X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Yang Dihantar Ke Taska @ Rumah Pengasuh Terdedah 5 Jenis Penyakit Ini, Ibu Sila Alert!

4 min bacaan
Anak Yang Dihantar Ke Taska @ Rumah Pengasuh Terdedah 5 Jenis Penyakit Ini, Ibu Sila Alert!

Jenis penyakit ini mudah menyerang anak kecil yang berada di taska, tadika atau rumah pengasuh. Ibu ayah sila alert dan perhatikan tahap kesihatan mereka!

Kesibukan ibu ayah dalam mencari rezeki telah memaksa anda untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh atau taska hampir setiap hari. Namun sedarkah bahawa selain keraguan aspek keselamatan, si manja juga terdedah dengan beberapa jenis masalah penyakit yang dijangkiti dari kanak-kanak lain?

Hal ini berlaku apabila anak kecil anda mula menerima dan membiasakan diri untuk bergaul dengan penjaga atau kanak-kanak lain dan mereka berada dalam jarak yang cukup dekat ketika bermain, makan atau aktiviti harian.

Jenis masalah penyakit yang diperoleh dari pusat jagaan kanak-kanak

jenis penyakit di taska

foto: tadika anak sayang

Pergaulan anak-anak di rumah pengasuh atau nurseri sememangnya sesuatu yang sukar dikawal. Namun dalam pada masa yang sama ia memberikan risiko lebih tinggi untuk si manja anda dijangkiti masalah penyakit senang berjangkit memandangkan sistem ketahanan tubuh mereka tidak kuat seperti orang dewasa.

Jika dibandingkan, kemungkinan untuk anak menerima risiko penyakit ketika berada di rumah adalah sangat rendah. Justeru ibu ayah janganlah terlalu risau memandangkan seluruh ahli masyarakat kini sama-sama berwaspada dengan pandemik Covid-19 dan setiap taska turut mempunyai beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.

Antara masalah penyakit yang biasa dihadapi oleh anak-anak di taska atau sekolah ialah:

#1. Cacar air (chicken pox)

Jenis penyakit ini sangat mudah berjangkit. Tetapi setelah anak terkena chicken pox, mereka biasanya tidak akan mendapatnya sekali lagi. Antara simptom si manja anda mengalami masalah ini ialah suhu badannya menjadi tinggi, kemudian timbul ruam yang merah seakan-akan melepuh.

Keadaan ini akan berulang-ulang untuk tempoh lima hingga tujuh hari, kemudian ia akan hilang. Anak mungkin berasa tidak sihat dan terpaksa menahan gatal.

Cara merawat cacar air

Soda bikarbonat dalam mandian suam dapat menghilangkan gatal-gatal, atau sapu calamine lotion. Elakkan menggaru untuk mengelakkan ia meninggalkan parut. Pastikan si manja kekal berada dalam rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan.

#2. Konjungtivitis

jenis penyakit di pusat jagaan kanak-kanak

credit to sources

Konjungtiva adalah selaput yang melapisi bahagian mata akan bertukar menjadi merah jambu dan radang akibat jangkitan, alergi atau kerengsaan. Ia adalah sangat mudah untuk berjangkit. Mata anak mungkin cenderung untuk sukar dibuka memandangkan pengumpulan tahi mata.

Cara merawat konjungtivitis

Gunakan ubat sakit mata yang diperoleh dari ahli farmasi atau mendapatkan rawatan di klinik. Anak harus mempunyai tualanya sendiri untuk mengelakkan jangkitan.

Sekiranya ibu memilih merawatnya di rumah, pastikan anda lap mata anak dengan kapas yang direndam dalam air.

#3. Penyakit tangan, kaki dan mulut

Jenis penyakit ini menyebabkan lepuh di telapak tangan, kaki dan mulut setelah anak mengalami sakit tekak, suhu tinggi dan hidung berair. Lepuh biasanya menyebabkan rasa gatal dan sakit.

Cara merawat tangan, kaki dan mulut

Jangan pecahkan lepuh kerana penyakit ini akan cepat merebak. Tutup dengan kain kasa sehingga kering. Basuh tangan anda setiap kali menyentuhnya atau menukar lampin yang kotor.

Luka di bahagian mulut anak mungkin sukar untuknya makan dan minum. Justeru ibu ayah perlu menyediakan makanan lembut dan mudah ditelan.

#4. Masalah kutu rambut

masalah penyakit berjangkit

credit to sources

Stories Rakan Kongsi
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products

Melihat sahaja anak menggaru-garu kepala setelah pulang dari taska atau pusat jagaan, ia mungkin menjadi mimpi ngeri bagi kebanyakan ibu. Hal ini kerana seekor kutu akan menghisap darah sebanyak 5 kali sehari.

Apabila matang, ia boleh membiak setiap hari dan bertelur sebanyak 8-10 biji telur setiap hari. Kutu kepala berjangkit dari individu ke individu lain melalui sentuhan kulit ke kulit, atau rambut ataupun perkongsian barangan seperti tuala, sarung bantal, cadar dan pakaian.

Cara merawat kutu kepala

Ibu ayah boleh membeli losyen dan syampu untuk membunuh kutu, tetapi anda juga perlu mengeluarkan telurnya. Jika tidak, kumpulan baru kutu akan menetas. Kaedah bukan kimia adalah dengan kerap menyisir rambut menggunakan jenis sisir bergigi halus.

#5. Impetigo

Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi serta kanak-kanak dan mudah tersebar kepada orang lain.

Ia menyebabkan ruam melepuh, merah, berkerak yang terjadi pada tompok kecil. Bintik-bintik merah ini akan membesar sehingga menjadi lepuh berisi cairan. Ketika ia pecah, akan menyebabkan luka baru timbul, dan menjadikan masalah semakin parah.

Cara merawat 

Impetigo boleh dirawat dengan krim antibiotik atau antibiotik oral. Untuk mengelakkan impetigo merebak, jangan menyentuh ruam dan basuh tangan jika anda melakukannya. Jangan berkongsi tuala, basuh semua pakaian dan mencuci sarung cadar.

Sumber: Made for Mums

Kredit foto: Tadika Cahaya Hazeeq, google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkudis-pada-anak

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • Anak Yang Dihantar Ke Taska @ Rumah Pengasuh Terdedah 5 Jenis Penyakit Ini, Ibu Sila Alert!
Kongsikan:
  • Tips Pilih Taska Anak Yang Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian

    Tips Pilih Taska Anak Yang Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian

  • Kronologi Kewujudan Dan Penyebaran Wabak Novel Coronavirus Di Wuhan, China

    Kronologi Kewujudan Dan Penyebaran Wabak Novel Coronavirus Di Wuhan, China

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Tips Pilih Taska Anak Yang Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian

    Tips Pilih Taska Anak Yang Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian

  • Kronologi Kewujudan Dan Penyebaran Wabak Novel Coronavirus Di Wuhan, China

    Kronologi Kewujudan Dan Penyebaran Wabak Novel Coronavirus Di Wuhan, China

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.