X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Buat Jeruk Mangga Tanpa Pengawet, Bantu Ibu Hamil Hilangkan Loya & Selamat Dimakan!

4 min bacaan
Cara Buat Jeruk Mangga Tanpa Pengawet, Bantu Ibu Hamil Hilangkan Loya & Selamat Dimakan!

Kali ini kami kongsikan cara buat jeruk mangga sendiri! Mungkin ada ibu hamil yang teringin tapi takut nak makan jika beli dikedai.

Ibu hamil memang tidak dapat dipisahkan dengan rasa loya dan sering rasa nak pitam. Salah satunya sudah pasti sebab perubahan hormon. Kali ini kami kongsikan cara buat jeruk mangga yang mungkin boleh kurangkan loya anda!

Apabila hamil, fisiologi dan sistem badan akan berubah. Jadi pada ketika itu mulalah semua benda rasa tidak kena, malah loya dan muntah-muntah adalah rutin setiap hari yang mungkin dialami sesetengah ibu hamil.

Bagaimanapun, jika anda muntah teruk, eloklah dapatkan nasihatkan doktor kerana ia boleh membahayakan nyawa anda dan bayi akibat daripada dehidrasi.

Jadi sangat penting untuk anda memantau keadaan anda. Untuk cuba kurangkan loya, kali ini kami kongsikan cara buat jeruk mangga tanpa pengawet!

Cara buat jeruk mangga tanda pengawet 

Cara buat jeruk mangga

Kredit: vocket

Tipulah kalau anda tidak rasa nak makan masam-masam ketika rasa loya. Tapi nak beli jeruk mangga di kedai kadang kala rasa takut kerana dikatakan ada asid yang boleh membahayakan kesihatan.

Jadi apa kata anda buat sendiri dengan resepi yang kami kongsikan ini. Ada juga yang kata asid dalam jeruk mangga yang dibuat di kedai itu boleh mengakibatkan sesak nafas, sejauh mana betulnya belum boleh dibuktikan lagi.

Tapi boleh saja kita cuba cara buat jeruk mangga yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • Mangga epal (15-20 biji)
  • 2 genggam garam kasar
  • 1 sudu makan kapur makan – dibancuh dengan air
  • 1 kilo gula pasir
  • 3 cawan air
  • 2 balang plastik – besar

Cara penyediaannya:

  1. Basuh buah mangga hingga bersih dan potong ikut kreativiti sendiri. Lebih sedap jika dikupas kulitnya. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.
  2. Isi hirisan mangga dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran satu genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar di bawah. Peram semalaman dalam peti sejuk. Keesokan harinya, sejatkan air.
  3. Masukkan kembali mangga dalam balang. Buat air kapur. Ambil satu sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 24 jam
  4. Untuk kuantiti mangga sebanyak 15-20 biji , guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika mau lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan selama 10 minit
  5. Ambil mangga yang telah direndam air kapur, cuci bersih dan toskan airnya. Masukkan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mangga tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.

Khasiat buah mangga untuk ibu hamil

Cara buat jeruk mangga

Kredit: orami

#1. Menurunkan kadar kolestrol

Buah mangga sememangnya terkenal dengan vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu membebaskan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, jadi secara tidak langsung ia mampu mencegah anda dari gejala obesiti.

#2. Membantu pencernaan dalam tubuh

Khasiat mangga yang lain adalah menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan dan berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan.

#3. Mencegah strok

Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk membantu aturan tekanan jantung dan juga membantu untuk otot berfungsi dengan baik, sekaligus tekanan darah anda akan menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung.

#4. Menghaluskan kulit

Buah mangga juga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu mempercepatkan proses regenerasi dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan. Hal ini membantu menjadikan kulit lebih halus dan sihat.

#5. Melegakan panas dalam

Ramai yang tidak tahu khasiat buah mangga sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor dan kebiasaanya disebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan faktor-faktor lain.

Antaranya kekurangan Vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas.

Kandungan Vitamin C yang terdapat dalam buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan daya tahan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam dengan lebih cepat.

#6. Mengubati anemia

Kekurangan zat besi dalam tubuh seseorang akan menyebabkan tekanan darah rendah. Bagi anda yang mengalami penyakit anemia, buah mangga merupakan penyelesaian kerana buah ini mengandungi zat besi yang sangat baik bagi penghidap anemia. 

#7. Menghilangkan rasa mual ketika hamil

Cara buat jeruk mangga

Kredit: alodokter

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Sekiranya anda berasa mual ketika hamil, buah mangga yang kuning ranum lemak masam manis dapat menghilangkan rasa loya dan mual di tekak. Apatah lagi buah mangga mengandungi banyak vitamin A, karoten, folate, zat besi dan vitamin C yang baik untuk perkembangan janin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: myinfoberita

Baca juga: Jom Cuba Resepi Air Mangga Ini, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Cara Buat Jeruk Mangga Tanpa Pengawet, Bantu Ibu Hamil Hilangkan Loya & Selamat Dimakan!
Kongsikan:
  • Siapa Kata Masa Hamil Anda Tak Boleh Bersenam? Ini Antara Senaman Yang Sesuai!

    Siapa Kata Masa Hamil Anda Tak Boleh Bersenam? Ini Antara Senaman Yang Sesuai!

  • Tips MENGANDUNG CEPAT Lepas Haid, Check Warna Keputihan, Kalau Jernih Anda Tengah Subur!

    Tips MENGANDUNG CEPAT Lepas Haid, Check Warna Keputihan, Kalau Jernih Anda Tengah Subur!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Siapa Kata Masa Hamil Anda Tak Boleh Bersenam? Ini Antara Senaman Yang Sesuai!

    Siapa Kata Masa Hamil Anda Tak Boleh Bersenam? Ini Antara Senaman Yang Sesuai!

  • Tips MENGANDUNG CEPAT Lepas Haid, Check Warna Keputihan, Kalau Jernih Anda Tengah Subur!

    Tips MENGANDUNG CEPAT Lepas Haid, Check Warna Keputihan, Kalau Jernih Anda Tengah Subur!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.