pulau Lamma, tetapi paling popular adalah Hung Shing Yeh dan Lo So Shing. Pantai-pantai ini mempunyai banyak kemudahan sedia ada.
Pantai Hung Shing Yeh dilengkapi dengan kemudahan ruang ganti pakaian, bilik mandi, tandas, dan beberapa restoran dan penginapan di sekitarnya. Keluarga juga tidak perlu risau semasa berenang di sini kerana jaring ikan jerung melindungi pantai.
Sebaliknya, pantai Lo Shing mempunyai hamparan pasir yang indah yang amat sesuai untuk berjalan atau bersantai di tepian air.
|
Pro-tip untuk ibu bapa : Lo So Shing dan Hung Shing Yeh adalah pantai terkenal di Pulau Lamma. Sekiranya anda ingin mendapatkan tempat yang baik untuk keluarga, pastikan tiba lebih awal!
Ingat, salah satu pantai Pulau Lamma — Pantai Sham Wan — ditutup pada musim bertelur (antara 1 Jun hingga 31 Oktober) untuk spesies penyu hijau terancam.
|
Mendaki di Jejak Keluarga Pulau Lamma
Laluan yang penuh kehijauan flora ini mudah dilalui dan tidak mempunyai lereng curam dan sepanjang laluan pejalan di konkrit, membolehkan keluarga dengan anak-anak kecil – termasuk mereka yang menggunakan kereta sorong bayi – untuk berjalan santai.
|
Pro-tip untuk ibu bapa : Oleh sebab Pulau Lamma terkenal di kalangan penduduk tempatan Hong Kong, ia adalah ideal untuk mengunjungi pulau ini pada hari kerja. Pastikan membawa makanan mudah dimakan/ snek dan air yang banyak serta minuman lain jika merancang untuk mendaki.
Jangan lupa krim pelindung matahari!
|
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti luar yang boleh dilakukan di Pulau Lamma, kunjungi laman web Lembaga Pelancongan Hong Kong.
Hentian Seterusnya : Sha Tin
Meskipun tidak dianggap sebagai tarikan pelancongan pilihan utama, Sha Tin menawarkan beberapa tempat dan pengalaman menarik bagi pengunjung bandar.
Lokasi pinggir bandar ini memberikan rasa kedesaan Hong Kong dengan ruangan hijau, bukit yang subur dan perkampungan bersejarah.
|
Informasi Perjalanan : Sha Tin
|
Lokasi: Eastern New Territories, Hong Kong
|
Cara ke sana: East Rail Line dan Tuen Ma Line
|
Sha Tin mesti-buat untuk seisi keluarga
Berbasikal di sepanjang Sungai Shing Mun
Semasa panggilan Choy dengan May, ketika menjelajah Sha Tin, dia dan keluarganya sedang berbasikal di sepanjang Sungai Shing Mun.
Berbasikal adalah cara terbaik untuk melihat sungai. Terdapat banyak pilihan kedai sewa basikal bagi penunggang solo dan basikal jenis keluarga. Di sepanjang sungai terdapat jalan khusus dibina dalam keadaan kekal rata, menjadikannya lebih mudah untuk menyusuri Sha Tin hingga ke wilayah baru lain seperti Tai Po dan Tai Mei Tuk.
Sepanjang perjalanan di laluan basikal bebas trafik sepanjang 22 km ini, keluarga akan dapat melihat pemandangan menarik Pelabuhan Tolo dan pemandangan tasik yang indah berhampiran empangan utama Plover Cove Reservoir.
|
Pro-tip untuk ibu bapa: Berbasikal dari Sha Tin Ke Tai Mei Tuk? Rancangkan laluan anda lebih awal dan ketahui bila dan di mana untuk berhenti rehat (terutamanya jika mengayuh sendiri basikal jenis keluarga.) Terdapat beberapa tempat di sepanjang laluan untuk membeli makanan dan minuman — dengan beberapa tapak yang mana boleh melakukan barbeku.
|
Sekiranya anda tidak ingin pergi terlalu jauh dari Sha Tin, anda boleh memilih untuk mengakhiri perjalanan di sepanjang Tao Po, di mana anda boleh lakukan lencongan laluan di sepanjang Sungai Lam Tsuen.
|
Pro-tip untuk ibu bapa: Terdapat kedai sewa basikal di Tai Wai, Sha Tin Park, Tai Po Waterfront Park, dan Tai Mei Tuk. Pilih kedai berhampiran tempat permulaan dan rujuk kepada kakitangan jika basikal boleh dipulangkan di destinasi akhir anda. Sebilangan besar kedai sewa membolehkan pemulangan basikal di kedai di destinasi akhir, yang mana anda tidak perlu menunggang kembali untuk memulangkan basikal.
|
Kunjungi Perkampungan Bersejarah Hakka
Salah satu perkampungan berdinding Hakka yang masih terpelihara di Hong Kong, Tsang Tai Uk, boleh ditemui di Sha Tin. Bermaksud “Rumah Besar Tsangs”, perkampungan ini dibina pada abad ke-19. Sehingga hari ini, kampung ini masih kekal utuh dengan bentuk asalnya walaupun dikelilingi pembangunan dan urbanisasi, membawa pengunjung merentas ke dunia serba baru.
|
Pro-tip untuk ibu bapa: Bawa anak-anak melihat sekeping sejarah Hong Kong dan pada masa yang sama memberi penghormatan di dewan susur galur keturunan, di mana terdapat gambar-gambar pengasas kampung dan mereka yang hadir selepas mereka diabadikan.
|
Untuk lebih banyak kesukaan orang tempatan Sha Tin, lihat laman web Lembaga Pelancongan Hong Kong.
Hentian Terakhir : Perkampungan Nelayan Aberdeen
Jauh dari hiruk – pikuk kesibukan Hong Kong terletaknya Perkampungan Nelayan Aberdeen yang cukup indah. Di sini, lama dan baru disatukan bersama – sama seperti sarap lama, sampan dan rumah bot (di mana nelayan dan keluarga mereka masih tinggal) di satu bahagian, manakala, kapal layar moden di satu bahagian lain.
Keluarga boleh menaiki sampan untuk bersiar-siar dan melihat lebih dekat restoran-restoran terapung atau menaiki bot rumah untuk makanan laut segar, setiapnya dengan rasa masakan Kantonis yang unik.
|
Informasi Perjalanan : Aberdeen Fishing Village
|
Lokasi: Southern end Hong Kong Island
|
Cara ke sana: Naik keretapi di Stesen Hong Kong MTR Exit D untuk ke Terminal Bas Exchange Square, naik Bas 70 terus ke Promenade Aberdeen.
|
Aberdeen Fishing Village mesti-buat untuk seisi keluarga
Berjalan di sekitar pelabuhan dengan menaiki sampan. Cara terbaik untuk melihat Aberdeen dari dekat adalah dengan menaiki bot sampan. Sama seperti jadual perjalanan yang dilakukan Wan dan keluarganya, setiap perjalanan bot memakan masa sekitar 25-30 minit dan membolehkan pengunjung melihat kawasan-kawasan indah sekelilingnya di sepanjang perjalanan.
|
Pro-tip untuk ibu bapa: Di atas kapal, cari Restoran Terapung Jumbo yang terkenal, mercu tanda ikonik – struktur mural seni gaya Cina Imperial, patung naga dan struktur pagoda. Walaupun servis makan tidak lagi disediakan di tempat perjamuan Kantonis tradisional ini, legasinya masih diteruskan, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengambil beberapa gambar!
|
Sertai lawatan budaya ke Pusat Perlindungan Ribut Taufan Abderdeen
Ikuti perjalanan menaiki bot yang menyelami sejarah luar biasa di pelabuhan dengan pandangan menarik mengenai mercu tanda berbeza di sepanjang perjalanan.
Pastikan menjejakkan kaki ke rumah bot dan alami kehidupan harian nelayan Hong Kong dan nikmati pelbagai makanan lazat seperti tradisional sebagai sebahagian daripada pengalaman lawatan.
Hentian Bonus: Tsim Sha Tsui waterfront
Menawarkan pemandangan paling klasik di Pelabuhan Victoria Hong Kong adalah kawasan perairan Tsim Sha Tsui. Apa cara yang lebih baik untuk menamatkan percutian di Hong Kong daripada mengagumi pemandangan langit yang menakjubkan?
Di sini, anda dan keluarga dapat mengambil gambar berlatarkan mercu seni bina dari cakrawala ikonik ini dan mengagumi bagaimana cahaya dari pencakar langit mencerminkan gelombang – pengakhiran terindah untuk perjalanan yang tidak dapat dilupakan bagi seisi keluarga.
|
Pro-tip untuk ibu bapa: Semasa berada di Tsim Sha Tsui waterfront, pergi ke arah timur dan saksikan “A Symphony of Lights” di waktu malam. Kanak-kanak dan orang dewasa dapat menikmati pertunjukkan cahaya multimedia sensasi ini yang mana adalah pesta untuk mata penduduk setempat dan pelancong tentunya.
|
Terokai Hong Kong Lain Dari Yang Lain
Selain dari tempat-tempat pelancongan tipikal yang ramai sudah tahu dan gemarkan di Hong Kong, pengembaraan baru menanti keluarga di wilayah baru di sekitar pulau utama. Sama seperti Choy dan May, nantikan pengalaman lain dari yang lain apabila berkunjung ke Hong Kong pada masa akan datang dengan merujuk jadual perjalanan ini di tangan.
Walaupun perjalanan ke Hong Kong masih bergantung pada persetujuan kerajaan negara-negara untuk membenarkan perjalanan bebas kuarantin, kami tetap berharap ia akan terjadi lebih cepat daripada kemudian! Oleh kerana sekatan mulai mereda dan kami semakin bersemangat untuk mula melancong sekali lagi, tidak ada masa yang lebih baik untuk merancang percutian keluarga daripada hari ini.
Mulakan pelan kembara anda ke Hong Kong hari ini. Rujuk laman web Lembaga Pelancongan Hong Kong untuk informasi lanjut.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Tips Melancong Dengan Anak Kecil
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!