X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Dilema Ibu Perlu Mula Bekerja, Ini Cara Menenangkan Bayi Suka Menangis Bila Berpisah!

4 min bacaan
Dilema Ibu Perlu Mula Bekerja, Ini Cara Menenangkan Bayi Suka Menangis Bila Berpisah!

Kebanyakan ibu berada dalam delima dipanggil mula bekerja setelah sekian lama duduk di rumah. Ini ditambah pula dengan bayi suka menangis bila ditinggalkan

Bayi suka menangis kerana itulah cara untuk mereka berkomunikasi dengan ibu ayah atau orang di sekelilingnya. Bagi anda yang baru pertama kali, mungkin memerlukan sedikit masa untuk memahami setiap jenis tangisan bayi.

Tidak dinafikan proses bekerja di rumah memberikan lebih banyak masa untuk anda bersama dengan si manja. Namun, kelonggaran perjalanan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini mungkin membolehkan kebanyakan sektor pekerjaan  beroperasi seperti biasa dalam norma baharu.

Baca juga: 7 Titik Urutan Kaki Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta!

Cara menenangkan bayi suka menangis ketika berpisah dengan ibu

cara menenangkan bayi suka menangis

credit to sources

Kebanyakan ibu mengakui berasa tidak senang duduk apabila bayi selalu suka ‘melekat’. Mana tidaknya, hilang sekejap di pandangan matanya, terus sahaja meraung seperti kena dera.

Bagi anda yang bakal memulakan kerja dan terpaksa meninggalkan bayi di pusat jagaan, usah panik kerana mereka sebenarnya perlu dilatih untuk menerima perpisahan sementara ini. Antara caranya ialah:

#1. Bercakap dengan bayi

Sekiranya bayi suka menangis apabila ditinggalkan, ia merupakan satu petanda yang baik. Ini membuktikan bahawa ibu ayah sudah menjalin hubungan kasih sayang kukuh dengan si manja. 

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh bersamanya pada setiap masa. Bila mahu meninggalkan bayi sekejap kerana ingin memasak, solat ataupun sebarang urusan, pastikan ibu memberitahunya akan kembali sebentar lagi.

Elakkan meninggalkan bayi secara senyap-senyap kerana mereka mungkin akan jadi panik ketika ibu ayah hilang dari pandangan. Keadaan ini sekaligus membuatkan bayi trauma dan sukar berenggang dengan anda.

#2. Biarkan anak bermain sendiri

Sebenarnya ramai ibu yang teruja dan sanggup ‘lenguh tangan’ meriba bayi walaupun ketika dia sudah melelapkan mata. Anak kecil boleh dilatih untuk berpisah. Biasakan dia tidur di atas tilam dan terjaga dengan sendirinya, biarkan dia ke bilik kosong sendiri (sekiranya sudah pandai merangkak) dan tinggalkan anak bermain di ruang tamu.

Ini adalah penting bagi membuatkan si manja berasa selamat untuk berseorangan buat sementara waktu. Selain itu, ibu juga boleh menjemput pengasuh untuk datang ke rumah bermain-main dengannya. 

Tinggalkan si manja sekejap dengan pengasuh agar dia faham tetap selamat untuk bermain walaupun dengan orang lain.

#3. Mengucapkan selamat tinggal

bayi kerap menangis

credit to sources

Sebelum meninggalkan bayi kepada pengasuh, ajarkan mereka akan makna selamat tinggal. Ibu hendaklah mengucapkannya dengan singkat dan berikan senyuman. Sekiranya anda menunjukkan ekspresi muka risau, anak juga pastinya tidak mahu ditinggalkan.

Antara salah satu kelemahan ibu adalah tidak sanggup mendengar bayi suka menangis. Justeru, anda perlulah konsisten dan jangan selalu menjenguk si manja ketika ditinggalkan bersama pengasuh atau suami.

#4. Jangan terburu-buru

Sikap terburu-buru akan membuatkan segala perancangan berdepan kegagalan. Dalam hal ini ibu kenalah bersabar menunggu waktu yang ideal. Anak lebih mudah mengamuk ketika mereka berasa lapar atau mengantuk.

Justeru, tetapkan waktu paling selamat untuk meninggalkan si manja. Sediakan jadual menghantar bayi ke pusat jagaan setelah dia diberikan susu dan makan dengan kenyang sebaik bangun dari tidur. Ini adalah untuk memastikan bayi kekal  tenang ketika perlu menerima ibu pergi bekerja dan tiada di sisinya.

#5. Biasakan anak dengan tempat baru

tips ibu bekerja

credit to sources

Apabila anda bercadang untuk meninggalkan bayi di rumah pengasuh atau rakan, pastikan untuk membawanya bersama menjenguk ke tempat berkenaan. Jangan lupa menjelaskan kepada si manja tujuan pergi ke sana dan tinggalkannya buat sementara waktu.

Kenalkan anak kepada pengasuh agar dia tidak berasa janggal nanti apabila sudah ditinggalkan. Jika anak sudah boleh berjalan, anda boleh ajak si manja untuk bermain dengan pengasuh atau kanak-kanak yang lain.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Apabila si manja sudah boleh menerima orang sekeliling dan persekitarannya, maka nanti lebih mudahlah untuk ibu berpisah dengan anak nanti.

Selain itu jika ibu sudah berjanji dengan anak waktu untuk pulang, belajarlah untuk menepati waktu. Jangan biarkan dia resah menunggu lama di pusat jagaan. Elakkan berbohong dengan si manja sekiranya anda terpaksa mengambilnya lewat.

Buatkan anak berasa yakin dengan ibu ayah. Kesimpulannya, setiap anak kecil tidak sanggup berpisah dengan anda. Ini adalah perkara biasa dihadapi oleh kebanyakan ibu. Jangan teragak-agak untuk meminta tolong suami atau ahli keluarga terdekat jika anda memerlukan sokongan.

Sumber: The zuriat

Credit foto: Google Image

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Dilema Ibu Perlu Mula Bekerja, Ini Cara Menenangkan Bayi Suka Menangis Bila Berpisah!
Kongsikan:
  • Kajian: Bukan Sengaja, Tapi Lelaki Memang Tak Dengar Bunyi Bayi Nangis Pada Waktu Malam!

    Kajian: Bukan Sengaja, Tapi Lelaki Memang Tak Dengar Bunyi Bayi Nangis Pada Waktu Malam!

  • Bayi tak berhenti menangis ditumbuk dan dicampak ke lantai hingga rosak buah pinggang

    Bayi tak berhenti menangis ditumbuk dan dicampak ke lantai hingga rosak buah pinggang

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kajian: Bukan Sengaja, Tapi Lelaki Memang Tak Dengar Bunyi Bayi Nangis Pada Waktu Malam!

    Kajian: Bukan Sengaja, Tapi Lelaki Memang Tak Dengar Bunyi Bayi Nangis Pada Waktu Malam!

  • Bayi tak berhenti menangis ditumbuk dan dicampak ke lantai hingga rosak buah pinggang

    Bayi tak berhenti menangis ditumbuk dan dicampak ke lantai hingga rosak buah pinggang

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.